Hijab..mendamaikan jiwa..kenapa?

Saya sedang menonton rancangan “Hari hijab sedunia”..seronokkk…banyak saya dapat ilmu tau..


Antara tips untuk berdakwah dalam proses mengajak orang lain untuk memakai hijab adalah
1) Jangan paksa orang untuk pakai hijab. Tapi bina hubungan yang baik dan rapat…
2) Lead by example…orang yang memakai hijab pon..awal2 kena tunjuk akhlak dan contoh yang baik..
3) Jangan pandang orang yang tak memakai hijab ni dengan pandangan yang rendah. 
4) Kita kena saling ingat mengingati dengan penuh kesabaran.. saling beri peringatan, bukannya menyerang
5) Apabila kita berjuang hendak menegakkan Islam, kita kena jadi contoh yang baik. Kita sendiri kena sangat istiqamah


Pandangan non muslim yang mencuba hijab pada hari hijab sedunia..
1) Ia bukan sesuatu yang mengongkong..tapi ia adalah sebab pendirian atau pilihan orang tu sendiri..
2) Rasa tenang apabila memakai hijab..walau bukan muslim..die dapat jumpa ketenangan itu…
3) Rasa semakin cantik apabila memakai hijab ni…rasa diri menjadi special..rasa macam dihormati dan bermaruah
4) Rasa indahnya perasaan apabila memakai hijab…rasa selamat…


Selalunya. salah faham berkenaan hijab adalah..orang non muslim ingat Islam ni memaksa umat Islam untuk memakai hijab..nak kongkong..tak bebass…ia sebenarnya bukan begitu..kerana…ada sebab kenapa Allah meminta umat Islam memakai hijab..bukan sebab suka2..ia adalah untuk melindungi maruha wanita itu..bukan untuk menjatuhkan maruahnya…

Jangan takut untuk mencuba hijab..kerana ia mungkin mula2 sebab suka2 je..dan terus Allah buka hati untuk diberi hidayah..subhanallah..:)

Salam sayang,
Ira
0139422527
Page: Breastfeeding alert
FB: Nur Zahirah


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge