10 Waktu terbaik mulakan kumpul stok susu sebelum kembali bekerja

Ada yang tanya saya.

 

“Saya bekerja, dan sekarang dah 30 hari berpantang. Saya pam susu 2oz je dapat. Camne ni? Saya nak masuk keje nanti camne nak cukup susu untuk bagi eksklusif susu ibu pada anak?”

 

Penyusuan ibu adalah terbaik untuk bayi

Penyusuan ibu adalah terbaik untuk bayi

Ok, saya faham keadaan puan ini. Saya secara peribadi, mulakan proses menyimpan stok susu apabila hari ke 5 berpantang. Ini kerana, untuk sekali pam dapat 12-30 oz tu..ia perlukan masa. Jadi, sape start awal proses pam susu untuk simpan jadi stok, dia miliki peluang lebih besar untuk dapatkan nilai oz yang lebih banyak setiap kali pam susu.

 

Mula2…biasa tau dapat 1-2oz setiap kali pam susu. Breast perlukan masa untuk stimulation. Ibu mesti kerapkan sesi stimulation untuk pastikan susu yang dikeluarkan lebih banyak.

 

Breastmilk stocks for baby

Breastmilk stocks for baby

Buatlah sesi mengepam setiap 2 jam walau sedang berpantang. Tapi bila nak buat stok ni? Anak pon kuat menyusu secara direct feeding.

Ok, ini saranan saya. Jadual mengepam susu dalam pantang.

 

1. Pam sebelum anak menyusu
2. Pam selepas anak menyusu
3. Pam sambil menyusukan anak. ( sebelah breast anak menyusu, sebelah lagi pam)
4. Pam di waktu tengah malam selama sejam (power pumping)
5. Pam walau breast tidak bengkak
6. Pam walau baby sedang tidur
7. Pam selepas mandi air suam.
8. Pam pada masa atau jam yang tetap
9. Pam selepas minum protin.
10. Pam selepas minum air yang banyak.

 

Ini yang saya amalkan. Alhamdulillah, ia membantu saya mendapatkan stok susu yang sangat2 cukup buat anak2 saya apabila saya mula masuk kerja. Sampai kena beli deep freezer untuk simpan stok susu saya yang “overdose”.

Jika anda sudah lebih dari sebulan berpantang, dan tak lama lagiii je nak kembali bekerja. Jangan panik! Gunakan 10 langkah di atas untuk usaha menambah atau memulakan simpanan stok susu buat anak anda.

 

Satu lagi saya nak pesan. Dan memang saya selalu pesan. Jaga pemakanan ibu mengikut piramid makanan. Kerana pemakanan ibu menyusu sangat2 penting. Ia juga memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu untuk anak.

 

Mengenai pemakanan ibu, saya akan kongsikan dalam post seterusnya ye. See you. 🙂

 

Jemput like page khas untuk breastfeeding di bawah kelolaan saya, semoga ia bermanfaat.

Breastfeeding alert https://www.facebook.com/pages/Breastfeeding-alert/600758136678521?fref=ts

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd

Top 40’s Shaklee Masters

RM 25 Million group sales achiever

Developed 1300 High Level Business Leaders

1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee

Master Ira& hafizan - Founder Legasi Anugerah Terindah

zahirahhafizan@gmail.com

Ira Shaklee Kerteh Kemasik paka kemaman 0139422527

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge