10 Resepi yang “best dan terhangat” untuk ibu berpantang bersalin

Haaa…disebabkan oleh saya ni dah masuk kategori orang yang kena get ready untuk berpantang….saya mula godek2 resepi hehhee… Takkan tiap hari saya nak makan nasi kosong dengan ikan masin… adehh.. tak lalu den…Khasiat pon tak cukup…baby perlukan susu yang banyak…jadi saya mesti bersedia dah sekarang dengan segala info…

 

Nanti bolehlah saya bagi semua list bahan yang diperlukan ni kepada encik suami. Dan dia tolong gi beli bahan serta masakkan hehehe  :).. Yelah, sebab dah ada cara tu 🙂

 

RESEPI BERPANTANG 1 : DAGING LADA HITAM 

 

Perghhhh…orang tak berpantang pon sekali tumpangg nampaknya kali ni…hehehe

 

Resepi Daging Masak Lada Hitam

Resepi Daging Masak Lada Hitam

BAHAN-BAHAN
250gm daging lembu (Dihiris nipis)
1 biji bawang besar (Dihiris)
5 biji bawang putih (Dicincang halus)
2 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1) Panaskan minyak jagung.
2) Gorengkan daging hingga agak garing dan angkat.
3) Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
4) Kemudian masukkan daging,lada hitam,kicap dan garam.
5) Kacau rata sebelum diangkat.

Info
Daging lembu mempunyai lemak tepu yang tinggi.Walau bagaimanapun,ia mengandungi kolestrol yang rendah.Pengambilannya akan membekalkan tenaga.

 

RESEPI BERPANTANG 2 : DAGING GORENG KUNYIT

 

Yang ni pon alahaiii..macam menarik! hehe… 🙂

 

daging goreng kunyit

daging goreng kunyit

BAHAN-BAHAN
250gm daging lembu (Dihiris nipis)
1 biji bawang besar (Dipotong bulat)
1 inci kunyit (Ditumbuk halus)
2 sudu besar minyak jagung
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak

BAHAN DIPOTONG SERONG
1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau

CARA PENYEDIAAN
1) Perap daging bersama kunyit dan garam selama 20 minit.
2) Masukkan daging dalam kuali bersama sedikit minyak dan air.
3) Rebus daging hingga empuk.
4) Masukkan bawang besar,cili merah dan cili hijau.
5) Kacau sekata sebelum diangkat.

Info
Selain serat yang tinggi pada daging lembu,ia juga membekalkan pelbagai mineral penting untuk tubuh.

 

RESEPI BERPANTANG 3 : SINGGANG DAGING ALA KELANTAN

 

Yang ni pon kegemaran saya tauuu… :)..haih..makin semangatt nak berpantang ni hehe

 

singgang daging

singgang daging

BAHAN-BAHAN
1 liter air
1 biji bawang besar (Dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (Dihiris halus)
1/2 sudu besar ketumbar (Ditumbuk kasar)
2 tangkai cili kering (Dipotong 3)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DIHIRIS KASAR
200 daging
20gm halia
20gm lengkuas

CARA PENYEDIAAN
1) Rebus daging bersama halia,lengkuas,bawang putih,ketumbar,cili kering dan asam keping hingga empuk.
2) Kemudian,masukkan bawang besar,garam dan gula.
3) Didihkan seketika sebelum diangkat.

Info
Asam keping dapat mengembalikan tubuh langsing selepas bersalin.Ia sangat berkesan untuk mengempiskan perut yang buncit.

 

RESEPI BERPANTANG 4: AYAM PANGGANG ORANG BERPANTANG

 

ayam panggang

ayam panggang

 

Syokkk..ehhe
BAHAN-BAHAN
500gm ayam
1/2 cawan air
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil jintan manis
1 1/2 sudu kecil jintan putih
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN-BAHAN DIKISAR
20gm halia
10gm kunyit hidup
10gm lengkuas
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Perap ayam dengan garam bersama setengah bahagian bahan yang dikisar selama 1 jam.
2) Panggang sehingga masak.
3) Panaskan sedikit minyak.
4) Tumis bahan kisar selebihnya hingga naik bau.
5) Masukkan serai,jintan manis,jintan putih,air asam jawa dan garam.
6) Tambah air dan biarkan mendidih.Curahkan ke atas ayam tadi.

Info
Resepi ini membantu memecahkan angin dalam badan dan meningkatkan selera makan.

 

 

RESEPI BERPANTANG 5 : AYAM MASAK BIJAN

 

AYAM MASAK BIJAN

AYAM MASAK BIJAN

 

mak aiii….sedapnyaa 🙂

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam
2 ketul daging ayam
1-2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar minyak bijan
Bijan goreng secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN DIHIRIS
30gm halia tua dihiris

CARA PENYEDIAAN
1) Masuk kesemua bahan kecuali daun pegaga di dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
2) Perlahankan api dan biar kuah pekat.
3) Masukkan daun pegaga sebelum diangkat.

RESEPI BERPANTANG 6 : IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

 

ikan tenggiri goreng

ikan tenggiri goreng

 

ni walau pon simple, ia sedap! 🙂
BAHAN-BAHAN
2 ketul ikan tenggiri
1 sudu besar minyak bijan
1-2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN-BAHAN DIHIRIS DAN DIGORENG
30gm halia
3 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
2) Biarkan selama 20 minit.
3) Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.
4) Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali.
5) Tuangkan kicap dan masak seketika.
6) Curahkan ke atas ikan.
7) Taburkan halia,bawang putih dan minyak bijan ke atas ikan.

Info
Minyak bijan memberikan aroma yang menarik selain membantu pertumbuhan dan menghitamkan rambut.

 

RESEPI BERPANTANG 7 : IKAN TENGGIRI BAKAR

 

ikan tenggiri bakar

ikan tenggiri bakar

BAHAN-BAHAN
2 ketul ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS
30gm halia
3 biji bawang merah

CARA PENYEDIAAN
1) Perapkan ikan tenggiri bersama garam dan serbuk kunyit terlebih dahulu.
2) Bakar ikan tenggiri hingga masak sepenuhnya.
3) Satukan air asam jawa bersama halia,bawang merah,serbuk lada hitam,garam dan gula.
4) Hidangkan bersama ikan.

Info
Ikan tenggiri membekalkan selenium pada tubuh.Ia mengelakkan tubuh dihidapi kanser dan penyakit jantung.

 

RESEPI BERPANTANG 8 : SUP LOBAK CAMPUR

 

sup lobak campur

sup lobak campur

BAHAN-BAHAN
500ml air
1/2 batang lobak putih
Sedikit lobak merah
Sedikit daun kucai

BAHAN-BAHAN DITUMBUK
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia
Segenggam ikan bilis
1 sudu kecil lada hitam

CARA PENYEDIAAN
1) Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan air dan lobak putih dan rebus hingga empuk.
3) Masukkan lobak merah,daun kucai dan garam.
4) Biarkan seketika sebelum diangkat.

 

RESEPI BERPANTANG 9 : SUP AYAM

 

sup ayam

sup ayam

BAHAN-BAHAN
1 kg ayam
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 biji bawang besar (dipotong)
1 batang serai (diketuk)
2 inci halia (dihiris halus)
2 biji limau nipis (diambil jusnya)
1 sup bunjut
1 kiub pati ayam
900ml air
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit minyak masak untuk menumis
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN
1.Bersihkan ayam.
2.Potong ayam kepada beberapa bahagian.
3.Masukkan sedikit minyak masak.
4.Tumis bawang putih,bawang besar,halia,serai dan sup bunjut sehingga naik bau.
5.Masukkan air,ayam dan kiub pati ayam.Masak sehingga mendidih.
6.Perlahankan api dan masukkan serbuk lada hitam,garam secukup rasa.
7.Taburkan sedikit daun sup dan daun bawang.
8.Masukkan jus limau nipis mengikut kemasaman yang dikehendaki.

 

RESEPI BERPANTANG 10 : STEAM IKAN

 

steam ikan

steam ikan

BAHAN-BAHAN
Ikan
2 halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Letakkan halia yang dihiris dengan jumlah yang agak banyak,tomato yang dipotong,daun sup dan sedikit garam di atas ikan.
2. Steam sampai ikan masak.

 

ahaaaa…kecur rasa sekarang..hehe…walau belum berpantang…semua ni orang tak berpantang pon boleh ambil tau…

eh..mana saya tahu resepi2 ni? Haaa…saya buat blogwalking dan share dari blog kawan kita ni..

http://aishukri.blogspot.com/2015/01/wajib-tahu-resepi-ketika-berpantang-40.html

tq ye :)…

 

Tu untuk makanan seharian kita… kena ingat, kita juga tetap kena “topup” diri kita dengan suplimen. Sebabnya….agak2 laa…makan ni je tiap hari…zat lengkap ke? At least ia lebih baik dari makan ikan masin dengan nasi je kan…. tapi, ia masih tak cukup zat buat kita ibu yang sedang berpantang…. jangan nanti ada yang demam masa pantang, demam urat la macam2 lagi kan…. masuk angin ke apa…jenuh sakit badan….

 

Saya amalkan set ini sepanjang berpantang 3 anak saya yang sebelum ini…dan akan diteruskan lagi untuk yang ke 4 ini insyaallah 🙂

 

Set ibu menyusu dan berpantang yang sangat lengkap

Set ibu menyusu dan berpantang yang sangat lengkap

 

Ditambah dengan zink….

 

zinc complex shaklee

zinc complex shaklee

 

 

Kesannya? Saya rasa sungguh bertenaga walau dalam pantang…walau saya perlu tengok2kan juga anak2 yang lain….

 

Luka saya mudah sembuh. Rahim cepat kecut balik…Darah mudah berhenti… Anak tidak buat perangai sebab susu mencukupi….

Nak tahu pengalaman saya menyusukan 3 anak saya sebelum ini?Boleh baca di sini ye… 🙂

 

http://zahirahhafizan.com/2015/04/bersalin-dan-menyusukan-3-anak-tanpa-henti-selama-6-tahun.html

 

Juga pengalaman saya bersalinkan 3 orang anak2 saya di sini ye… 🙂

 

http://zahirahhafizan.com/2015/04/pengalaman-bersalin-yang-cukup-menggerunkan-tetapi-ia-sangat-istimewa.html

 

Itu saja yang ingin saya kongsikan hari ini. Tunggu 10 resepi lagi ye untuk hari ke 11 hingga ke 20 tempoh berpantang ye ….ehhe…

 

Agak2 laa…seronok tak berpantang camni? Zat cukup…. kombinasi makanan harian dan juga suplimen untuk buatkan kita sihat, ceria dan bahagia… 🙂

 

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Master Ira& hafizan - Founder Legasi Anugerah Terindah

 

zahirahhafizan@gmail.com

Ira Shaklee Kerteh Kemasik paka kemaman 0139422527

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge