Tips elak anak daripada dibuli dan membuli

Kes buli adalah sesuatu yang memberi kesan buruk kepada mangsa buli. Juga satu sikap yang boleh merosakkan sehingga melibatkan kecederaan. Sikap membuli ini adalah sikap yang Allah tidak suka dan semestinya mesti ditangani. Sebelum kita menangani anak orang lain, kita seharusnya menangani anak kita sendiri daripada sikap membuli ini.

buly

Saya kongsikan sedikit kajian yang dibuat mengenai kes buli ni.

Di Manila, jumlah kes buli yang berlaku pada tahun lepas adalah 2 kali ganda daripada apa yang berlaku di Singapura dan Kuala Lumpur. Menurut Profesor Olweus dari Beregen University, Norway iaitu pelopor dalam kajian buli di dunia, sekiranya kes buli berlaku dalam lingkungan 10-15 peratus, ia dianggap serius.

Di USA (Statistik daripada Bully Police), 3 daripada 4 orang pelajar
yang melaporkan bahawa mereka telah dibuli. 1 daripada 5 orang pelajar mengelakkan diri dari pergi ke tandas atas kebimbangan tentang keselamatan diri. Sebanyak 90% pelajar yang berasa mereka telah dibuli dan menghadapi masalah sosial, emosi dan pendidikan.

1 daripada 13 orang yang berumur di bawah 19 tahun telah membunuh diri setiap tahun dan angka ini telah meningkat sebanyak 3 kali ganda jika dibandingkan dengan 20 tahun yang lalu. Kebanyakan kes ini adalah berkaitan dengan kes buli.

Menurut wikipedia bahasa melayu, buli ini bermaksud bermaksud
perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk
menunjukkan kekuatan masing-masing.

Older student bullying and taking money from younger student

Terdapat 2 jenis buli iaitu :

1) Buli fizikal

-Pukul, peras ugut, tampar, tendang, tarik rambut, sepak terajang sehingga menyebabkan kecederaan ataupon kematian

2) Buli mental

-ejek mengejek

Sebab utama anak-anak sekarang berani untuk membuli adalah disebabkan keluarga suka marah-marah. Keretakan keharmonian dalam keluarga akan menyebabkan emosi si anak bercelaru. Jika kata-kata kesat selalu dituturkan oleh ibubapa, jika ibubapa sering memanggil nama anak dengan panggilan negatif atau memalukannya, lama kelamaan anak ini akan menjadi seorang pendendam dan pemarah. Anak ini akan melepaskan amarahnya pada kawan-kawannya yang lemah di sekolah.

Selain itu, cara ibubapa menguruskan anak-anak juga memainkan peranan penting. Jika mereka sering dipukul, didera, mereka akan miliki sikap ingin membalas balik apa yang telah mereka lalui tu untuk orang lain juga.

Faktor pemilihan kawan yang tepat juga memainkan peranan. Kawan adalah cermin kita. Jika kita silap memilih kawan, rosaklah kita. Kerana itulah, ibubapa mesti mengenalpasti siapa kawan anak-anak kita.

Jadikan kawan-kawan anak-anak kita ini juga sebagai kawan kita. Anak-anak suka apabila kita menghormati kawan-kawan mereka. Mereka merasakan yang ibubapa faham apa kehendak mereka. Jika tidak sesuai atau kita kurang senang dengan kawan anak kita ini, bolehlah kita berkomunikasi dengan lembut dengan anak-anak supaya mereka boleh faham niat teguran tadi.

Ibubapa juga tidak boleh terlalu manjakan anak-anak. Jangan jadikan anak-anak umpama “anakku Sazali”. Manjakan anak-anak biar bertempat dan perlu membataskan juga supaya mereka hormat ibubapa.

Nampak kan? Peranan ibubapa sangat penting bagi mengelakkan anak-anak daripada menjadi pembuli.

images

Bagaimana pula untuk elakkan anak kita daripada jadi mangsa buli?
Terdapat 5 cara bagaimana untuk atasinya. Saya kongsikan sedikit tips dari teman saya di blognya berkaitan cara elak dibuli.

1. Bercakap mengenainya. Ajak anak berbincang mengenai buli. Ajak anak bercerita. Apabila anak bercerita, pujinya sebab berani membuka cerita. Berbincang dengan guru di sekolah mengenai perkara yang berlaku kepada anak. Dan sama-sama mencari jalan penyelesaian.

2. Buang penyebab buli. Jika disebabkan duit atau gajet yang menyebabkan anak kita dibuli, elakkan ia digunakan oleh anak di sekolah. Lebih kreatif dengan membawa bekal ke sekolah jika perlu.

3. Berkawan untuk keselamatan. Pastikan anak sentiasa bersama kawannya. Elakkan berseorangan.

4. Pastikan anak kita ‘cool’. Jaga emosi apabila diejek. Jangan cepat mudah melatah atau melawan.

5. Elak cuba berlawan bersendirian. Sentiasa pastikan aduan disampaikan kepada ibubapa. Ibubapa menyelesaikan masalah ini sesama ibubapa dan guru menjadi perantara

6. Baca ayat perlindungan. Semoga anak kita terlindung dari segala hasad dengki manusia. Boleh amalkan surah Al-ikhlas, Al-falaq dan juga an-nas. Kepada Allah sahaja tempat kita memohon perlindungan.

Semoga anak-anak kita dijauhi daripada menjadi mangsa buli dan juga pembuli.

Salam sayang

Ira&fizan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge