Bersalin dan menyusukan 3 anak tanpa henti selama 6 tahun!

Alhamdulillah, lama ingin saya coretkan di sini kisah ini. Hari ini baru berkesampaian. Saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai pengalaman peribadi saya berkenaan bersalin dan menyusukan 3 anak syurga saya ini tanpa henti selama 6 tahun! Ye, 6 tahun! Dari 2009-2014.

 

anak-anak syurgaku

3 anak syurga kami:)

 

 

Bermula tahun 2009, saya melahirkan anak sulong kami, Muhammad Hafiz Aiman yang kini sudah berusia 6 tahun. Alhamdulillah ia secara normal dan ia dilahirkan dengan perasaan yang pelbagai. 🙂 Pengalaman ini sangat memberi kesan kepada saya. Sepanjang membesarkan Aiman dalam masa 2 tahun pertama, saya tidak putus memberikan Aiman susu saya sendiri, tanpa campuran formula. Sejak mengandung, saya sudah nekad. Semua anak saya mesti dibesarkan dengan susu saya sendiri. Bukan susu lembu. Itu nekad saya. Saya ingatkan ia mudah, tapi ia mudah dengan bersebab. Jika nekad saya tidak kuat, jika saya malas dan mudah putus asa, saya akan kalah. Saya tahu, semua ibu ada impian ini. Cuma yang membezakan berjaya atau tidak adalah nekad yang betol-betol. Jika ia betol-betol di luar kemampuan kita, sudah semestinya kita tidak mampu. Tapi alhamdulillah, saya berjaya kerana Allah yang bantu saya. Kita ada Allah tempat meminta bantuan.

 

Aiman berusia 8 bulan

Aiman berusia 8 bulan

 

Di kala Aiman berusia 8 bulan, saya disahkan mengandung anak kedua. Saya gembira! Yelah, nak dapat ahli keluarga baru kan walau saya belum bersedia untuk itu. Tapi ada juga saya rasa sedih kerana mungkin pemberian susu ibu buat Aiman tidak mencukupi. Kerana nekad saya, ingin berikan Aiman susu saya sepenuhnya sehingga usia 2 tahun. Seperti kita semua sedia maklum, di kala mengandung, susu ibu akan berkurang. Saya yang sebelum ini pam sehari mendapat 20 oz, melengkapkan stok yang cukup banyak untuk Aiman sehingga perlu membeli peti ais khas untuk simpan stok susu saya untuk Aiman…mengalami kejatuhan kuantiti susu yang dapat dihasilkan setiap hari kepada 12oz dan kadang-kadang 8 oz sehari. Tapi, saya betol-betol kerja keras. Saya kerapkan lagi pam susu. Dan mengambil nutrisi untuk ibu mengandung yang lengkap. Dan semestinya, sepanjang menyediakan susu ibu untuk aiman sebelum mengandung pon, saya menjaga nutrisi yang badan saya perlukan.  Pernah juga susu saya merudum sehingga 6 oz sahaja stok sehari. Saya pam susu di pejabat sambil menangis-nangis. Saya nampak Aiman saja di saat ini. Saya mohon bantuan Allah untuk berikan Aiman susu yang cukup. Dan alhamdulillah, ia memang cukup buat Aiman. Kerana Aiman memang dah mula makan. Dan dos susu ibu yang dia perlukan pon tidak terlalu banyak seperti sebelum ni sehingga 20 oz sehari. Alhamdulillah, kerja keras saya menyediakan stok awal-awal buat aiman sebelum mengandung anak kedua banyak dapat membantu mengekalkan susu saya buat Aiman walau penghasilan susu saya semakin merudum di trimester kedua dan ketiga kehamilan. Walaupon saya masih pam susu untuk Aiman setiap hari, saya tetap menjaga kesihatan saya dan bayi dalam kandungan. Tanpa mengabaikan keperluan nutrisi kami berdua.

 

Aiman kini berusia 6 tahun

Aiman kini berusia 6 tahun

 

 

Semasa Aiman berusia 1 tahun 4 bulan, lahirlah seorang puteri melengkapkan hidup kami sekeluarga. Iaitu Nur Hafizah Syamimi. Syamimi dilahirkan di bumi kenyalang, tempat pertama saya bekerja. Rasa seronok apabila dapat seorang puteri dan seorang putera sebagai pelengkap hidup. Hidup kami sekeluarga bagaikan lengkap sudah. Pengalaman bersalinkan Syamimi cukup “tragidis”. Kerana Syamimi dilahirkan pada 1 Ramadhan. 🙂 Sah-sah, sebulan ibu burn puasa tauuuu ehehehehe…:).. Takpe, Syamimi anak yang diberkati. Lahir di bulan Ramadhan yang penuh barakah. Jadi, sebulan orang lain berpuasa, ibu setiap hari makan dan makan di siang hari jugak hehe.

 

Syamimi di usia 3 bulan

Syamimi di usia 3 bulan

 

Bersalinkan anak kedua ini tidaklah segerun anak yang pertama kerana saya sudah melalui pengalaman. Cuma, sakit nak bersalin anak kedua ni semakin pendek tempohnya berbanding nak lahirkan anak sulong. 🙂

 

Syamimi menyusu tidak “seagresif” abg Aiman. Maksud saya, susu yang diperlukan tidak setiap hari perlukan 20 oz ke atas. Hanya ada masa-masa tertentu yang Syamimi perlukan susu yang banyak. Biasanya di waktu panas, di waktu dia berjaga dan tak tidur di siang hari. Biasanya, dos susu yang Syamimi perlu hanya 12 oz- 18 oz sehari. Apabila hal ini berlaku, saya tetap tidak memberi peluang kepada diri saya untuk berehat-rehat santai santai tanpa pam susu mengikut jadual yang dah saya set sepertimana semasa menyusukan Aiman. Disebabkan Aiman juga belum cukup umur 2 tahun, jadi saya gunakan teknik tandom nursing. Maksudnya, saya menyusukan kedua-dua anak-anak saya. Kan nekad saya untuk susukan anak-anak sehingga usia 2 tahun.

 

Jadi, walau  Syamimi hanya perlu sedikit stok susu setiap hari daripada Aiman apabila dibandingkan pada usia yang sama, saya tetap berdisiplin. Jadi, 18 oz susu untuk Syamimi dan 10 oz untuk Aiman setiap hari saya bekalkan kepada pengasuh. Itu bermakna, saya mesti kerja keras dari sebelum ni semasa anak seorang. Kini, dua orang anak sedang perlukan “demand” susu dari saya.

 

Dan alhamdulillah, sehingga Aiman berusia 2 tahun 3 bulan, susu saya masih dibekalkan untuk Aiman dalam bentuk “expressed milk”. Direct feeding tu sah-sahla lebih sikit lagi kan. Sehingga Aiman sendiri menolak untuk menyusu ibu semasa usianya 2 tahun 6 bulan. Alhamdulillah!

 

Jadi, saya teruskan dengan menyusukan Syamimi seorang. Jadual pam  seperti biasa saya disiplin. Nutrisi saya jaga seperti biasa. Pelbagai cara saya gunakan untuk menjadikan saya disiplin dengan jadual pam saya walau saya bekerja bagaikan huru hara di pejabat dan juga outstation ke seluruh Malaysia dengan meninggalkan anak-anak dengan pengasuh mahupon suami. Dan alhamdulillah, walau saya travel dan outstation, stok susu untuk Syamimi saya takkan lupa. Dan saya sangat amalkan segala tips untuk memastikan stok susu saya tidak terjejas dalam 20oz ke 28 oz setiap hari untuk Syamimi. Alhamdulillah.

 

Selalunya, peti ais dalam hotel tu akan penuh. Dan selalu juga saya minta tumpang peti ais dapur hotel untuk simpan stok susu saya jika saya outstation selama 4 hari ke atas. Buat muka biasa je minta tolong. Hehehee.. 🙂

 

Aiman Dan Syamimi di rumah pengasuh :)

Aiman Dan Syamimi di rumah pengasuh 🙂

 

Saya sangat enjoy menyusukan anak-anak saya walau ia memenatkan. Tapi, alhamdulillah, kesan daripada pengambilan nutrisi,walau saya sibuk dan penat, ia tidak memberi kesan negatif kepada susu yang saya hasilkan untuk anak-anak. Dan semestinya, semasa mengepam susu tu, ibarat saya sedang berehat. Masakan tidak, saya boleh pam susu sambil saya take nap sekejap dalam 10-15 minit. Dan semestinya, saya jaga jadual kerja saya. Datang awal sedikit atau pulang lewat sedikit untuk ganti waktu mengepam. Saya juga sering gunakan teknik power pumping. Nanti saya share di lain post ye berkenaan tips-tips yang saya gunakan untuk banyakkan susu saya buat anak-anak syurga saya ini.

 

Alhamdulillah, saya teruskan penyusuan Syamimi secara eksklusif sorang-sorang untuknya sehingga Syamimi berusia 14 bulan. Hehe. Kenapa begitu? Sekali lagi, saya disahkan mengandung anak ketiga. Wow! Ada jarak yang lebih lama kan berbanding antara Aiman dan Syamimi dulu. Hehe. Satu improvement buat saya dan suami 🙂

 

Semasa mengandungkan Husna, saya terus menyusukan Syamimi.Ingat yang saya cakap stok saya tidak putus dan tiada rasa malas nak mengepam seperti biasa atau zon selesa walau Syamimi gunakan stok susu sikit je setiap hari? Haa…ini lah faedahnya. Di kala saya mengandung pon, stok susu masih penuh. Dan saya tetap teruskan mengepam susu untuk anak saya Syamimi. Ini kerana, supply vs demand. Jika saya kerap kosongkan payudara saya dengan kerap keluarkan susu (pam susu), semestinya signal dihantar ke otak lebih kerap untuk hasilkan susu lebih banyak.

 

Saya ingatkan, mengandung kali ni pon seperti mengandungkan Syamimi dulu. Rupa-rupanya tidak. Hormon saya tak berapa stabil. Susu merudum dengan cepat sangat-sangat. Saya mula kaget. Nutrisi untuk saya dan bayi tetap saya jaga sebaiknya. Sebelum mengandung, saya pam sebanyak 28oz ke 30 oz sehari, tapi apabila mengandung, walau trimester pertama, ia jatuh ke 12 oz sehari. Dan dengan cepat, ia jatuh ke 8oz sehari walau trimester pertama. Wow! Cabaran buat saya ni. Saya mesti kuatkan semangat. Saya bangun tahajud, saya minta dengan Allah. Untuk Allah mudahkan saya memberikan susu saya buat Syamimi sepenuhnya. Hanya tinggal 10 bulan saja lagi untuk saya lengkapkan hak Syamimi ke atas susu saya.

 

Alhamdulillah, 3 oz sehari saya dapat minimum walau saya sarat. Saya buat segala tips dengan lebih agresif. Yang penting, anak saya tiada masalah dalam mendapatkan stok susu saya. Saya teruskan pam walau hanya 3 oz sehari saya dapat. Stok sedia ada yang banyak buat Syamimi sebelum saya mengandung memang sangat-sangat membantu. Saya bersyukur kerana saya sudah bersedia dari awal. Lagi pula, Syamimi dah mula kerap makan. Minum air kosong pon selalu untuk elakkan sembelit. Jadi, keperluan susu saya untuknya pon memang tidak perlu banyak. Selalunya dalam 8 oz sehari tu dah cukup untuknya dari pagi ke petang.

 

Syamimi semakin membesar dengan sihat

Syamimi semakin membesar dengan sihat

 

Alhamdulillah, tanggal 15 Ramadhan, saya melahirkan seorang lagi puteri. Kami namakannya Nur Hafizah Husna. Alamak! Bulan Ramadhan lagi. Haha. Nak buat camne? Terima jelah. Dan alhamdulillah, husna membesar dengan gembira dalam keluarga kami. Kali ni bersalin lagi rasa sakit berbanding lahirkan Syamimi. Pengalaman yang sangat berbisa di minda. Alhamdulillah ia adalah penghapus dosa buat saya :). Kali ni pon bersalin di bumi kenyalang. Kali ni, semakin ceria keluarga kami apabila dihadirkan 3 orang anak syurga.

 

Husna berusia 3 bulan

Husna berusia 3 bulan

 

Saya teruskan penyusuan secara eksklusif dan tandom nursing buat Syamimi dan Husna. Ok, sejarah kembali. Macam zaman Aiman dan Syamimi dulula. Hehe.

 

Selepas je habis pantang, saya ditukarkan ke Kerteh. Apabila bertukarnya kerja, saya pon semakin kelam kabut. Ia bukan tugasan seperti sebelum ini. Diri saya perlukan masa untuk biasakan diri dengan perubahan ini. Apabila keadaan macam ni,saya kurang menjaga nutrisi diri saya. Kerana terlalu fokus dengan kelam kabut ini, susu saya pon mula merudum dan merudum kerana saya tidak ikut jadual mengepam seperti biasa. Saya mula letih yang teramat sangat dan alami tekanan. Sehingga susu untuk husna walau baru berusia 1 tahun, dah tidak cukup.

 

Saya terpaksa mencari ibu susuan untuk husna kerana saya sangat-sangat tak boleh kawal keadaan saya semasa itu. Dan ada 2 minggu husna menggunakan susu umi Husni di taska. Dahla dia perlukan susu yang banyak masa tu. Huhu. Kesian Husna. Sebenarnya, saya boleh kawal diri saya jika saya mahu. Tapi disebabkan keadaan sekeliling yang membuatkan saya jadi tidak seperti saya yang dulu yang betol-betol “fight” untuk susukan anak dengan susu sendiri, inilah jadinya. Sebab tu saya faham keadaan ibu-ibu yang alami tekanan seperti saya tak kisahlah dari segi apa sekali pon yang kadang-kadang di luar kawalan kita. Dan selepas 2 minggu Husna menyusu dengan susu ibu susuannya, saya berhenti kerja. Biasalah, dalam proses nak berhenti kerja tu banyakk sangat perkara nak diselesaikan dengan sempurna dan fokus sungguh-sungguh kan. Sebab tu emosi kita pon berubah. Jadi, penghasilan susu kita pon berubah. Apatahlagi tak jaga nutrisi masa tu. Hehe..

 

Dan alhamdulillah, kehidupan berubah selepas berhenti kerja! Saya semakin gembira. Suami dan anak-anak juga gembira! Juga dapat susukan Husna dengan sepenuhnya sehingga berusia 2 tahun dengan susu saya sendiri.

 

Happy go lucky husna:)

Happy go lucky husna:)

 

Dan kini, saya kembali hamil. Dan kali ni, tiada tandem nursingla sebab sorang je anak yang akan saya susukan secara eksklusif! Husna pon dah berhenti menyusu sekarang kerana usianya memnag dah lebih dari 2 tahun semasa saya mengandungkan anak ke 4 ini. Awesome! Jarak yang semakin jauh. Heheeee…

 

Saya bersama anak-anak syurga saya:)

Saya bersama anak-anak syurga saya:)

 

Sekian saja sharing saya hari ni. Akhir sekali, saya ingin mengajak ibu-ibu di luar sana untuk teruskan usaha untuk susukan anak-anak kita dengan susu kita sendiri. Semuanya ada jalan insyaallah.

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan 4 angka ke 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

master nur zahirah

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

 

 

One Response to “Bersalin dan menyusukan 3 anak tanpa henti selama 6 tahun!”
  1. sharifah khadijah 11 April, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge