Saat jatuh cinta dengan blog

Alhamdulillah..hari ni saya boleh menulis kembali..teringin nak menyingkap memori saya berkaitan blog. Rasanya ia bukan sesuatu yang janggal bagi kebanyakan orang lain. Tapi ia bermula dengan janggal bagi saya.

Saya menyingkap kisah bagaimana saya mula berblog ye. 

Saya suka membaca daripada blog-blog orang lain sebelum tu. Banyak masa saya habiskan dengan membaca info dan pengalaman orang lain di blog. Saya macam rasa terpukau. Dan terus baca dan baca blognya. Ia lebih kepada kehidupan realiti dan bukannya sembang-sembang kosong. Maksudnya post yang ada “isi” dan maksud tersirat atau tersurat yang nak disampaikan. Terdetik di hati, apakata saya pon menulis juga. Tapi nak tulis apa? Saya tiada sesuatu yang menarik dalam hidup yang nak diceritakan di waktu itu. Nak tunjuk gambar anak-anak kat blog pon malu. Saya takut orang kenal kami. Kalau boleh, nak semua orang anggap tiada kewujudan kami. Sebabnya kami nak hidup bebas cara kami.

Sebenarnya mindset begini sangat lah pentingkan diri sendiri. Kerana saya miliki kelebihan tersendiri dengan berkongsi dengan orang lain. 

buah hati saya

buah hati saya

Sehinggalah saya jadi ahli shaklee pada jun 2011. Ia bagaikan “menolak” saya ke depan. Untuk saya mulakan langkah menulis. Memang buntu. Nak tulis apa. Bagaimana ayatnya? Kebanyakannya memang tersangkut di tengah jalan. Saya belum pernah menulis di blog mahupon di mana-mana sebelum ini. Jadi, ini pengalaman pertama saya. Malu? Ye saya malu. Sebab macam kartun je menulis. Saya dapat rasakan apa saya tulis tu saya sendiri tak berapa faham. Hehee.

Tapi, usaha akan membuahkan hasil. Saya belajar menulis dari hati. Perfect practice will make perfect. Itu yang saya pegang. 

berjaya

Ye, saya menulis selepas mula terlibat dengan bisnes online. Bila kita berbisnes, fikiran kita semakin bercambah banyakk idea. Kita semakin berani untuk mencuba walau kita tidak tahu apa hasilnya nanti. Yang kita tahu adalah kita akan berjaya walau bagaimana pon. 

Saya rujuk kepada 3 blog masa awal-awal bisnes dulu. Blog-blog ini banyak mengajar saya bagaimana cara menulis. Saya hanya tidur 2 jam untuk khatamkan baca segala post di blog mereka. Setiap ayat saya baca. Macam orang nak exam. Sebab saya mahu semuanya saya tahu dengan segera. Mereka adalah blog kak cery, kak laila dan juga kak N. 

Yang saya ambil adalah menulis dari hati. Kerana ia akan jatuh juga ke hati. Ye, saya berbisnes shaklee. Tapi lebihkan kepada berkongsi maklumat dan pengalaman yang dah dilalui dalam shaklee. Bagaimana pengalaman pengambilan suplimen, bagaimana pengalaman alami healing crisis, bagaimana mahu mendapatkan bonus yang besar dalam shaklee kerana saya dah lalui semuanya dalam shaklee.

Saya bermula dengan mengajak orang datang ke blog saya. Saya buat blogwalking sehari minimum 5 blog. Saya sediakan ruang untuk “tetamu” dari blog lain untuk hadir ke blog saya. Walau blog saya comot je (dulu lagi comot tau hehe), tapi tetap akan ada pengunjung blog saya setiap hari. Alhamdulillah.

Saya akan update blog setiap hari. Sebelum ke ofis pagi-pagi, saya akan update blog saya. Dan terus saya letak link di facebook untuk mengajak visitor datang ke blog saya. Masa tu saya tak tahu pasal seo ke apa. Yang saya tahu, hanya menulis dari hati. Ia pasti akan jatuh ke hati. Saya miliki keinginan yang cukup tinggi. Saya akan pastikan rutin harian saya bermula dengan menulis blog. Masa tahun 2011, memang hari-hari saya tulis post di blog. Saya rasa tidak lengkap hari saya tanpa menulis di blog. Jika saya termiss disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan, saya akan “denda” diri saya dengan membuat tarikh yang sama dengan sepatutnya saya post di blog. Jadi, saya mesti gandakan post saya jika saya tertinggal. Begitu juga dengan blogwalking. Saya akan “qada” kerja blogwalking saya. Jadi, saya akan serik untuk mengabaikan hari berlalu tanpa post di blog saya. Kerana penat sangat bila kena “denda” diri sendiri. Hehe. Tapi itulah cara orang yang ingin berjaya dan saya amalkannya. Alhamdulillah

sikap orang berjaya

Bagaimana bisnes saya? Ye, bermula dari bulan pertama lagi, memang pelanggan saya datang daripada blog. Dan kami terus berhubung dari masa ke masa. Begitu juga saya wujudkan grup Legasi Anugerah Terindah. Kebanyakan 1st level saya adalah daripada blog. Begitulah saat saya mula jatuh cinta dengan berblog..

Legasi Anugerah Terindah

Saya suka menulis di blog. Kerana saya suka bercerita secara bertulis. Saya agak kurang kelebihan apabila bercakap. Tak dapat disampaikan sepenuhnya. Jika berblog, saya suka gunakan emosi saya. Saya ibaratkan saya sedang bercakap tapi ia di alam maya. Kadang-kadang, sambil menulis pon saya boleh tersenyum, ketawa, menangis, mimik muka macam-macam. Emosi saya mengikut apa yang saya tulis. Kerana saya tulis dari hati. 

Tips mudah ingin berblog dengan baik adalah…

Menulislah ikhlas dari hati. Kerana yang membacanya adalah manusia. Bukannya robot. Manusia miliki hati. Jadi, ia akan jatuh ke hati. Di situ lah ukhwah terjalin. 

Sekian kisah cinta saya dengan blog. Harap ia dapat membantu mereka yang sedang mencari-cari halatuju untuk berblog.

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Master Ira& hafizan - Founder Legasi Anugerah Terindah

 

zahirahhafizan@gmail.com

Ira Shaklee Kerteh Kemasik paka kemaman 0139422527

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge