Haji akbar nikmat buat umat Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, hari wuquf telah berlalu. Saya pasti ramai yang telah berdoa bersungguh-sungguh untuk meminta Allah kabulkan doanya. Insyaallah Allah kabulkan. Letak pengharapan dan keyakinan yang cukup tinggi kepada Allah Taala. Bersangka baik dengan Allah.

Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan hari wuquf jatuh pada hari Jumaat pada tahun ini dan ia menandakan bahawa haji tahun ini adalah haji akbar. Sudah pasti ramai yang akan mengunjung baitullah dan mekah untuk menunaikan haji di seluruh pelusuk dunia. Ganjaran yang diberikan kepada haji akbar adalah 70 kali ganda pahalanya berbanding haji biasa.

Berkongsi daripada post di denai hati berkenaan dengan haji akbar ini, para ulama’ menyatakan bahawa wuquf di Arafah yang jatuh pada hari Jumaat membawa kebaikan. Antara kebaikannya adalah seperti berikut:

1. Haji yang dilakukan adalah seumpama haji yang telah dikerjakan oleh Rasulullah SAW kerana ketika Nabi menunaikan haji wada’ , wuquf di Arafah jatuh pada hari Jumaat.
2. Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari dan ia merupakan saat dan waktu yang doa seseorang mudah diperkenankan.
3. Hari Arafah merupakan hari ‘raya’, dan begitu juga hari Jumaat dianggap sebagai hari ‘raya’. Jadi apabila Arafah berlaku pada hari Jumaat, maka sudah tentu kebaikannya amat banyak.

“Dan inilah satu makluman dari Allah SWT dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Akbar, bahawa Allah SWT melepaskan diri dari perjanjian dengan orang Musyrikin” – Surah at-Taubah ayat 3

Haji akbar

Ibn al-Qayyim telah menyenaraikan beberapa kebaikan yang terdapat pada hari wuquf yang jatuh pada hari Jumaat. Antaranya ialah:

1. Bertemunya dua hari (Arafah dan Jumaat) yang merupakan sebaik-baik hari.
2. Hari yang mudah diperkenankan doa oleh Allah.
3. Bersamaan dengan hari wuquf Rasulullah saw ketika mengerjakan haji wada’.
4. Pertemuan besar manusia di Arafah pada hari wuquf, ditambah pula pertemuan pada hari Jumaat untuk khutbah dan solat Jumaat.
5. Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ‘raya’.
6. Ketaatan dan amalan soleh yang dibuat pada hari Jumaat mempunyai nilaian dan kelebihannya yang tersendiri.
7. Bersamaan dengan Hari Perhimpunan Agung di akhirat kelak. Rasulullah saw juga telah menyatakan bahawa kiamat akan berlaku pada hari Jumaat.

Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Akbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan.

Subhanallah, beruntungnya kita jika diberi rezeki dan peluang oleh Allah Taala untuk mengerjakan haji akbar ini. Mari kia berdoa memohon daripada Allah Taala supaya dimakbulkan permohonan ini.

Haji akbar yang dinanti oleh umat Islam

Di Mekah, sudah hampir kepada membuat haji ini. Mari kita lihat keadaan di masjidilharam yang kini sangat sesak dengan berjuta-juta manusia ingin melakukan ibadah haji. Gambar ini dikongsikan daripada denai hati berkenaan suasana di sekitar masjidil haram buat masa ini.

Masjidil-Haram-2014-WA0018

Masjidil-Haram-2014-WA0026

Masjidil-Haram-2014-WA0023

Masjidil-Haram-2014-WA0025

Masjidil-Haram-2014-WA0021

Masjidil-Haram-2014-WA0014

Masjidil-Haram-2014-WA0022

Semoga mereka semua yang menunaikan haji pada tahun ini diterima haji mereka dan diberi kesabaran yang cukup tinggi dalam segenap ujian yang diberi oleh Allah di sana. Insyaallah.

Kepada kita semua di sini, selamat berhari raya korban dan semoga korban kita adalah yang terbaik tahun ini. Semoga ia diterima oleh Allah Taala. Insyaallah.

Ibadah korban yang dituntut oleh Islam

Hingga kita berjumpa lagi di lain post.

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan Shaklee dengan harga istimewa beserta konsultasi percuma?
Ingin menjana pendapatan 4,5,6 angka bersama Shaklee?

Boleh hubungi,

Ira & Hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com
Master Coordinators

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge