Kenapa saya resign? Adakah kerana saya tidak suka bos saya? Ops!

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Pagi ini, saya ingin menulis sesuatu. Yang luhur dari hati saya. Ia berkaitan kenapa saya resign? Sedangkan saya sudah miliki kerja yang tetap, dan mungkin jika saya stay di syarikat itu..mana tahu..bila saya komited..betol-betol komited dengan kerja saya..saya boleh menjadi Presiden Petronas suatu hari nanti. Itu tidak mustahil..kerana saya pernah berimpian sebegitu dulu… 🙂 . Kerana bagi saya, ia tidak mustahil!

 

Hingga kini, apabila saya tengok teman-teman seperjuangan sesyarikat dulu..saya bangga dengan mereka! Mereka sangat tabah harungi setiap detik dalam saat-saat mereka selesaikan setiap masalah kritikal yang orang lain tidak boleh selesaikan. Saya juga ingin begitu, tapi saya secara lumrah, tidak minat kepada bahagian teknikal. Saya rasa tidak enjoy apabila saya terpaksa berfikir secara teknikal. Tapi saya bangga dengan mereka.Mereka mampu fikir teknikal. Yang bagi saya, sangat hebat! Kecekapan minda mereka memang disediakan untuk mereka menyelesaikan segalanya yang saya akui saya tidak mampu untuk melakukannya. Hebatkan insan-insan ini. Dan pastinya, hebatnya Allah mencipta pelbagai jenis insan yang miliki minat yang pelbagai.

 

ke bintulu atas urusan kerja

ke bintulu atas urusan kerja

 

Saya kagum dengan wanita-wanita yang bekerjaya di sektor awam mahupon swasta. Walau mereka diberikan gaji basic dan elaun yang mungkin tidak terlalu banyak, tapi mereka sanggup untuk berkorban demi bangunkan negara. Bayangkan, jika mereka tiada. Kalau kerani sekalipon, mesti file-file di pejabat bertaburan, mesti database tidak lengkap untuk kegunaan executive dan bos-bos dalam mesyuarat atau apa sekalipon. Fungsi mereka cukup penting. Tidak kisah di bahagian mana mereka diletakkan. Dan saya agak rapat dengan teman-teman wanita yang bekerja sektor yang sama dengan saya sebelum ini iaitu minyak dan gas. Mereka miliki daya kemampuan yang luar biasa. Hati mereka teguh dan kuat kerana sanggup tinggalkan anak-anak demi berkhidmat untuk negara. Minyak mahupon gas yang dihasilkan, ada di antara mereka yang telibat. Betapa besar pengorbanan mereka. 🙂

 

Saya juga tidak menafikan betapa besar khidmat bapa-bapa mahupon bakal bapa dalam pelbagai sektor. Walau mereka di laut 2 minggu,di darat 2 minggu, mereka sanggup mengharunginya. Kerana mereka tahu, hasil dari gerak kerja mereka yang bersungguh-sungguh itu..mampu membantu ekonomi negara juga, bukan saja ekonomi sendiri.

 

Dan yang paling saya kagumi juga adalah suami siteri yang bekerja. Tidak kira yang bershift atau tidak. Besar pengorbanan mereka buat negara dan rakyat Malaysia seluruhnya walau apa juga bidang yang mereka ceburi. Anak-anak mereka pon inginkan masa bersama ibu dan ayah mereka. Sudah pasti, pengorbanan ini tidak terbendung dan tidak dibalas.

 

Ok, mengenai saya. Kenapa saya resign walaupon saya entitle sebagai “pekerja tetap”? Ia tiada kaitan dengan bos saya, hehe. Ia juga tiada kaitan dengan kerja saya. Cuma, jiwa saya bukan untuk berada di pejabat. Jiwa saya lebih kepada berada di rumah bersama anak-anak. Sebab tu saya cakap, saya sangat kagum dengan teman-teman saya yang sangat komited dengan tugas dan betol-betol pegang kepada amanah yang diberikan tanpa rasa bosan. Tapi saya tidak begitu. Hati saya lebih suka perkara non technical, lebih suka kepada membantu orang lain dari segi kewangan dan kesihatan. Ye, dengan memegang jawatan saya itu, ia juga membantu orang lain dalam memudahkan selesaikan kerja orang lain dan “added value” kepada negara. Saya tidak nafikan itu. Tapi kerana jiwa saya bukan berada di situ. Jadi saya tak rasa saya perlu berada terus di situ walau saya sukakan sesuatu yang mencabar. Tapi bukan cabaran bahagian ini. 🙂

 

Melalui Petronas, banyak saya belajar. Ia adalah satu syarikat korporat yang gah di dunia. Saya bangga menjadi anak didik dan staff Petronas walau hanya selama 6 tahun. Tidak pernah saya sangka saya akan lahir dari Petronas, bekerja dalam Petronas..satu-satunya syarikat minyak dan gas yang saya suka sejak dulu. 🙂 Petronas banyak memberi budi kepada saya sekeluarga.  Saya bermula scholarship pon dengan Petronas sejak 2004-2008. Saya belajar pon di Universiti Teknologi Petronas. Tapi, saya rasa macam saya perlukan sesuatu yang lain daripada ini. Memang ia menyeronokkan mendapat sesuatu yang baru dari Petronas, tapi saya nak kepuasan yang lain. Kerana saya berimpian ingin menjadi working at home mom bersama anak-anak.

 

Masih bekerja 2012

Masih bekerja 2012

 

Apabila urusan kerja dan keluarga saya bertembung, dan saya tidak dapat selesaikan dengan baik untuk kedua-duanya, saya memilih untuk meninggalkan Petronas. Saya sayangkan Petronas sebenarnya. Tapi, komitmen saya terhadap keluarga lebih lagi diperlukan di saat itu. Dan alhamdulillah, tindakan ini tepat. Kerana ia banyak merubah kehidupan dalam keluarga saya apabila saya resign. Saya dapat tumpu kepada keluarga saya dan pada masa yang sama, saya boleh fokus kepada kerjaya saya dalam bisnes yang dulu menjadi pendapatan sampingan, tapi kini sudah menjadi pendapatan utama.

 

bersama keluarga kesayangan

bersama keluarga kesayangan

Tidak dinafikan, dalam bisnes..ia turun dan naik pendapatannya. Ia tidak tetap. tapi tidak terlalu jauh setiap bulan hasilnya. Saya sukakan cabaran ini. Dan saya rasa, hati saya lebih sukakan cabaran ini. Ia umpama, saya sudah berjumpa dengan apa yang saya betol-betol suka dan minat.

 

Setiap orang miliki minat yang berbeza, jadi saya hormati minat setiap teman saya. Ada yang suka berada di rumah, boleh urus rumah dan anak-anak. Ada yang tidak boleh. Kalau berpantang pon rasa cepat-cepat nak habis pantang sebab bosan berada di rumah kerana dia sangat passion dengan tugasnya di pejabat kerana minat.  Ada yang semasa pantang pon boleh buat kerja pejabat dari rumah. ye, betol! saya ada kawan macam ni. Dan memang saya tabik spring lah! Kalau saya, lagi lama dapat duk rumah, lagi saya suka. Kerana itu minat saya.

 

Saya hormati minat dan kecenderungan teman-teman saya. Dan mereka juga hormati apa minat dan kecenderungan saya. Kami saling tampung menampung. Takde pulak antara kami yang pandang rendah antara satu sama lain. Kerana bagi saya, jika tiada orang yang makan gaji..sape pulak nak jadi guru, doktor tu semua kan. Dan jika tiada orang berbisnes, bagaimana pulak orang yang makan gaji yang sedang kelaparan di waktu tengahari ni nak makan jika tiada tukang masak atau pengusaha cafe dan kedai makan beroperasi.

 

Jadi sebenarnya,kehidupan ini adalah melengkapkan satu sama lain. Jadi, tak perlu kita nak pandang rendah kepada sesiapa pon. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. 🙂 Unik dan hebatkan Allah ni yang mencipta manusia dengan pelbagai minat 🙂

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan 4 angka ke 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

master nur zahirah

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

 

 

One Response to “Kenapa saya resign? Adakah kerana saya tidak suka bos saya? Ops!”
  1. Nurulainazmi 8 July, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge