Di sini cinta bermula

Bila tengok gambar anak-anak di masa kecil, kenangan menyusukan mereka datang menerjah. Terus saya tersenyum. Kerana di sinilah cinta saya bermula. Pengalaman menyusukan anak2 sangat istimewa. Kenangan ini akan terpahat abadi dalam minda saya dan anak2. Sampai kini pon mereka ingat, “ibu, dulu aiman minum susu ibu kan. Macam husna sekarang.” “Ibu, dulu syamimi suka susu ibu sangat.”

Apabila saya berkahwin, saya terus tanam azam yang kuat dalam diri untuk menyusukan anak2 saya kelak sehingga 2tahun. Walau apa yang berlaku, saya akan cuba sehabis daya saya. Dan yang pastinya, ilmu sangat penting untuk menjayakan misi saya ini. Saya mula bertanya pada orang yang sudah berpengalaman, saya mula bertanya apda encik google, saya mula baca satu demi satu. Lagi banyak saya baca, lagi banyakkkk rupanya saya tidak tahu. Sungguh, pengalaman menjayakan penyusuan sangat hebat saya rasakan. Ia anugerah dan rezeki allah pada saya. Banyak sungguh ilmu allah. Sampai dalam penyusuan pon, berpuluh2 kilo ilmu hehehe..

Sebelum lahirkan aiman, saya beli siap2 pam susu saya. Ia hasil kumpul duit gaji saya dan juga bantuan mak ayah saya. Masa ni duit saya memang semput. Tapi dapat jugak medela freestyle buat saya..saya jatuh cinta sangat2 dengannya.

aiman

Lahirnya aiman, susu saya tak banyak sangat pon. Tapi sangat cukup untuk si kecil saya. Aiman menyusu setiap jam. Mak saya sampai risau. Takut cucu lelaki sulongnya lapar. Sampai mak cadangkan susu formula buat saya. Tapi saya mengelak. Saya tak berikan walau setitik susu formula buat aiman.

Di kala aiman berumur 3hari, saya telah mula pam susu. Sebab nak simpan stok untuk aiman di kala masuk kerja. Ujian lain pulak datang. Malasnya rasa!!! Hahaa. Yelah, nak pam susu lagi, nak menyusu lagi. Dalam pantang lagi. Tapi yang syoknya, berpantang saya ni sangat sihat bertenaga. Susu mula banyak. Sb faktor pemakanan juga faktor pam dan menyusu. Demand tinggi, susu makin banyakla. Tapi takdela terlalu banyak lagi. Walau saya pam 5 minit smntra aiman tidur, saya pam juga. Dapatla 2-3 oz. Pernah juga dapat setengah oz kalau lepas aiman menyusu. Tapi saya tak pernah putus asa. Anak saya perlukan susu saya untuk hidup sihat.

Bagaimana perjalanan saya dalam pantang? Menyusu sambil simpan stok. Ulang alik klinik aiman dapat kuning lama..bagaimana saya bawa susu2 dari kelantan ke kedah. Then dari kedah ke kl dan dari kl ke miri sewaktu pantang? Bagaimana saya urus penyusuan tanpa putus di kala outstation? Haaa semuanya saya ada jawapan..

Share di lain post pula

Keep on updating ye.

__________________

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan Shaklee dengan harga istimewa beserta konsultasi percuma
Ingin menjana pendapatan 4,5,6 angka bersama Shaklee?

Boleh hubungi,

Ira & Hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com
Master Coordinators

One Response to “Di sini cinta bermula”
  1. Mas Anira Tasmin 30 October, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge