Pantang larang untuk ibu menyusu susu ibu

Saya nak berkongsi apa pantang larang untuk ibu menyusu susu ibu. Ramai yang mengadu susu kurang. Badan lemau. Kesian saya dengar. Saya faham rasa itu kerana saya juga ibu menyusu:)

Pantang larang ni saya ambil daripada nenek belah suami saya. Beliau sangat menjaga pantang larang. Orang cakap, jangan kuat sangat pantang, nanti badan sensitif. Tapi memang nasihat orang tua betul. Memanglah masa muda-muda kita tak rasa tau sakit sana sakit sini. Bila dah tua, belum sampai waktu dah sakit urat. Belum sampai masa, dah longgar lutut. Hehehe. Tula, orang tua pesan tak mau ikut.

bbb-590x295

Apa pantang larangnya?

1. Elak daripada makan makanan atau buah-buah yang sejuk.

Sebab ibu menyusu ni perlu jaga makan. Lagi-lagi awal-awal selepas berpantang. Macam tok saya ajar, jangan makan buah jambu awal-awal sangat sebab sejuk, elak makan buah mempelam (hih, kegemaranku) sehingga anak berusia 6 bulan. Elak minum ais kerap-kerap sebab sakit urat. Kubis pon sejuk tau. Habis sayur apa nak makan ni? Heheh

2. Elak daripada makan makanan berangin. Kangkung jangan makan, ubi kayu, air bergas. Apa lagi ye. Hehe.

3. Elak minuman berkafein.

Kafein boleh mengganggu kelancaran saraf dalam jangka masa panjang.

4. Elak makan buah-buahan yang masam atau citrus dengan banyak

Sebabnya, anak boleh mudah sakit perut tau jika anak tu sensitif. Haa..dah tak boleh ambil buah oren, buah limau. Buah-buahan ini mengandungi vitamin C ni. Alamak, nak cari mana pulak vitmain C untuk badan ibu.

5. Elak makanan laut yang mengandungi merkuri seperti ikan yu, ikan todak dan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi boleh menjejakan sistem saraf pada bayi. Boleh pilih ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang rendah seperti salmon, ikan air tawar dan udang.

Kesimpulannya, ibu menyusu mesti jaga makan.Sebab perut anak sangat sensitif. Silap makan sikit, perut anak kembung, Silap makan sikit, anak cirit birit, silap makan sikit, badan ibu sengal-sengal dan bisa-bisa rasa..Haa…kalau banyak yang tak boleh dimakan, bagaimana nak bagi badan cergas dan cukup khasiat?

new-mom-breastfeeding-edited

Sebab tu ibu menyusu perlukan suplimen untuk badan. Suplimen membantu dalam melengkapkan keperluan badan ibu sendiri. Bila ibu sihat, ibu memiliki zat yang cukup untuk badan, emosi ibu juga akan baik. Dari situ, badan ibu semakin sihat dan cergas. Secara tak langsung, susu ibu mudah untuk mengalir keluar.

Tapi beramai ramai yang ambil peduli hal ini?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan Shaklee dengan harga istimewa beserta konsultasi percuma
Ingin menjana pendapatan 4,5,6 angka bersama Shaklee?

Boleh hubungi,

Ira & Hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com
Master Coordinators

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge