Zikir dan ingat Allah memudahkan urusan harian

Intipati buku biografi inspirasi prof dr muhaya: ZIKIR dan ingat Allah memudahkan segalanya…seronokk saya baca…

” Sebagai pelajar perubatan, saya mengkaji tentang kejadian manusia. Daripada kajian saya, saya mendapat dalil aqli tentang kehebatan Allah sebagai Maha Pencipta. Ketika di London, pelajar diwajibkan mengambil sel mata dan membiakkannya…Sangat sukar untuk mendapatkan sel mata, kerana ia sangat sedikit. Jadi, apabila telah berjaya mendapatkannya, saya jaganya betol2 dan fokus untuk berusaha membiakkannya. Kerana memikirkannya ia satu bukan kerja yang mudah, saya SENTIASA BERZIKIR DALAM HATI, mengharapkan Allah membantu saya. Yang menakjubkan saya, SEL yang SAYA IRINGI ZIKIR, SEMUANYA HIDUP. tapi sel yang saya TINGGALKAAN TANPA ZIKIR, kerana saya ada urusan di luar, sel itu akn rosak atau mati. Kejadian ini menyebabkan saya SENTIASA BERZIKIR, kerana waktu solat di london singkat antara satu sama lain. saya seboleh2nya SOLAT TEPAT PADA WAKTUNYA, atau TIDAK MELENGAH2KAN SOLAT, menyebabkan saya sentiasa berada dalam keadaan BERWUDUK. Ternyata kerja percambahan baharu sel mata yang saya tangani begitu sukses dengan keadaan saya yang SENTIASA BERZIKIR kepadaNya. Inilah dalil ‘aqli yang saya nampak dengan “mata hati’ saya tentang kebesaran Allah. Pengalaman yang tidak banyak orang lain berpeluang mendapatkannya ini, menjadi satu magnet mengapa saya sangat ingin bercakap dengan sesiapa sahaja, tentang betapa pentingnya kita menjaga hubungan kita dengan Allah, kerana Allah Maha Berkuasa..”

apa pengajaran yang anda peroleh?

Ni saya share apa pandangan saya…bila kitaingat Allah..hati menjadi tenang..dalam keadaan apa sekalipon..kita boleh ingat pada Allah..bukan sekadar duduk atas tikar sejadah je..ni sedang menaip kat FB pon boleh ingat pada Allah…jom kita sama2 amalkan..dan tengok hasilnya…apa kita dapat selepas jadikan ia amalan kita…

Jom ubah jadi insan lebih baik setiap hari…

with love,
ira  0139422527  

jom kita Ingat Allah setiap masa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge