Kenapa saya masih setia bersama Shaklee sehingga kini??

Tiba-tiba terlintas di kepala saya..kenapa saya masih setia bersama shaklee? Tak ke shaklee ni banyak sangat dugaan? Tapi kenapa saya masih mahu bertahan dalam shaklee? 
Ada beberapa sebab kenapa saya masih bertahan dalam shaklee
1. Legasi anugerah terindah

Saya sayang grup saya. Walau saya tak kenal mereka sebelum ini..merekalah penguat saya di kala saya jatuh dan bangun. Tanpa mereka, tiada master ira..tanpa legasi anugerah terindah..misi saya dalam shaklee memang takkan pergi jauh..sebab merekalah saya terus bangun dan cekal dalam mengubah hidup insan lain untuk menjadi lebih hebat dari saya…saya nak legasi anugerah terindah melahirkan lebih ramai leader yang lebih baik dari saya…yang gunakan dunia sebagai jambatan untuk ke akhirat..
2. Suami dan anak2 saya

Mereka juga tulang belakang saya. Bila saya jatuh,saya akan tenung balik wajah mereka. Kerana saya mahu sentiasa bersama mereka. Kalau saya kerja di pejabat,masa saya sungguh terhad. Cuti saya begitu menyempit. Saya akan terus sehabis baik untuk berikan yang terbaik buat mereka..kerana mereka ibarat nyawa saya. Sedih mereka, sedih saya lebih lagi..begitu juga sebaliknya..
3. Mak ayah mama abah dan adik beradik saya

Mereka penyokong saya. Doa mereka cukup mujarab buat saya..allah dengar doa mereka..sebab tu bila saya berada di tahap ini..saya nampak ia bukan 100% dari usaha saya…tapi doa mereka yang menjayakan saya
4. Mentor saya

Mereka inspirasi saya. Mereka tempat saya minta tunjuk ajar di kala buntu. Saya ikut semua pesanan mentor2 saya. Kami rapat ibarat adik beradik kandung. Banyak saya belajar dari mereka. Bukan hanya shaklee, tapi kehidupan. Terima kasih kak cery dan kak laila
5. Gojes

Mereka tahu siapa mereka…hanya 15 orang dari mereka. Di kala saya gembira, semua turut gembira. Di kala saya sedih, semua keluarkan buah masing2 untuk pulihkan emosi saya. Saya gembira dengan ukhwah ini..semoga allah lindung ukhwah kami
Sebab itulah saya masih stay dalam shaklee..kerana shaklee ubah hidup saya..
Ubah saya dari yang negatif ke positif dalam pelbagai perkara. Dan saya juga masih perbaiki diri dalam pelbagai area lagi..dan yang paling penting, dari hari ke hari saya belajar perkara baru untuk menjadi inspirasi buat semua unt jadi lebih baik dari saya
Dalam apa2 pon, pilihlah grup yang betol..dan saya merasakan..keputusan saya 2tahun setengah yang lepas untuk menyertai shaklee di bawah grup jutawan ini cukup tepat..dan legasi anugerah terindah akan terus duplicate sistem dari grup jutawan ini sepenuhnya insyaallah
Anda bagaimana? Sertai kami?
Salam sayang
Master ira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge