10 aktiviti untuk eratkan hubungan dengan anak di rumah

Saya teruja…bila fikir ni topik best! Bantu ibu di luar sana untuk lebih kreatif..ye, kita sentiasa lalui hari2 aktiviti ni..tapi biasanya kita abaikan iaa…haa..jangan terkejut..actually ni aktiviti best ok!

Saya share kan beberapa input dari teman yang saya jumpa di blog...di sini..tapi saya tambah lagi info yang saya sendiri gunakan untuk anak2 ye..


Ok kat sini saya senaraikan 9 aktiviti yg mudah yg boleh dipraktikkan bersama2 bersama anak2 mengikut kesesuaian umur.  


1. “Pouring” skill atau tuang, menuang, mencurah. (dari 6 bulan hingga 3 tahun)


haaaa..comeykan budak ni dok tuang susu. Aktivity ni tak semestinya guna susu. Boleh jugak guna kacang ka, beras ka…sedia mangkuk plastik yg tak guna kat dapuq tu dua tiga bijik soh dia tuang dari satu mangkuk ke satu mangkuk yg lain. Kita tunjuk kat dia mcmana mula2 nak buat.  Mula2 tumpah la sikit. Pastu bila dah lama2 dia pandai control sendiri. 


2. Skill guna sudu (18 bulan ke atas)


Utk aktiviti yg ni, bagi kat anak sudu…pastu mangkuk penuh kacang ka, beras ka, button baju ka (mak yg suka menjahit ni), soh dia pindah isi mangkuk tu dari satu mangkuk ke satu mangkuk yg lain… 


tips : letak mangkuk2 dalam tray supaya senang kalau tumpah senang ja boleh tuang balik dalam mangkuk. Tunjuk kat dia macamana buat, nnti soh dia kemas sendiri. 
 
 


3. Threading


Ha yg ni saya pernah buat utk anak lelaki saya. Sy amik kadbod kotak yg dah tak pakai tu. Sy tebuk lubang guna punch hole tu. Pastu amik tali kasut yg dah tak guna, pastu guna tali utk utk “jahit” kadbod yg berlubang tu. Maknanya masukkan tali kasut tu ke dalam lubang2 yg dah dibuat tadi one by one, konon mcm menjahit lah. Lepas tu boleh ajar dia cara ikat sekali. Ikat ribbon ka. etc. 




4. Guna penyepit


Guna penyepit yg kecik utk pindahkan brg2 yg besar sikit mcm kapas, popcorn, butang baju besar dari satu mangkuk ke mangkuk lain. 
 
 


5. Goncang botol (2 hingga 6 tahun)


Aktiviti ni utk skill goncang botol sebelah tangan. Boleh guna botol2 kat dapur yg perlu goncang baru boleh guna macam minyak masak, jus lemon, cuka etc. Make sure jari pegang tudung botol supaya isi tak keluar. 
 
 


6. Lap.


Haa..yg ni mak2 mesti suka. Bagi ja kain buruk kat anak. Soh dia lap semua perabot kerusi meja. Mesti anak2 suka.. :). 



7. Potong guna pisau


Yg ni boleh guna pisau tumpul utk anak2. Ajar dia cara potong pisang. Sediakan papan pemotong, pisau kecik utk anak2. Boleh beli yg pisau utk anak2 tu. Dan juga mangkuk utk isi pisang. Mula2 tunjuk mcmana nak potong. Tunjuk dia mana belakang pisau dan yg mana patut guna utk potong. 
 
 


8. Cuci sinki. 


Sediakan span, kain lap pinggan, sabun dan apron. Ajar anak2 mcmana cuci sinki guna sabun. Dia pasti suka!
 
 
 


9. Guna gunting. 



Beli gunting yg untuk kanak2 punya. Tak tajam. Tunjuk mcmana pegang gunting. Bila dia dah pandai pegang gunting mintak dia gunting kertas. Ikut suka hati dia. Bila dah pandai. buat line kat kertas..then soh dia gunting ikut line tu…
 
 
10. Buat aktiviti membaca..belajar bersama2 dengan anak2..ramai ibu yang biarkan je anak2 buat kerja sendiri..padahal..ini boleh untuk rapatkan hubungan dengan anak2…
 

 
dah ada idea?? haaa..leh cuba kann..hehehe
 
Ira
0139422527

 
 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge