3 tips pengurusan “nilai emas” anda…iaitu masa

Pagi ni saya sembang2 pasal pengurusan masa kat grup FB saya…sebab ramaii yang cakap tak cukup masa…ok…on top of that, saya nak share la something pasal untuk nak uruskan masa dengan lebih baik..saya pon masih dalam proses memperkukuhkan time management saya…Sebab tulah bukak balik tips ni…hehee…Jom baca di bawah ni…

Pengurusan masa yang baik adalah merupakan kunci kejayaan seseorang. Ini kerana orang yang berjaya menguruskan masa pasti akan memperoleh kehidupan yang seimbang. Mereka berjaya untuk memperuntukkan masa terhadap diri sendiri dan juga untuk orang lain. Tetapi bagaimanakah untuk mendapatkan pengurusan masa yang baik?

Peruntukkan masa untuk melakukan satu-satu tugasan– Dalam kehidupan seharian, pasti anda akan sibuk dengan tugasan kerja yang mungkin tidak akan habis. Jangan sesekali cuba untuk menyiapkan kerja itu secara sekaligus.  Rancang dan peruntukkan masa untuk satu-satu tugasan. Sekiranya anda mampu untuk melakukan pengurusan masa yang baik, pasti anda berkesempatan untuk melakukan aktiviti yang anda inginkan.

Senaraikan keutamaan anda– Untuk seseorang yang terlalu sibuk dengan kerja harian, anda perlu sentiasa menyenaraikan keutamaan yang anda ingin lakukan pada hari-hari tertentu. Ini adalah untuk memudahkan pengurusan masa anda. Pasti anda tidak akan mampu untuk melakukan perkara yang diinginkan untuk setiap hari. Tetapi anda boleh menyenaraikan keutamaan yang perlu diberikan mengikut hari-hari yang bersesuaian. Sebagai contoh, mungkin hari sabtu keutamaan diberikan terhadap keluarga. Sekiranya ada tugasan yang perlu disiapkan, anda tidak perlu runsing untuk memikirkannya kerana anda sudah tahu hari itu keutamaan telah diberikan terhadap keluarga. Peruntukkan untuk menyiapkan tugasan pada hari yang kerja menjadi keutamaan pula.

Hargai masa– Pasti tidak akan wujud masalah pengurusan masa sekiranya anda sendiri tahu bagaimana untuk menghargai masa. Hargailah setiap masa yang anda lalui. Jangan sesekali mempersiakan masa anda. Ini adalah merupakan kunci utama untuk anda mendapatkan kehidupan yang lebih seimbang. 

Ni saya amik fakta dari blog ni… semoga ia bermanfaat:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge