Millionaire Marketing Mastery yang cukup awesome!

Alhamdulillah, setelah sekian lama saya hanya menjadi pemerhati dari jauh, kini saya dan suami benar-benar berada dalam kelas DAO iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM). Satu je saya nak cakap, kelas ni awesome! Bukan saya cakap sebab saya fanatik dengan DAO. Tapi, sebab setiap rangkap katanya adalah pengalaman yang cukup bernilai bagi mengelakkan kami terjebak sekali membuat kesilapan yang sama.

 

Saya bersyukur sangat kerana ini adalah rezeki yang cukup besar buat saya dn seluruh ahli dalam Legasi Anugerah Terindah. Kenapa? Dengan Allah gerakkan hati saya dan suami untuk memilih kelas MMM yang super supreme yang miliki “extra” package untuk group coaching bersama DAO, ia bukan sesuatu yang hanya kebetulan. Walau kami berhabis hampir RM10,000 termasuk penginapan dan juga pengangkutan 4 hari 3 malam untuk kami berdua ke MMM, banyak peluang dan ruang yang kami jumpa. Kami jumpa kawan-kawan bisnes yang miliki semangat yang kental. Dan mereka bukannya Shaklee je. Sebelum-sebelum ni, networking saya dalam bisnes hanya berkisar orang Shaklee dan customer. Saya tak berapa kenal tauke restoren, tauke kedai elektrik, tauke butik, tauke saloon. Tapi bila saya hadir ke MMM dan berada dalam super supreme grup, saya kenal dengan mereka yang kebanyakannya memang dah ada bisnes dan berpengalaman. Networking yang superb saya boleh jumpa. Dan saya jumpa peluang yang besar untuk sebarkan bisnes saya dengan gunakan joint venture. Saya juga kenal mereka yang berada di Brunei. Peluang yang besar untuk kembangkan bisnes kami! Ilmu dan kawan yang baru..

 

Antara kawan-kawan yang hadir dan juga kenalan baru yang bergelar pensyarah

Antara kawan-kawan yang hadir dan juga kenalan baru yang bergelar pensyarah

 

Apa yang kami belajar dalam 4 hari kelas MMM super supreme ini? Ni saya share secara umum ye…

 

Kami suami isteri nampak dengan lebih jelas”jalan” kami dalam bisnes ini. Sebelum ni, kami hanya bergerak dalam online semata-mata. Yang online pula, kami “tawaf” di tempat yang sama je. Hehe. Kesian kami. Lepas ni, kami tahu dah apa strategi-strategi lain. Yang kami boleh pelbagaikan. Insyaallah akan kami praktikkan satu demi satu ilmu tambahan ini. Sebelum ni, mentor dalam bisnes kami dah ajar macam-macam dan kami appy juga. Kami takkan tinggalkan mentor kami. Kerana mentor Shaklee kami lebih tahu mendalam berkenaan Shaklee. Sah-sah kira rugi kalau kami lepaskan tau. Jadi, saya combine semua tips dan strategi yang mentor-mentor saya berikan termasuk DAO.

 

Selepas ke kelas MMM ni, kami nampak dengan sungguh jelas peluang kami. Sebelum ni kami tahu peluang ini besar dan cukup luas, tapi bagaimana saya nak bergerak menuju ke arah peluang itu buat saya dan grup stuck. Dan sekarang baru saya tahu teknik yang berkesan dalam masa 10 saat perkenalkan diri dan influence orang lain untuk kenali kita.

 

DAO kasi can selfie jap sebelum kelas bermula di DAY 1

DAO kasi can selfie jap sebelum kelas bermula di DAY 1

 

 

Ilmu ini ibarat lautan yang luas! Betol. Ia akan mengubah hidup kami, jika kami betol-betol buat dan take action dengan baik bagi setiap perkara. Saya dan suami dah sit down together, dan kami dah pilih dan susun apa tindakan kami perlu buat dalam masa 3 bulan pertama ini. Insyaallah, matlamat kami yang jelas apa kami nak capai dalam masa 3 bulan bersama tindakan apa yang perlu kami ambil ini mampu membantu kami dan ahli grup kami yang juga duplicate kami bergerak dengan lebih laju dan berani dalam dunia bisnes yang milik 9/10 daripada sumber rezeki dunia.

 

Saya dan kanda saya Zura Beauty

Saya dan kanda saya Zura Beauty

 

Bagi sesiapa yang ingin berjaya, carilah ruang dan peluang untuk anda hadir ke MMM ini lain kali. Kalau boleh, pilih seat Super Supreme kerana ia cukup EKSKLUSIF!

DAO kongsikan 245 strategi yang lengkap untuk kita pilih hanya 1/2 yang sesuai untuk kita gunakan. Serius! Ia memberi kesan yang kuat kepada bisnes kita.

 

Suami saya, Master Hafizan di MMM 2014

Suami saya, Master Hafizan di MMM 2014

 

Saya mendoakan agar saya berpeluang untuk ke IMKK februari ini, juga ke platinum classes. Insyaallah.

Jika anda tidak ada bisnes lagi, dan tak tahu nak pilih bisnes apa untuk anda buat di kala ekonomi kita sangat memberi kesan negatif kepada ekonomi keluarga kita…

Anda boleh hubungi saya untuk saya bantu anda. Saya tidak akan memaksa anda untuk sertai saya. Semua di tangan anda. Tiada sesiapa boleh memaksa kita untuk melakukan perubahan. Kerana keputusan “nak jadi apa” itu berada di tangan kita sendiri.  Masa tidak menunggu kita untuk berubah…

 

Salam sayang,

Ira & Hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com
Master Coordinators

 

 

 

 

 

 

 

3 Responses to “Millionaire Marketing Mastery yang cukup awesome!”
  1. huda 5 December, 2014
  2. Syaza 5 December, 2014
  3. Raihanah Ahmad 5 December, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge