5 formula menjadi magnet kejayaan dan kekayaan

Alhamdulillah, pagi ni saya nak share 5 formula luar biasa hebat buat anda semua…. Semoga ia boleh memberi sedikit motivasi di pagi hari Sabtu ini….untuk menuju kejayaan 🙂

 

kejayaan

kejayaan

 

Ni 5 formula ni saya kongsikan dengan anda ye pagi ni 🙂

 

 

 

formula no 1

formula no 1

 

Bersyukur adalah salah satu cara menunjukkan kita YAKIN dengan wujudnya Allah. Allah telah menetapkan apa yang berlaku ke atas hidup kita. Dan ada yang boleh berubah mengikut apa yang kita usahakan dari segi tindakan dan juga doa. Jadi, jika kita makini bersyukur, allah akan tambah nikmat itu. Salah satu nikmatnya adalah ketenangan yang kita tidak perolehi jika kita kufur dan jauh dari syukur.

 

formula no 2

formula no 2

 

Saya sangat terkesan dengan formula no 2 ini. Formula ini sangat memberi kesan kepada jiwa kita. Jika kita tidak sukakan apa yang kita lakukan ini, bagaimana kita akan berjaya? Pesan mentor saya, teruskan perjalanan untuk mencari apa yang kita suka. Contohnya…kita suka buka kedai makan. Tapi sekarang kita makan gaji lagi. Jadi apa yang kita nak lakukan untuk mencapai apa yang kita suka tu? Mungkin boleh mulakan buat side income untuk kumpul modal. Mungkin boleh jual produk orang lain terlebih dahulu dengan modal yang rendah. Dari situ, kita boleh kumpul duit untuk menuju ke arah apa yang kita suka tu suatu hari nanti apabila sudah cukup modal yang besar. Ingat! Ilmu juga merupakan satu pelaburan yang besar ye untuk kita menggapai apa yang kita suka lakukan itu dengan lebih cepat.

 

 

formula no 3

formula no 3

 

 

Tanpa ilmu, apa yang kita lakukan…sudah pasti melalui jalan yang lebih sukar. Jika kita ada ilmu, kita sudah tahu cara mana yang tidak sesuai dan jalan mana yang lebih sesuai untuk dilakukan. Ini mengelakkan kita membayar “yuran kebodohan” apabila kita sudah bersedia dengan ilmu yang betol, dari orang yang betol dan terbukti berjaya. “Yuran kecerdikan” kita bayar apabila mendapat ilmu yang betol dari orang yang betol dan terbukti telah berjaya dalam bidang itu.

 

formula no 4

formula no 4

 

Apabila kita mahu berjaya… mahu berjaya dengan sangat2 mahu!! Dengan nekad yang tinggi!! Kejayaan itu tidak boleh digapai hanya dengan kata-kata motivasi DALAM DEWAN. Kerana motivasi ini seharusnya lahir dari diri sendiri, bukan datang dari orang lain. Orang lain hanya membantu 5% untuk kita kembali termotivasi, tapi tindakan kitalah yang membuatkan motivasi yang diterima itu boleh bertukar menjadi hasil ataupon tidak. Ia hanya terbukti apabila ada tindakan yang kita ambil.

 

 

formula no 5

formula no 5

Ye, belajar mengenai risiko yang akan kita tempuh dalam melakukan sesuatu. Contohnya, kita mahu memulakan perniagaan sambilan untuk mencari rezeki lebih lagi. Kita kena fahami apa risiko yang kita akan tempuh. Yang paling jelas adalah, risiko kekangan masa. Jadi, kita mesti pandai bahagikan masa antara kerja hakiki, tugasan di rumah, masa dengan keluarga dan sebagainya. Kita perlu dan mesti menjadi orang yang tahu menguruskan masa dengan lebih baik.

 

 

Semoga semua ini bermanfaat ye 🙂

 

 

 

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd

Top 40’s Shaklee Masters

RM 25 Million group sales achiever

1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee

Master Ira& hafizan - Founder Legasi Anugerah Terindah

zahirahhafizan@gmail.com

Ira Shaklee Kerteh Kemasik paka kemaman 0139422527

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge