Hati cantik dan bersih mengundang rezeki Allah tanpa putus

Ramai yang utamakan cantik rupa. Tidak ramai yang juga mengutamakan kecantikan hati. Hati ini adalah seketul daging yang bila ia baik, baiklah seluruhnya. Yela, jika hati baik, hati cantik..tidak akan ada pembohong, tidak akan ada pencuri, tidak akan ada pemberontak, tidak akan ada pengumpat dan sebagainya. Semuanya terpulang kepada hati. Hati bersih magnet kepada rezeki tau. Sebab tu kena jaga elok-elok hati ni.

hati bersih

Bagaimana kita nak bersihkan hati kita ni? Ia adalah dengan zikrullah. Selalu ingat Allah setiap saat dalam diam, berdiri, duduk, sentiasa basahkan lidah dan hati dengan mengingati Allah. Dengan ini, hati akan menjadi tenang.

zikrullah

Jika kita amalkan istighfar, dosa kita akan sentiasa gugur. Maha hebat nikmat ini. Allah berikan tips bagaimana untuk gugurkan dosa kita. Masyaallah. Untunglah bila beramal:)

kisah istighfar

Membaca quran juga dikatakan sebagai zikrullah. Sebab semu ayat dari Alquran adalah dari Allah, Pencipta Alam seluruhnya. Jadi bila kita buka quran, kita baca…kita sedang megingati Allah. Amalkan untuk sama-sama baca maknanya supaya kita boleh dapat hikmah darinya.

baca quran

Jom beramal sama-sama. Sikit-sikit dan istiqamah.

Rindu semua:)

Salam sayang,

Ira&Hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com

2 Responses to “Hati cantik dan bersih mengundang rezeki Allah tanpa putus”
  1. rokiah 5 November, 2014
  2. Idayu Ayu 25 November, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge