ESP terlaris di Malaysia bukan sekadar soya biasa

Wow! Alhamdulillah. Menangis sujud syukur saya apabila Shaklee umumkan promosi Oktober adalah ESP beli 6, dapat Percuma 1. Dan juga teruskan promosi Mealshakes beli 3, dapat 4. Sungguh Allah dengar permintaan saya. Kerana saya ingin membantu ramai orang dengan promosi berganda ini di bulan Oktober.

Mengimbau kembali kenangan kami semasa di USA 2 bulan lepas di Ibu pejabat Shaklee di Plasenton. Apabila ditanya apa produk terhangat di Malaysia? Pihak ibu pejabat Shaklee katakan ia adalah ESP. Produk terlaris di Malaysia.

Eh, jap-jap. Penting ke amik ESP ni? Sampai boleh dikategori sebagai produk terhangat di Malaysia. Ia protin kan? Kenapa protin ni penting? Ok, saya kongsikan kepentingan protin ye.

Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protin. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

letih

Protin terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia. Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ia dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperoleh daripada diet harian dikenali sebagai asid amino perlu.

Wow, pentingnya protin untuk badan kita. Kenapa begitu? Rakyat Malaysia suka minum soya? Eh, soya ni bahaya. Kenapa rakyat Malaysia sukakan soya? Haaa..Hari ni saya nak berkongsi kelebihan soya dalam ESP. Dan apakah perbezaannya dengan soya jenama lain.

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr Shaklee pada awal 70-an. Wow! masa ni saya belum lahir. Tapi ESP dah lahir. Hebat kan? ESP ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan.

esp best

Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non GMO” (non genetically modified organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Shaklee menggunakan proses persijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP) untuk memastikan kacang soya yang digunakan adalah bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino perlu yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tidak kiralah tua mahupon muda ^_^.

ESP

Sesetengah protin soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Tapi ESP? ESP dicuci dengan air yang bertapis untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis. Walau ia rasa manis, tapi bukan manisnya itu kerana gula. Dan ia memang selamat dan sesuai untuk pengidap kencing manis.

indeks glisemik

Tahukah anda apakah indeks glisemik? Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (GI) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan GI yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Juga untuk memberikan badan kekal dengan tenaga yang berpanjangan.

Ni info yang sangat hebat! Saya sangat sukakannya! Jika anda ingin tahu, satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric, dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. Mana mahu cari lagi melainkan di dalam ESP keluaran Shaklee?

Teruja? Memang patut anda teruja sekarang. rasa nak telan ESP sekarang juga? Hehe. Itulah yang saya rasakan kini. Rasa nak pergi bancuh ESP terus. Tapi sebab banyak lagi info yang saya ingin kongsi dengan anda, jadi saya sabar sebentar. ^_^

Pasti ramai yang bertanya. Apa manfaat utama ESP ni? Sangat pentingkah ESP ni sampai mesti diambil. Ok, saya kongsikan dengan anda manfaat ESP secara ringkas.

1. Awet muda-wow! semua orang mahu muda, kelihatan muda dan merasai muda. Sudah pasti. ESP membantu kita mencapai impian dan tujuan ini kerana dalam ESP ada protin.
2. Baik untuk hormon – kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis, dan sakit jantung
3. Baik untuk prostat – Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus, dan pembesaran prostat.
4. Kulit remaja- Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
5. Pembekal tenaga- membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
6. Membaiki pigmentasi – Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
7. Membaiki memori- meningkatkan kualiti memori, vialiti, dorongan seksual dan rangsangan.
8. Membanyakkan susu ibu- Sumber utama susu ibu adalah protin. Dan ESP adalah protin terbaik untuk dibekalkan kepada ibu yang menyusu.
9. Kesihatan ibu mengandung dan janin- Janin membesar dengan cepat. Tisu-tisu memerlukan protin untuk berkembang. Bila si ibu mengambil ESP dalam diet harian, ibu juga membekalkan kebaikan dan membantu perkembangan janin dengan lebih baik.
10. Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana miliki indeks glisemik yang rendah
11. Sangat mudah dihadamkan. Dan tidak membebankan sistem penghadaman.

Dan banyakkk lagi kelebihan ESP ni tau untuk diri kita. Banyak sangat sampai tak tertulis semua ni tau. Memang sangat berbaloi-baloi. GUna setin, boleh merangkumi pelbagai ekspek.

Opppsss..bagaimana cara nak bancuh ESP ni ye? Ia boleh dibancuh dengan apa-apa minuman yang bersuhu bilik atau suam-suam kuku mahupon sejuk. Jangan sesekali minum ESP bersama minuman panas mahupon teh dan kopi. Setiap hari boleh ambil 3-6 sudu besar ESP. Tips best bancuhan ESP boleh saya kongsikan esok pulak ye.

Rasa nak cuba ESP sekarang jugak? Serius, itu yang saya rasa sekarang.

esp sangat best

Boleh mendapatkan info yang lebih lanjut berkaitan ESP ni sini ye.

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan Shaklee dengan harga istimewa beserta konsultasi percuma?
Ingin menjana pendapatan 4,5,6 angka bersama Shaklee?

Boleh hubungi,

Ira & Hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com
Master Coordinators

13 Responses to “ESP terlaris di Malaysia bukan sekadar soya biasa”
  1. Naza Akmar 1 October, 2014
    • mm Master Ira 3 October, 2014
  2. Suriati Husniza Salleh 1 October, 2014
    • mm Master Ira 3 October, 2014
  3. blog amir 1 October, 2014
    • mm Master Ira 3 October, 2014
  4. Salihah 1 October, 2014
    • mm Master Ira 3 October, 2014
  5. Azu Naurah 4 October, 2014
  6. mommylovehealthykids 6 October, 2014
  7. Nurul Huda 8 October, 2014
  8. adni harlina 12 October, 2014
    • mm Master Ira 18 October, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge