Alfalfa Shaklee membantu dalam atasi keputihan

Alhamdulillah, saya diberi kemampuan oleh Allah untuk buat post ini. Terima kasih kepada pembaca blog zahirahhafizan yang tak serik-serik memberikan support kepada saya untuk menulis. Topik yang akan dibincang hari ini adalah betol ke alfalfa Shaklee menjadikan keputihan lebih teruk.

alfalfa

Mari kita kenali alfalfa Shaklee terlebih dahulu sebelum kita terkam dengan soalan-soalan hangat di pasaran. Hehe. Ia adalah alfalfa yang lain daripada yang lain. Shaklee sangat terperinci dalam memilih bahan mentah untuk menghasilkan produk Shaklee.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Alfalfa Complex merupakan formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an. Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik yang bebas daripada pestisid, herbasid, dan menggunakan bahan kopos atau baja kimia. Alfalfa dikenali sebagai “Raja segala tumbuhan”. Di kalangan alfalfa, Medicago sativa miliki gred paling tinggi. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dalam Shaklee hanya dituai apabila ia mencapai tahap kematangan mutlak. Daun yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian, daun-daun yang dikeringkan itu akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.

Manfaat utama Alfalfa compleks adalah untuk:

1. Mencuci hati, darah, dan usus– Alfalfa adalah bersifat alkali. Ia boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

2. Melawan alahan– Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.

3. Baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perutmemperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis, dan sembelit.

4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol– mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Alfalfa sahaja miliki saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerat kolestrol.

5. Melawan tumor– Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor

6. Melegakan keletihan

7. Membantu dalam atritis

Ada saya menerima aduan berkenaan alfalfa Shaklee membuatkan keputihan lagi bertambah teruk. Dan saya semestinya perlu membaca dan bertanya kepada yang pakar terlebih dahulu berkenaan hal ini. Ini kerana, berita yang tersebar semestinya dikaji dan diselidik terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif untuk pastikan kebenarannya.

Saya rujuk kepada pakar nutrisi Shaklee iaitu Sarah. Jawapan yang diberi adalah, Alfalfa adalah suplimen detoks. Jadi, keluarnya keputihan lebih banyak atau pon baru keluar keputihan walaupon sebelum ni tiada adalah menunjukkan proses detoks sedang berlaku.

Ok, apa pula proses detox ye? Apa tujuan detox? Ia bagus atau tidak sebenarnya?

detoks

Saya kongsikan maksud detoks daripada blog ayu ni. Detoksifikasi atau detoks adalah proses mengeluarkan racun atau toksin daripada dalam tubuh.Tubuh kita menyingkirkan toksin melalui buah pinggang, usus, paru-paru,limpa dan kulit. Detoks boleh dibuat dirumah secara semulajadi dan selamat.

Sebabnya, apabila toksin berkumpul dalam badan kita fungsi organ akan mula tergendala dan kita akan senang jatuh sakit. Ibarat kereta kalau tidak diservis mulalah meragam, macam itu juga badan kita perlu diservis supaya organ-organ dalaman dapat berfungsi dengan lancar. Fakta yang ini mungkin menarik perhatian korang, detoks memudahkan korang untuk langsing.Eh macam mana pulak kan? Jeng jeng jeng. Sebabnya apabila usus sudah bersih daripada kotoran atau toksin zat-zat lagi mudah diserap oleh usus jadi vitamin/supplemen/makanan tambahan yang korang ambil untuk kurus tu lagi senang badan serap dan lagi mudah bertindak balas. Ha faham dah.

Haa…tu dia daripada ayu. Dia kongsi info:). Dalam kes pengambilan alfalfa, kita perlu konsisten dengan pengambilan 10 biji alfalfa setiap hari. Ambil 3 biji pagi, 3 biji tengahari, dan 4 biji malam. Banyakkan minum air kosong bagi melancarkan proses detoks ni. Kalau kurang minum air kosong, masalah sembelit pulak nanti sebab detoks ni memang perlukan air kosong yang cukup untuk badan keluarkan toksin-toksin yang tak elok untuk badan kita.

Pernah kan tengok kalau sakit mana-mana bahagian, tampal pelekat herba. Haa..tu untuk tujuan detoks lah tu. Tengok-tengok esok, hitam pelekat tu. Saya pon pernah guna. Tapi alfalfa ni dia keluar melalui najis, keputihan, peluh, jerawat, macam-macam untuk keluarkan toksin dalam badan.

Mana satu pilihan kita? Biarkan benda tak elok tu berkumpul dalam badan lama-lama, bertahun-tahun. 2,3 5,10,20,30 tahun..kemudian dikenalpasti ada kanser sebab toksin tak dibuang dari badan secara konsisten atau kita pilih untuk pulihkan dengan segera dengan buang segala toksin tu walau kesan pemulihan ambil sedikit masa? Kalau teruk pon, takkan ambil masa yang sangat lama. Ia bergantung kepada badan kita selama mana proses detoks ni berlaku. Tengok diri kita. Kalau banyak sangat toksin dalam badan, masa yang lebih panjang akan diambil. Jangan risau. Teruskan konsisten dengan alfalfa dan air kosong yang cukup. Insyaallah akan pulih. Jadi, bantulah diri kita untuk berada dalam zon yang sihat dan selamat. Sebab itulah saya menyarankan kepada pengguna-pengguna tak kisah lah pengguna jenama apa sekalipon, anda kena tahu apa yang anda ambil tu sebaik mungkin. Dan mesti pastikan ia adalah daripada sumber yang betol dan tepat.

Saya berkongsi dengan anda testimoni daripada teman-teman saya ye berkaitan Alfalfa Shaklee.

“Saya alami keputihan yang agak teruk sebelum ini, tapi selepas menggunakan alfalfa ia semakin hilang. Sebelum saya ambil alfalfa memng ada masalah bau badan juga. tapi bila saya ambil alfalfa, bau badan juga makin hilang. saya ambil alfalfa 3 biji pagi, 3 biji tengahari dan 4 biji malam. Saya minum air kosong 3 liter sehari. Berat saya 83kg sebelum ni. Dan turun ke 80kg selepas saya konsisten ambil Alfalfa Shaklee” – hanizah, 0137505373

“Betul kak ira. Alfalfa ni boleh buat keputihan saya makin hilang. Berat badan saya pon semakin turun sekarang kesan beralfalfa Shaklee. Saya ambil sejak bulan 6 sampai sekarang. Alhamdulillah memang bagi kesan cepat pada badan saya”- Shikin, 0173305117

“Nak cerita pengalaman saya ye. Hari tu saya pernah kena ekzema teruk tau. Naik nanah kat kaki. Saya tak gi klinik langsungsebab doktor akan bagi antibiotik. Saya dah serik asyik kena telan antibiotik. Time kencing ya allah bau sangat-sangat tak tahan. Saya usaha ikut alfalfa Shaklee. Saya makan lebih. Alhamdulillah dalam 3-4 hari dia jadi kering surut gitu je:)”- Mardhiah , 0139194486

Haa…timbang-timbanglah sendiri lepas saya kongsi info ni. Untuk tahu betapa Shaklee serius tentang keselamatan dan kualiti Shaklee, dan bagaiman Shaklee boleh berbeza daripada produk lain, boleh baca di sini ye.

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan Shaklee dengan harga istimewa beserta konsultasi percuma?
Ingin menjana pendapatan 4,5,6 angka bersama Shaklee?

Boleh hubungi,

Ira & Hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com
Master Coordinators

2 Responses to “Alfalfa Shaklee membantu dalam atasi keputihan”
  1. huda 10 October, 2014
  2. Niza Yusof 10 October, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge