Cara kreatif Kitar Semula Botol dan Bekas Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog zahirahhafizan. Terima kasih kerana sentiasa sudi mengunjung ke blog ini. Hari ni saya nak berkongsi dengan anda apa yang kita boleh buat dengan botol-botol Shaklee yang dah habis digunakan suplimennya. Mesti best! Sebab macam-macam kreativiti yang kita boleh buat tau. Comel-comel pulak tu.

Shaklee bottles

Haaa..selepas semua isi dalam botol dan bekas Shaklee ni habis, apa yang boleh kita buat bagi mengitar semula botol-botol Shaklee ni supaya kita boleh menjaga alam sekitar sentiasa hijau dan jauh daripada pencemaran alam dan sampah sarap.

1. Sebagai pasu bunga

pasu bunga shaklee

Sekarang ni, pasu bunga ni bukan main mahal sekarang. Takde dah yang murah-murah macam dulu. Lagi pula, mudah pecah. Aih, macamlah saya rajin tanam-tanam ni semua tahu. Hehe. Sebenarnya mak saya suka tanam bunga. Saya boleh tengokla beza antara pasu bunga dulu dan sekarang. Ha, apakata lepas ni kita buat tong-tong ESP, mealshakes, dan Performance Drink tu sebagai pasu bunga baru lah pulak. Comel pon comel kan.

2. Bekas pensel

bekas pensel

bekas pensel shaklee

bekas pensel 3 compartment kecil

Biasanya kat rumah saya guna cawan je sebagai bekas pensel. Tapi kali ni, nak cuba lah buat bekas pensel dengan menggunakan botol Shaklee. Macam comel je. Hehe. Lagi pulak, mesti anak-anak suka yang amat! Tampal dengan kertas atau kain kartun yang mereka suka. Hmm, idea best nih!

3. Buat perahu atau rakit

perahu

Mak ai, ni kalau sejak saya join Shaklee hingga kini saya simpan semua botol ni, dah boleh ni guna untuk buat rakit atau perahu ni. Hehe. Gi main kat kolam boleh “labuhkan” rakit atau perahu ni. Comel pon comel hehe. Anak-anak sah-sah melompat ke bintang la gembira tak terkira.

4. Bekas letak bahan-bahan di dapur

Ni selalu dah buat. Tapi kena label cantik-cantik supaya takdelah setiap bekas mealshakes tu kita buka satu-satu setiap kali nak masak. Heheh. Kang undang “stress” di luar jangkaan.

gambar bekas mealshakes

5. Bekas benang dan alatan mesin jahit

Hehe. Yang ni pon best. Memang jimat sebab bekas Shaklee ESP, Mealshakes dan performance drink tu besar. senang nak masukkan tangan kalau nak cari apa-apa

bekas benang

6. Sebagai kaki laci yang dah patah

Memang hebatlah idea bila dikongsi. Rupa-rupanya ada orang yang buat botol Shaklee GLA untuk diletak sebagai kaki laci yang dah patah. Saya tak pernah terfikir pon nak buat macam ni tau. Memang best! Boleh jimat duit untuk tak beli laci baru. Tapi kena berwaspada jangan bagi anak panjat la laci ni. Hehe

kaki laci yang dah patah

7. Bekas makanan kucing

Ni pon best juga idea ni. Bekas Shaklee digunakan sebagai tempat simpan makanan kucing. Hehe. Jadi takdelah duduk dalam plastik je friskies ni. Ikat dengan getah je. Kali ni friskies pon ada bekas istimewa.

bekas makanan kucing

8. Bekas biskut raya

bekas biskut raya

9. Tabung duit


tabung duit

Kalau kat mana-mana pon, biasanya kita tengok tabung duit tu dalam bentuk transparent kan. Sebab tu selalunya duit tu mudah hilang sebab orang boleh nampak. Cuba lepas ni kita letak duit dalam bekas atau botl Shaklee. Dah tertutup dan tak boleh dilihat dari luar dah. Ia lebih selamat. Insyaallah

10. Penyendal bingkai gambar yang tidak stabil

stabilkan bingkai gambar yang tidak stabil

Seronok apabila boleh kembangkan idea hehe. Macam-macam boleh digunakan tau botol dan bekas Shaklee ni. Apa ye faedah kita mengitar semula bahan-bahan terpakai ni ye? Antaranya:

1. Menjimatkan duit. Kalau takde botol Shaklee, laci kena beli baru kalau patah. Hehe

2. Menjaga alam sekitar. Ia selari dengan tema Shaklee yang mesra alam.

3. Menyambung neuron-neuron otak supaya lebih berkembang dan kreatif. Ha, bila kita tengok satu-satu benda tu, kita latih otak kita untuk tengok dengan skop yang lebih luas.

4. Menanam kerjasama dan kasih sayang. Nak buat benda-benda comel macam ni perlu bekerjasama. Jadi, ia tak boleh dibuat sorang-sorang. Ia boleh eratkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga atau teman-teman. Yela, nanti suami gelak tengok. Anak-anak pon melompat nak ikut sama buat sama-sama.

5. Simpan kenangan. Semua perkara pada masa kini akan menjadi kenangan pada masa depan. Contohlah bila saya jadi CEO Shaklee suatu hari nanti, saya akan tersenyum apabila melihat balik apa yang saya buat hari ini dengan bekas dan botol shaklee ni. Kan kan. 🙂

6. Kita lebih menghargai diri dan bersyukur. Kenapa? Sebab kita tahu kita istimewa dan kita lebih dan semakin bersyukur kepada Allah Taala atas apa yang Dia berikan kepada kita dari sekecil-kecil nikmat pon. Kita jadi hamba yang sentiasa bersyukur.

7. Mencantikkan sesuatu. Kalau takde botol b compleks Shaklee, bingkai gambar tak berdiri elok. Hehe.

Ok, cukup setakat ini saja buat kali ini. Lain kali saya nak kongsi bagaimana kita nak buat dengan kotak-kotak Shaklee pulak.

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan Shaklee dengan harga istimewa beserta konsultasi percuma?
Ingin menjana pendapatan 4,5,6 angka bersama Shaklee?

Boleh hubungi,

Ira & Hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com
Master Coordinators

6 Responses to “Cara kreatif Kitar Semula Botol dan Bekas Shaklee”
  1. Ain 6 October, 2014
    • Nana 2 November, 2014
  2. mommylovehealthykids 7 October, 2014
  3. huda 11 October, 2014
  4. Mas Anira Tasmin 13 October, 2014
  5. Nana 2 November, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge