3 amalan Rasulullah s.a.w yang disampaikan oleh Jibril Alaihissalam

Malam satu muharam hari tu, saya ada dengar kuliah di surau berhampiran dengan rumah. Saya rasakan ia satu rahmat yang cukup besar buat saya. Ye, ia satu point yang saya tak boleh dinafikan. Terima kasih banyak2 buat suami tersayang yang ajak saya ke kuliah maghrib malam tu..

Ustaz bagi tips bagaimana untuk kita nak istiqamah dalam segala amalan kita. Ustaz bagi 3 benda ni je..Ustaz dapatkannya dari guru beliau di Mesir..dan ini disampaikan dari guru2 besar sebelum ini…yang sumber asasnya dari Rasulullah kepada sahabat2 baginda..Rasulullah ambil dari Sayyida Jibril alaihissalam…apa amalan itu?

1. Isitghfar 100x. Cukup dengan astaghfirullah

2. Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w 100x. Allahumma solli ‘ala Muhammad. ‘Abdika warasulika nabiyyilummi wa’ala alihi wasallim.

3. Klimah tauhid lailahaillallahu wahdahu laa syarikalah. lahu mulku walahulhamdu wahuwa ‘ala kulli syai in qodir.

لا اله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير

Waktunya:
1. Selepas solat subuh dan sebelum masuk waktu syuruk
atau
2. Selepas waktu maghrib sehingga sebelum kita tidur

Jom kita beramal…semoga bermanfaat

Salam sayang,
Ira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge