Shaklee penyumbang dana israel zionist?

Banyak soalan berkaitan Shaklee dan israel yang saya dapat minggu lepas. Bertalu-talu.. Sebelum ni tiap kali palestin kena serang pon, soalan banyak diberikan. Kutuk pon banyak jugak. Biasalah rakyat Malaysia suka kalau kisah-kisah sensasi.. Tapi kali ni memang lagi hebat. Bagus, itu petanda yang sangat bagus! Shaklee sudah dikenali oleh rakyat Malaysia. Tenggelam terus produk jenama lain..hehe. Glamor terus shaklee.. Makin glamor.. Sensasi gitu…

Dan Shaklee dituduh macam-macam. Kami terangkan pon macam mencurah ke daun keladi bagi sesetengah pihak. Dan ramai yang ajak pengedar-pengedar Shaklee untuk menyertai syarikat mereka.  Ada yang terus keluar dari Shaklee dan buat bisnes lain. Dan ada juga yang masih ragu-ragu tak pasti.
Pihak kami terus rujuk kepada Shaklee Corporate di USA. Roger Barnett dan Bradford dah berikan penjelasan melalui email. Tidak perlu kami war-war kan kandungan email itu. Cukup sekadar kami “leader-leader” barisan hadapan yang tahu kandungan email itu dengan detail kerana seperti biasa..rakyat Malaysia sukakan perkara sensasi..
Dan rasanya cukup dengan penyayaan dari Shaklee sendiri seperti di bawah..

Diharapkan penjelasan ini membuka minda dan fikiran kita semua. Kepada yang tidak boleh terima, kami tidak memaksa. Kerana itu hak anda. Ye, shaklee adalah produk keluaran USA..tetapi hukum tidak mengharamkan penggunaan dan penjualan Shaklee selagi mengikut syarat jual beli dalam Islam. 
Dan, diminta untuk menghormati hak dan keputusan individu masing-masing. 
Terima kasih
Master ira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge