Hidup Biasa-biasa atau Luar Biasa? Mana satu pilihan kita?

Saya kongsikan dengan anda, 10 prinsip hidup luar biasa yang saya perolehi daripada Seminar Hidup Luar Biasa yang disampaikan oleh DAO..

 

Tips yang sangat istimewa

Tips yang sangat istimewa

 

1. Buat keputusan perjalanan kita biasa-biasa atau luar biasa.

 

Jika kita hanya cakap pada kita…”aku nak berjaya” , kita takkan berjaya. Kerana kita hanya nakkkk je. Kita belum tentu memang berjaya. Jadi, ubah apa yang kita cakap pada diri..atau sebut pada diri…yang..”Saya kaya dan berjaya”. Dan apabila kita dah set dalam diri kita seumpama dah berjaya, kita mestilah buat satu-satu kerja tu seumpama dapat berjuta-juta ringgit. Jadi, semua benda kita lakukan semestinya pantas lah kan.

 

success way

success way

 

 

Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita buat, dan apa yang kita cakap adalah DOA.

 

Jadi, bila kita tahu ni, kita semestinya dah tahu yang setiap apa yang terlintas di fikiran kita, apa yang kita sebut atau buat..adalah sesuatu yang melibatkan DOA. Jadi kita mesti berhati-hati dalam handle setiap perkara melibatkan diri kita, fikiran kita.

 

2. 100% komitmen

Kita mesti berikan 100% komitmen jika kita mahu hidup luar biasa.

 

3. Fokus

Apabila memulakan sesuatu dan buat hingga habis adalah sikap orang yang berjaya. Ini sikap yang sepatutnya ada dalam diri kita.

 

4. Fast action, fast result

Setiap perkara yang mahu kita lakukan, kita mesti lakukannya dengan pantas. Tanpa membuang masa! Nak berjaya? Bertindak sekarang! Bukannya “tunggulah”, “nantilah”!

 

fail or success

fail or success

 

5. Kuasai diri sendiri

Kita mesti memaksimumkan potensi diri kita. Sebebnarnya, setiap dari diri kita miliki potensi sendiri. Semua orang mula dengan biasa-biasa saja, tapi boleh menjadi luar biasa jika sememangnya mahu!

 

Knowing-yourself

Knowing-yourself

 

Bagaimana kita nak cungkil potensi diri kita ni? Ia adalah dengan menambah nilai dalam diri orang lain. Jika kita miliki duit, tapi kita simpannn je duit kita tu. Takmo kongsi dengan orang lain. Ia tidak dapat membantu kita untuk cungkil potensi diri kita..

 

6. Tukar kawan kita.

Kawan jenis macam mana kita mesti tukar? Ia adalah kawan yang spesis “biawak”. Bagaimana nak kenal sape kawan kita yang spesis “biawak” ni?

Ni contohnya:

Kita: Aku nak buat ni lah.

Kawan kita (spesis biawak): Kenapa nak buat? Tak payahla. Kau ok dah apa. Kau jangan mimpilah. Susah tu.

 

pilih kawan yang baik

pilih kawan yang baik

Tapi, kalau kawan yang bagus, ni contohnya:

Kita: Aku nak buat ni lah.

Kawan kita (bagus): Bagus, kau nak aku tolong apa?

 

7. Teruskan belajar untuk baiki diri.

Kita mesti teruskan belajar untuk baiki diri kita. Kerana kita tidak miliki semua ilmu pon lagi. Ilmu sangatlah luas. Banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu walau banyak mana pon kita dah tahu sebenarnya.

 

keep on learning

keep on learning

 

8. Mentor

 

Nak berjaya, kita mesti ada mentor. Mentor ni boleh pandu kita ke arah yang sepatutnya. Carilah mentor yang sudah berjaya dan terbukti berjaya. Jika kita nak berjaya dalam bisnes, kita mestilah miliki mentor yang sudah berjaya jauh dari kita.

 

mentor

mentor

 

9. Ikut jejak

 

Kita kena ikut jejak orang yang dah berjaya. Jika kita ikut jejak orang yang dah berjaya, kita mesti akan berjaya. Lambat atau cepat! Percayalah! Kita mesti ikut setiap jejak orang yang berjaya tu untuk pastikan kita juga berjaya sepertinya atau lebih darinya.

 

follow steps

follow steps

 

10. Penghalang kejayaan yang utama adalah diri kita sendiri.

 

Jika kita nak sesuatu itu berubah, kita mesti berubah terlebih dahulu. Bukannya tunggu orang lain yang berubah untuk mencapai impian kita. Jika kita miliki pasangan yang tidak banyak membantu dan menyokong kita, kita dulu yang kena berubah. Berubah betol-betol sehingga terbukti kita boleh berjaya.

 

ubah diri terlebih dahulu

ubah diri terlebih dahulu

 

Jom kita ubah diri kita menjadi seseorang yang luar biasa hebat!

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan 4 angka ke 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

master nur zahirah

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge