Resepi mudah berasaskan pisang

Betol ke memasak boleh hilangkan stress? Sape setuju? Hehehe. Mungkin betol, mungkin tidak. 

Bagi saya, saya memasak bukan sebab nak hilangkan stress. Tapi saya nak salurkan kasih sayang saya pada mereka insan yang saya sayang^_^
Saya cuba sedaya upaya walau saya sibuk untuk memberikan air tangan sendiri buat suami, anak-anak dan diri sendiri ^_^
Semalam saya buat cucur pisang. Sebab anak-anak dan suami selalu beli cucur pisang kat kedai sebelum ni. Kebetulan ada pisang, kali ni tak perlu beli ^_^

Cucur pisang ibu buat anak-anak dan suami

Pastu pagi ni, ada lagi pisang berbaki. Saya pon masak lah cekodok pisang. Sebab semalam suami ada sebut “esok buat cekodok pulak”.
Jadi, pagi ni ambil masa setengah jam untuk siapkan cekodok pisang ni ^_^

Inilah rupa cekodok pisang ibu untuk anak-anak dan suami

Ok, sekarang kita boleh makan dah. Hehehe
Apa resepi cekodok pisang? Ia mudah je..
1.Pisang sukati nak bape banyak, tapi jangan terlalu banyak. Nanti lembik pulak. Minyak diserap pulak nanti dalam tepung
2. Air tapisan get clean water pitcher shaklee. Letak sekadar macam ngam-ngam. Jangan sikit sangat, nanti keras 
3. Gandum dalam 2/3 sudip. Jangan banyak sangat takut keras nanti
4. Blend pisang sampai hancur. Sebab kalau penyet-penyet ada yang tak cukup hancur kan..
5. Gula dan garam. Pastu cuba ikut taste dah ke?
Then goreng dalam minyak yang memang dah panas. Guna jari atau sudu. Saya suka buat bentuk macam bulat-bulat. So saya guna jari. 
Jangan padatkan sangat. Nanti susah nak balik-balikkan. Hati-hati dengan minyak panas ye. ^_^

Cekodok pisang kesukaan abah dan anak-anak
Resepi pisang goreng pulak?
1. Guna segelas air tapisan get water pitcher shaklee
2. Tepung goreng yang segera. Jangan buh banyak sangat. Takut keras. Cukup untuk bagi tepung melekit-lekit je. 
3. Masukkan pisang yang dipotong-potong kecil.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
Kemudian goreng dalam minyak yang betol-betol panas seperti cara nak buat cekodok di atas.
Pisang goreng kesukaan anak-anak dan abah
Ok, sekian dulu resepi saya pagi ni. Harap dapat membantu mereka yang mencari idea bagaimana nak masak sesuatu berasaskan pisang. 
Master ira
Zahirahhafizan@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge