Family Day Legasi Anugerah Terindah…penuh dengan erti..post no 1

Alhamdulillah, akhirnya dapat saya tulis post berkenaan Family Day Legasi Anugerah Terindah yang diadakan 3hari 2 malam di Puteri Beach Resort. Lain macam family day 3hari 2 malam. Jarang2 orang buat kan. Tapi alhamdulillah we did it properly.

Mula2, kenapa saya pilih Puteri Beach Resort ni? Ye, event manager saya yang pilihkan. Dan die recommend tempat ni. Kenapa saya mengiyakan dan setuju walau kos banyak ni. hehe.. Sebab saya tengk tempat ni memang best. Dan saya nak berikan yang terbaik untuk grup Legasi Anugerah Terindah. Untuk jadi ingatan selamanya. Ingatan yang baik2la.

Keseluruhan kos Family Day Legasi Anugerah Terindah ni lebih daripada RM100,000. Family Day ni dihadiri oleh 70 buah keluarga yang dalam 180 orang dewasa, dan 80orang kanak2. Saya selitkan agenda di Family Day Legasi Anugerah Terindah ni dengan Family Day+Games+Motivation+training. Saya consult event management dan motivator dari Suria Horizon Motivation and traning untuk membantu saya mencapai objektif2 family day legasi Anugerah Terindah ini. 

Ada 4 objektif yang saya berikan kepada event management untuk run the event. 
1. Rapatkan ukhwah antara semua keluarga dalam Family Day Legasi Anugerah Terindah
2. Mengingatkan bahawa segala apa yang kita lakukan di dunia ini adalah untuk menjadi jambatan ke akhirat sana
3. Energy received, energy returned. Bekerja kerana Allah, segalanya buat kerana Allah. Banyakkan memberi kerana Allah sukakannya..
4. Hormat menghormati antara satu sama lain. Dan tahu untuk menghargai dan bersyukur dengan orang sekeliling dan juga nikmat yang Allah berikan.

So, berlakulah Family Day Legasi Anugerah Terindah yang penuh dengan modul di sebalik setiap aktiviti yang dijalankan..kenapa saya amik event management? sebab saya bukan reti semua pon. hehe. lagipon saya tak cukup tangan nak handle. kalau saya amik team dari Legasi Anugerah Terindah pon untuk jadi organizer..tak adil buat mereka dan family mereka. Sebab mereka pon nak enjoy jugak macam peserta lain. Sebab ni 3 hari  2 malam punya event. bukan sehari. hehe..so, solutionnya amik event management. dan memang best event management ni

Ni banner Family Day Legasi Anugerah Terindah di meja registration
Ni event manager kami untuk Family Day Legasi Anugerah Terindah

ni salah seorang motivator kami…dan dia adalah CEO kepada Suria Horizon
 kami sit down untuk final discussion sebelum FD Legasi Anugerah Terindah bermula…

Batch ni sebenarnya sponsor dari Aizat, orang yag tolong buat baju FD Legasi Anugerah terindah..tq aizat!
ni logo baju FD Lgasi Anugerah Terindah tahun ni….hehe…tq kepada yang buat design iaitu en kerol
masa untuk register masuk bilik
ni tegah minum2 dulu sebelum start..
banyakkk nak taip..tapi masa tak mengizinkan sekarang ni…nanti sambung post seterusnya berkaitan FD Legasi augerah terindah…tunggu next post ok.ni kira kick off laa..hehehe
Master Ira
0139422527


 
 
 

 



 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge