Shaklee membebankan kerana tidak boleh hentikan pengambilannya setiap hari?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog zahirahhafizan. Terima kasih buat anda kerana sudi membaca entri istimewa ini. Saya berkongsi mengenai topik hangat ini kerana ada yang bertanya. Dan saya rasa memang wajar saya berikan anda satu situasi yang membuatkan anda mudah untuk memahaminya.

thinking girl

Perumpamaan mudah saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian. Cuba bayangkan diri anda sebegitu ok. Ini bagi memudahkan kita memahami keadaan yang ingin disampaikan.

Analoginya begini. Suatu hari, kita makan cheese cake, daging singgang, daging goreng, aiskrim, ayam goreng berempah. Kita sentiasa makan menu begini setiap hari tanpa henti. Sebab kita sangat sukakannya! Ia membuatkan hari kita cukup ceria. Kita amalkannya selama sebulan ke dua bulan cara masakan begini. Tanpa henti atau kurang daripada ini. Dan..mungkin lebih daripada ini. Apabila kita membuat pemeriksaan, kolestrol kita naik! Berat badan naik! Kita berjalan pon bergeser antara dua paha. Rasa rimas sangat.

Kemudian, kita hubungi Shaklee Independent Distributor untuk mendapatkan set flush out.

Ok, kita pon diberi jadual makan yang betol. Tahniah buat diri kita kerana memilih pengedar Shaklee yang bagus dan bertangungjawab. Kemudian kita rasa proses detox bermula. Najis kita hitam berminyak, kemudian kita rasa badan cepat berpeluh apabila buat kerja. Kita ikut segala tips yang pengedar Shaklee berikan iaitu mesti jaga makan, kawal pengambilan makanan berat dan berkolestrol tinggi. Kita diajar untuk bersenam kerana Shaklee bukan ubat kurus yang gunakan dadah atau apa-apa yang hanya makan terus jadi kurus macam buat magic pulak. Kita ikut nasihat pengedar Shaklee yang nasihatkan kita untuk minum air kosong sebanyak mana mengikut sukatan berat badan kita. Berbulan-bulan kita ikut tips ini. Dan alhamdulillah, kita berjaya. rasa badan makin ringan. Berjalan dah tiada geseran antara 2 paha. perut makin kempis. Badan rasa makin sihat. Bila kita cek balik kolestrol, kolestrol berada pada paras yang sangat ok dah. Kita bergembira dengan berita ini. Dan kita rasa, kita ingin berhenti mengambil Shaklee. Apabila kita beritahu kepada pengedar Shaklee kita tadi, dia cakap ok je. Boleh teruskan dengan tips yang diberi sebelum ini walau tak makan Shaklee sudah. Jaga makan elok-elok.

Tapi, lain jadinya. Kita makan tak ingat dunia. Kembali kepada tabiat makan kita dulu sehingga berbulan-bulan yang membuatkan berat badan kita, kolestrol kita semakin naik. Dua paha kembali bergeser apabila kita berjalan. Kita mula marah pada Shaklee. Terus kita katakan…”Shaklee membebankan! Setiap hari mesti ambil Shaklee. Kalau tidak, akan gemuk balik.” Kita sebarkan kepada umum. Kita nyatakannya di facebook mahupon blog mahupon chitchat dengan kawan-kawan.

Heheee..tahu tak tu? Itu adalah fitnah. Sebab? Cubalah pikir logik balik analogi di atas. Makan makan makan teruk-teruk. Pastu jaga makan balik dan konsisten Shaklee. Lepas tu makan makan makan balik macam awal-awal dulu ataupon lebih teruk dari tu. Dan kini tanpa suplimen Shaklee mahupon tips daripada pengedar Shaklee yang kita amalkan. Tup-tup bila badan jadi besar balik, Shaklee kena kutuk. Bukan diri sendiri yang menyuapkan makanan tu yang dimuhasabah balik. Hehe. Nak gelak pon ada. Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata buat-buat tak nampak. Padahal kita ni raja segala raja untuk kawal nafsu makan kita. Bukan orang lain. Tapi kenapa orang lain juga yang salah. Bagus perangai macam ni? Elakkan dan jauhkan ye. Kita dapat dosa kering je nanti. Sedih pahala kita kosong sebab buat macam ni. 🙁

Saya pengguna Shaklee juga, bukan sekadar ahli. Ada kalanya, saya ambil set untuk flush out mahupon set diet mengikut keadaan. Pernah saya tak makan set diet berbulan-bulan sebab badan saya tak perlukannya. Kerana saya dah sedia kurus. Tapi, tiba-tiba saya makan nasi lemak tiap hari, ayam merah, aiskrim, kuih berkalori tinggi, makanan berminyak banyak..saya sedar saya perlukan set flush out. Dan bila berat badan saya naik pula disebabkan oleh pemakanan saya yang tak betul, saya kembali mengamalkan set diet. Sehinggalah kembali kepada apa yang saya nak. Bila saya dah ok balik berat badan dan tahap kolestrol saya, saya kembali berhenti ambil set flush out dan set diet kerana badan saya tidak memerlukan set ini masa tu. Jadi saya bolehlah fokus set cantik ke, set suami isteri ke. Tapi, yang penting saya mesti jaga makan saya. Tak boleh hentam yang berlemak, berkolestrol, bergoreng banyak-banyak. Sebab penyakit datang dari perut ok. Apa yang kita makan. Kalau kembali balik makan makanan yang tak sihat, saya mesti sedar diri yang saya berada dalam zon “tidak selamat” dari kolestrol dan berat badan tak ideal tu. jadi saya mesti bertindak mengambil balik set flush out yang membantu kita kekal sihat

puzzle

Kata kunci adalah, suplimen ini berperanan untuk melengkapkan keperluan badan kita, umpama puzzles yang kita perlu lengkapkan satu sama lain. Bila badan kita perlukan detox, kita perlu ambil suplimen ataupon kita perlu buat perkara-perkara yang boleh membuat badan kita menjalani detox. Jika badan kita perlukan vitamin C untuk hilangkan parut muka, jadi kita perlukan vitamin C tak kisah dari mana pon dan tak semestinya dari suplimen kalau kita mampu nak dapatkan vitamin C dari diet harian yang kita makan. Kita perlu faham keperluan badan kita. Kerana badan kita tak boleh proses sendiri semua keperluan minerals dan vitamin yang badan kita perlukan. Sebab itulah kita perlu mengambilnya daripada pemakanan kita seharian termasuklah suplimen.

Suplimen ini tujuannya untuk memudahkan kita dapatkan apa yang kita perlukan. Contoh: Vitamin C Shaklee membekalkan 500mg vitamin C yang bersamaan dengan 5 biji buah oren. Ambil sebiji je vitamin C, tapi bersamaan dengan 5 biji buah oren. Maksud di sini, kita tak perlu telan 5 biji buah oren setiap hari apabila kita mengambil vitamin C Shaklee. Kos pon jimat. Shaklee memudahkan kita supaya tak perlu nak pergi pasar cari buah oren setiap hari di kedai. Kerana vitamin C musnah dalam badan kita setiap hari. Nampak Shaklee membantu kita? Tapi kalau kita memilih untuk telan 5 biji buah oren setiap hari juga berbanding ambil vitamin C Shaklee, itu pilihan kita. Tiada sesiapa boleh paksa kita.

oren

Sebagai pengguna atau pon bukan pengguna suplimen, tak kisah lah Shaklee atau produk lain, kita perlu tahu bagaimana suplimen itu berfungsi dan bertindak pada badan kita. Contoh: Lecithin Shaklee membuatkan lemak-lemak dalam badan kita dipecahkan. Bagaimana ia dipecahkan? Kenapa lemak mesti dipecahkan? Apa faedahnya? Selepas pecah kena bawa ke mana? Kalau tak dibawa keluar pula apa yang berlaku pada badan kita? Kita perlu faham segala proses yang berlaku supaya kita ambil suplimen dengan kesedaran, bukannya ikut trend atau orang. Jadi, bila kita tahu kita perlukan suplimen itu, kita akan bertindak selari dengan apa yang kita perlukan. Jadilah pengguna yang bijak dan berfikiran terbuka. Buatlah pembacaan dari sumber yang betol dan kemudian buka minda untuk mendengar penerangan daripada pengedar Shaklee sendiri juga. Mahu atau tidak menerima penerangan itu terserah kepada kita.

Shaklee masih menyusahkan? Ia terserah kepada kita untuk menilai. Kerana tujuan Shaklee dicipta adalah untuk membantu orang lain menjadi lebih sihat. Yela, daripada badan berkolestrol tinggi hasil daripada pemakanan tidak sihat, suplimen Shaklee bantu buang kolestrol. Adakah ia membebankan dan menyusahkan kita? Bagi saya, kita yang pegang diri kita. Kerana kuasa memilih di tangan kita. Bagi saya juga, kesihatan adalah anugerah terindah bagi setiap insan. Tidak kira usia dan pangkat mahupon kekayaan.

Untuk tahu perbezaan Shaklee, boleh baca di sini ye.

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan Shaklee dengan harga istimewa beserta konsultasi percuma?
Ingin menjana pendapatan 4,5,6 angka bersama Shaklee?

Boleh hubungi,

Ira & Hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com
Master Coordinators

10 Responses to “Shaklee membebankan kerana tidak boleh hentikan pengambilannya setiap hari?”
  1. Umie 7 October, 2014
  2. huda 7 October, 2014
  3. salmi 7 October, 2014
  4. dilla 7 October, 2014
  5. mommylovehealthykids 7 October, 2014
  6. Faezah Abdul Jalil 7 October, 2014
  7. Hairunissa bt Jopri 7 October, 2014
  8. Niza Yusof 7 October, 2014
  9. Niza Yusof 7 October, 2014
  10. aidajwk 8 October, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge