Kenapa kita mesti mula berniaga? Bagaimana ingin bermula?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ni saya nak kogsikan berkenaan “kenapa kita mesti mulakan langkah untuk berniaga? Dan bagaimana ingin bermula?”

 

Saya mendengar rakaman webinar kuliah bisnes #1 Doktor Azizan, dan saya ingin kongsikan dengan anda

 

i am a champion

 

Kalau nak berjaya, kita mestilah cari mentor. Dan cirinya, mentor yang dah berjaya dan terbukti berjaya.

 

Kalau kita nak pandai masak kek, kita kena belajar dengan orang yang pandai masak kek. Tapi, orang yang pandai masak kek bukan semestinya pandai buat bisnes. Faham ke faham?

Pertama sekali, kita mesti mendapatkan mentor.

Ciri-ciri mentor yang mesti kita cari adalah:

 

1. Mentor mesti sudi mengajar dan pandai mengajar kita

2. Mentor mesti terbukti berjaya dan terbukti boleh mengajar orang lain. (ada proven success. Result matters)

 

Dalam webinar ini, DAO berkongsi, ada yang bertanya kenapa mesti berniaga. Ramai yang tanya soalan ini. Apa jawapannya?

 

DAO kongsikan, kenapa kita mesti memulakan bisnes. Ini kerana, jika kita hanya bekerja dengan orang,

a) Kita ada masa yang cukup terhad untuk kembangkan pendapatan kita

b) Mana lebih baik? Kita urus syarikat sendiri atau syarikat orang lain?

 

Bagaimana memulakan perniagaan?

1. Dalam bisnes, kita tak perlu menggunakan modal yang besar. Kita boleh mulakan apa yang ada di tangan. Iaitu apa yang kita boleh buat. Contoh: Selama ni kita pandai pasal akaun. Jadi, kita boleh bermula buat video cara buat akaun, memulakan tuition mengajar akaun, menjadi konsultan kepada syarikat orang lain dalam bidang akaun.

 

Contoh: kita adalah pelajar universiti. Jadilah ajen kepada makcik yang jual nasi lemak kat luar. Jual dari bilik ke bilik.

 

2. Mulakan dengan menjadi ajen produk orang lain. Contoh: Menjadi ajen kepada syarikat insuran, takaful, hartanah mahupon produk kesihatan. Jadi boleh kita mulakan sekarang. Kita boleh mendapatkan pengalaman dalam proses ini sebelum membina produk sendiri. Jangan buka kilang untuk keluarkan produk sendiri terlalu awal. Kerana kita baru nak bermula. Kita tiada apa-apa ilmu lagi. Jadi, kita mestilah belajar dahulu.

 

3. Mulakan dengan modal kecil-kecilan yang ada di tangan. Contoh: kita ada modal RM200. Jadi, belilah tepung. Buat karipap, buat cucur badak, jadi jual kepada orang. Pointnya adalah, mulakan dengan apa yang kita ada dalam tangan. Tak perlu buat pinjaman beribu-ribu untuk memulakan bisnes.

 

Apa yang kita tahu itu, akan menentukan apa pendapatan kita. Jika lagi banyak ilmu yang kita tahu, lagi banyak pendapatan. Jadi, kita mesti tambahkan ilmu ita dalam ilmu pemasaran kerana ilmu pemasaran adalah kunci dan nadi kepada kejayaan kita dalam bisnes.

Dalam berniaga, kita mestilah

Betolkan niat. Jangan pikir nak DUIT semata-mata.

Kita mesti betolkan niat yang betol. Niat nak bantu orang lain untuk menyelesaikan masalah orang dengan bisnes kita. Nak bantu orang untuk menjadi gembira dengan bisnes yang ita lakukan.

 

contoh:

Meniaga air: boleh selesaikan masalah dahaga orang lain

Meniaga nasi lemak: bagi orang lain rasa kenyang dengan mendapatkan nasi lemak yang sedap.

Saya berkongsi dari hati dengan anda, kenapa saya memulakan bisnes ini.

1. Saya mahukan masa yang lebih fleksibel,

2. Saya mahukan bebas kewangan

3. Saya nak beri manfaat yang jauh lebih baik dan lebih banyak kepada orang lain.

4. Saya mahu jadikan segala yang saya dapat di dalam dunia ini sebagai aset yang besar buat saya selepas mati

 

Jika anda juga ingin menikmatinya, mulakanlah pernigaaan sekarang.

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge