Pengalaman bersalin yang cukup menggerunkan!! Tetapi ia sangat istimewa..

Alhamdulillah, Allah berikan saya ilham untuk menulis hari ini. Saya ingin berkongsi mengenai perjalanan saya dalam mengandung, melahirkan dan menyusukan anak saya yang pertama. Post ini juga menjadi kenangan buat anak saya jika suatu hari saya sudah tiada. Saya nak dia tahu betapa saya sayangkannya selama-lamanya. Tidak ada satu benda pon boleh menggugat sayang saya kepada anak saya ini. Walau Aiman ada adik-adik juga, kasih sayang saya buatnya tidak pernah luak dan tak akan luak selama-lamanya.

 

Saya mengandungkan Aiman semasa saya berada di tahun akhir pengajian di universiti. Tapi masa tu, saya dah habis lah semester akhir tu. Dan saya tak tahu pulak saya sedang mengandung. Semasa saya grad dan konvokesyen, saya sedang mengandungkan Aiman selama 6 minggu. Alhamdulillah. Memang target kami untuk terus dapatkan anak sejurus selepas habis belajar. Saya elakkan dari mengandung semasa belajar sebab bagi mengelakkan sebarang masalah kepada pembelajaran saya kerana di tahun akhir pengajian universiti, semestinya sangat besar komitmen diperlukan untuk siapkan pelbagai projek.

 

Sebelum saya mendapat posting ke Miri dari Petronas, saya dah mula berjinak-jinak dalam dunia tuition Bahasa Inggeris di Maktab Mahmud. Masa tu saya mengajar sekolah budak pandai. Heheh. Saya ajar pelajar Tingkatan 3 yang akan menghadapi PMR pada tahun 2008 tu. Yang best, ada pelajar yang berjumpa saya di kedai makan dan berkongsi dengan saya  kejayaannya mendapat A dalam PMR. Dia mengucapkan terima kasih kepada saya. Hehe. Terharu! Walau saya tak de lah banyak membantu, cukup hanya 1 jam kelas dengan saya setiap hari bagi setiap kelas dalam seminggu, ia merupakan satu kepuasan buat saya apabila saya dapat memberi sumbangan yang saya mampu dari segi ilmu :). Nak kata saya hebat sangat takde lah. Tau sikit-sikit aje 🙂

 

Suami saya pula berbisnes T shirt muslimah. Kami dapat jumpa kedai yang kira ok harganya. Dan alhamdulillah…dari jualan T shirt tu ke universiti kami dulu..bolehla dapat RM2000- RM3000 sebulan. Hehe. Sedang tunggu dipanggil masuk kerja kan..Jadi mesti la buat sesuatu jugak. Lagipon, kami dah kahwin. Mesti cepat berdikari.

 

2 bulan selepas kami konvo, alhamdulillah saya ditawarkan bekerja di Petronas Carigali Miri, Sarawak sebagai seorang executive. Saya sangkakan Miri ni macam pedalaman yang amat sangat tau. Ingat rumah kayu-kayu je. Ingat duk rumah panjang je. :). Sian Miri hehe. Tapi, sebenarnya, Miri adalah bandaraya ok. Dan saya sukakan Miri. Di waktu ini, saya pergi seorang diri merantau ke Miri kerana suami masih menguruskan bisnesnya di Kedah.

 

Bandaraya Miri:)

Bandaraya Miri:)

 

Setibanya di Miri, seminggu saya berada di hotel. Dengan tajaan Petronas. Baik hati tau Petronas layan staf barunya. :). Ia pengalaman yang cukup manis bekerja dalam Petronas Carigali Miri. Banyak yang saya belajar. Budaya hidup orang Sarawak, cara kerja dalam syarikat korporat yang memang dikenali di dunia. Dan memang ramai kan orang yang nak masuk Petronas. Petronas banyak membina kredibiliti stafnya. Wow, saya puji Petronas! Hehe. Aaah. Memang betol pon ni. Ikhlas :).

 

Hotel pertama saya menginap di Miri, iaitu Mega Hotel:)

Hotel pertama saya menginap di Miri, iaitu Mega Hotel:)

 

Masuk minggu kedua, saya menumpang di rumah Master Laila. Dan alhamdulillah, kami memang semakin rapat walau sebenarnya tak kenal pon. Heheh. Saya tinggal di rumah beliau selama 2 bulan. Banyak yang saya tumpang budi Master Laila. Kami sama-sama merantau. Kami sama-sama anak sulong. Kami sama-sama mencari rezeki untuk membantu keluarga. Kami sama-sama miliki misi yang sama untuk kami dan keluarga. Saya dapat rasakan saya boleh masuk dengan Master Laila.

 

Bermulalah kehidupan saya di Miri. Dan tak lama lepas tu suami pulak datang ke Miri. Dan kami menyewa rumah asing. Semasa ini, Aiman semakin membesar dalam rahim saya. Setelah 9 bulan berakhir, saya melahirkan Aiman di KBMC, kota bharu. Nak dijadikan cerita, semasa nak melahirkan tu, saya dapat rasakan air ketuban saya pecah. Tapi oleh kerana saya sedang membeli belah barangan bayi kerana baru saja pulang ke kampung, saya abaikan perasaan air ketuban pecah tu. Actually, ia belum pecah sepenuhnya. Tapi hanya ada sedikit kebocoran. Dan saya pon tak rasa sakit langsung. Selepas selesai beli belah tu, saya terus ke hospital. Saya yang pandu kereta sendiri bertemankan ibu saya di sebelah.  Heheh. Sebab tiada rasa sakit pon. Masa tu suami ada tugasan di kedah.

 

KBMC tempat lahirnya Aiman:)

KBMC tempat lahirnya Aiman:)

 

Saya ditahan di wad apabila saya bagitahu yang saya rasakan ada kebocoran air ketuban. Waktu itu, kandungan saya mencecah 37 minggu. Doktor buat pemeriksaan dan memang betul air ketuban saya berkurang. Tapi ia tidak banyak. Jadi saya ditahan di wad dan diberi ubat serta diberikan ubat untuk memudahkan bersalin. Semasa kejadian, doktor cek “jalan” saya baru 1 cm terbuka. Kerana itulah saya diberikan induce itu. Ia dimasukkan di bahagian faraj. Selepas 2 hari ubat tu sering diberikan, saya masih tidak merasa sakit. Jalan pon baru terbuka dalam 2cm-3cm. Saya macam happy go lucky je kat wad. Heheh.

 

 

Kemudian doktor bagi drip. Sekarang doktor lebih “agresif”! Induce melalui drip diberikan kepada saya. Ok, sekarang saya dah makin rasa sakit. Heheh.. Dan ia semakin sakit dan sakit. Tapi jalan tetap tidak terbuka dengan cepat.. Ia baru 4cm. Doktor dah mula risau kerana air ketuban saya semakin kurang. Tapi takdelah teruk mana. Saya memang rileks je. Tapi debar yang amat! Kali ni dos drip dinaikkan. Ok, saya mula rasa sakit teramat sangat. Jalan sudah terbuka 7cm dan saya disorongkan ke bilik bersalin.

 

 

Hanya Allah yang tahu camne rasa sakit itu. Saya terus bertahan dan membaca doa nabi yunus. Doa itu terpampang dalam bilik bersalin. Saya bersalin ditemani mak dan suami saya. Memang sakit kesan induce dan bercampur dengan memang sakit nak bersalin. Sakit itu tak boleh diungkapkan. Hanya zikir dan ingat Allah serta bayang rupa anak yang bakal lahir saja yang terlintas di fikiran saya. Saya minta maaf dengan mak dan suami, kalau-kalau inilah waktu ajal saya akan hadir. Kerana sakit itu tak dapat dibendung. Doktor dan jururawat bertanya kepada saya, adakah saya mahu gunakan epidural . Tapi saya menolak. Saya mahu rasa sendiri sakitnya bersalin ini semoga dosa saya hilang serta saya dapat rasai bagaimana mak saya sakit semasa mahu lahirkan saya dulu.

 

Selepas bertarung dalam 4 ke 5 jam di bilik bersalin, lahirlah seorang anak lelaki. Apabila saya melihat Aiman,segala sakit saya hilang sekelip mata. Saya terus susukan Aiman di bilik bersalin tu semasa doktor dan jururawat bersihakan darah saya dan juga selepas Aiman dibersihkan sepenuhnya.

 

Inilah Aiman yang beberapa hari dalam pantang:)

Inilah Aiman yang beberapa hari dalam pantang:)

 

Saya rasakan umpama saya diberi nafas baru. Nafas yang sememangnya sangat berharga untuk saya. Sejak hari pertama di hospital lagi, Aiman dberikan susu saya sepenuhnya secara eksklusif. Walaupon Aiman diletakkan di nurseri bagi mengizinkan saya berehat dengan cukup, setiap kali Aiman menangis mahukan susu, jururawat akan hantarkan Aiman ke bilik saya. Dan saya tak jemu-jemu susukan Aiman dengan susu saya walau susu saya pon tidak terlalu banyak ketika itu.

 

Aiman baru lahir

Aiman baru lahir

 

Saya sudah mengkaji dan membaca seberapa banyak info mengenai penyusuan ibu secara eksklusif. Dan kini waktu untuk saya praktikkan. Saya amalkan pemakanan nutrisi yang cukup lengkap walau semasa berpantang. Kan orang melayu berpantang ni semua tak boleh makan kecuali ikan bakar, sup ayam dan yang ringan-ringan je. Jadi, ibu kekurangan zat sewaktu dalam pantang. Jadi, saya bekalkan diri saya dengan suplimen semulajadi yang menggantikan pelbagai jenis buah dan minerals serta zat dari pemakanan harian yang cukup lengkap mengikut piramid makanan yang sepatutnya.

 

ibu dan aiman

ibu dan aiman

 

Sebab itulah, semasa saya berpantang, saya memang sihat dan yang best sangat..luka saya cepat pulih..seminggu pon dah tiada rasa ngilu kawasan yang dijahit walau banyakkk. Dan saya boleh berjaga malam mengepam susu untuk menyediakan stok susu yang cukup buat Aiman. Tiada rasa sakit badan atau senga-sengal badan. Alhamdulillah.

 

Susu buat Aiman pon semakin menjadi-jadi. Aiman miliki berat yang sangat agresif! Setiap bulan akan naik 1kg-1.5kg berat. Sampai tangan saya pon jadi lenguh. Heheh. Alhamdulillah..

 

 

Inginkan tips saya semasa berpantang dan menyusukan Aiman? Stay tune..saya akan kongsikan:)

 

Sekian saja sharing saya hari ni. Akhir sekali, saya ingin mengajak ibu-ibu di luar sana untuk teruskan usaha untuk susukan anak-anak kita dengan susu kita sendiri. Semuanya ada jalan insyaallah.

 

Ingin baca mengenai kisah tragidis bersalin dan menyusukan 3 anak selama 6 tahun tanpa henti? Baca sini ok..

http://zahirahhafizan.com/2015/04/bersalin-dan-menyusukan-3-anak-tanpa-henti-selama-6-tahun.html

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan 4 angka ke 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

master nur zahirah

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

 

 

 

 

 

 

One Response to “Pengalaman bersalin yang cukup menggerunkan!! Tetapi ia sangat istimewa..”
  1. Hana 18 April, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge