Anak adalah untuk disayangi, bukan untuk dibuang

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala nikmat yang Dia berikan tanpa putus buat saya dan keluarga. Saya dikurniakan suami, anak-anak, ibubapa, adik beradik, sahabat handai dan juga seluruh ahli dalam Legasi Anugerah Terindah sebagai penyeri hidup saya. Tidak lupa juga kepada customer yang tidak putus memberikan support. Terima kasih.

 

Apa yang saya nak ceritakan hari ini adalah mengenai nikmat bergelar ibubapa. Akhir-akhir ini, ada anak yang dibuang. Sudah pasti ia disebabkan oleh anak ini bukanlah anak yang ‘suci’ di mata ibu bapa yang menyebabkan ia lahir. Tapi di mata Allah Taala, bayi ini adalah suci dan bersih. Alasan si kecil ini dibuang adalah kerana ia dilahirkan bukan atas kehendak ibubapanya. Kerakusan hawa nafsu membuatkan anak ini lahir. Tapi kita kena ingat, siapa yang menyebabkan si kecil yang tidak berdosa ini lahir? Ia adalah atas kehendak Allah Taala. Minta jauh kita daripada akhlak sebegini buat kita dan anak-anak kita serta keturunan kita dan seluruh rakyat Malaysia. Ini adalah satu kezaliman yang tak dapat dimaafkan.

 

blue_eyes_cute_baby-wide

 

Tips untuk mengelakkan kita atau anak kita terjebak dalam perkara zina ini:

 

1. Menjadi kawan yang paling rapat kepada anak. Bila kita menjadi teman paling akrab buat anak, anak akan percayakan kita berbanding kawan-kawannya yang lain. Bila perkara ini berlaku, tiada rahsia antara anak dan ibubapa. Jadi kita akan kenal dengan semua kawan-kawannya

 

1480820_f496

 

2. Kenali kawan-kawan anak dan rapat dengan kawan-kawannya. Apabila kawan-kawan anak juga menjadi kawan ibubapa, ia lebih terjaga dan kita boleh pantau anak-anak dengan lebih baik. Ini kerana, kawanlah menjadi cermin kepada anak. Apabila pilih kawan yang betul, anak kita pon menjadi anak yang baik.

 

berkawan dengan kawan anak-anak

 

3. Kenal ibubapa anak-anak kita. Anak kita akan rasa dihargai dan rasa ibubapa hormat padanya apabila ibubapa juga sentiasa berusaha untuk kenal dengan lebih rapat lagi ibubapa kawan-kawan mereka.

 

4. Berikan didikan agama dan kehafahaman berkaitan pergaulan lelaki dan perempuan muhrim atau bukan muhrim. Pemahaman berkaitan pergaulan ini sangatlah penting sebab apabila anak-anak faham mengenai batas-batas pergaulan, mereka tidak akan mudah terpedaya.

 

5. Mengajar anak-anak cara menutup aurat yang betul.

 

6. Berikan ilmu agama berkaitan dengan iman dan islam itu secara menyeluruh kerana ia adalah fardu ain. Jika kita pon tidak tahu, sama-sama pergi belajar dengan anak-anak dengan ustaz ataupon ustazah.

 

baca quran

 

7. Banyakkan berbicara dan berbincang secara ilmiah yang santai bersama anak-anak.

 

8. Percayakan anak-anak dan jangan mudah menuduh apabila mereka membuat silap. Berikan ruang untuk mereka menerangkan apa yang sebenarnya berlaku. Jadilah pendengar yang baik kepada anak-anak.

 

9. Kahwinkan anak-anak dengan segera apabila mereka sudah ada pilihan hati. Letakkan keutamaan agama terlebih dahulu berbanding harta benda. Allah akan buka rezeki seluas-luasnya apabila telah mendirikan rumahtangga walau di usia muda. Zaman kini penuh dengan ujian dan fitnah, jadi yang lebih baik adalah mempercepatkan perkahwinan anak-anak. Tapi pastikan anak-anak bersedia dari segi mental dan fizikal nya cukup matang untuk memikul tanggungjawab.

 

10. Bekalkan ilmu rumahtangga kepada anak-anak. Ajar bagaimana untuk rumahtangga dengan sendiri dan juga ajar bagaimana untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. Juga tidak lupa bagaimana untuk menjadi seorang “leader” sebagai persediaan untuk berkeluarga sendiri kelak.

 

Saya kongsikan 10 tips buat kita hari ini. Mungkin ada yang mahu menambah. Boleh juga dikongsikan di bahagian komen nanti supaya sahabat-sahabat kita yang lain mendapat manfaat daripada pandangan kita juga.

 

Saya adalah seorang yang berkahwin di kala usia 23 tahun dan masih belajar di tahun terakhir pengajian di universiti. Ia satu pengalaman yang sangat memberi inspirasi. Kerana alhamdulillah Allah memilih saya dan suami untuk lalui pengalaman itu bersama. Dan Allah jaga kami dengan hubungan yang halal walaupon di usia yang sangat muda di waktu itu. Riuh kampus kami terutamanya batch kami apabila mengetahui kami berkahwin. Ia umpama berita yang tak pernah terlintas di fikiran. Begitu juga di fikiran saya. Hehe..

 

Ingin tahu kisah selanjutnya? Nanti saya kongsikan di post seterusnya…

Itu saja yang ingin saya kongsikan hari ini. Semoga boleh membuka minda kita, semoga boleh kita betulkan kembali hubungan kita dengan anak-anak dan hubungan kita dan Allah. Semoga Allah jauhkan kita daripada maksiat zina ini. Insyaallah

 

Salam sayang,

Ira & Hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com
Master Coordinators

One Response to “Anak adalah untuk disayangi, bukan untuk dibuang”
  1. Nur Wahidah Bt Burhanudin 10 November, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge