Syukuri apa yang telah dimiliki, berusaha untuk apa yang belum dirasai

Alhamdulillah, dah masuk bulan December. Sekejap je kan rasa…dah nak habis setahun untuk tahun 2014. Di manakah kita? Masih seperti December 2013? Atau semakin baik? Cuba tengok balik sejarah hidup kita sepanjang setahun ini. Apa yang dah berubah? Apa yang semakin baik itu?

 

Kesyukuran

 

Saya bukanlah orang yang tepat nak bercakap mengenai ibadah seseorang. Saya Cuma mengajak kita melihat ibadah kita..adakah semakin baik atau sama? Dan minta jauh kalau semakin teruk. Wuduk kita masih sama kah caranya seperti kita tahun lepas? Atau skillnya semakin bagus? Iaitu mungkin kita ada ilmu berkenaan hikmah wuduk..kita tahu kenapa kena basuh muka dan ia wajib dalam wuduk..itu contoh untuk upgrade diri kita dalam hal wuduk.

 

Hal lain pula bagaimana?

Nikmat kita di dunia, mesti kita syukuri. Kita masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas dengan baik. Betapa Allah memberi keselesaan yang optimum buat kita. Kita tak minta pon Allah hantar oksigen buat kita setiap masa. Tapi, disebabkan kasih sayangnya, kita masih terus dibekalkan oksigen setiap saat tanpa putus. Sudah bersyukurkah kita?

 

bersyukur

 

Yang belum kita miliki…sudah pasti kita mesti berusaha sehabis baik. Cuba tanya diri..apa matlamat yang kita set di tahun baru Januari 2014? Dah lupakah kita? Atau list tu tak tau letak mana dah pon. Apa yang kita nak capai? Dah berapa peratus tercapai? Dan berapa peratus lagi kita perlu kejar untuk pastikan semua impian kita pada tahun 2014 tercapai?

 

Tenung balik. Mungkinkah kita berada dalam kalangan orang yang hanya berimpian, tapi lupa apa impiannya. Yang akhirnya tersasar tak tahu apa dicarinya. Ada lagi 31 hari sebelum berakhirnya 2014. Masih bersisa untuk berusaha sehabis baik. Pantang mengalah!

 

Salam sayang,

Ira & Hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com
Master Coordinators

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge