Soya Buruk atau orang kita yang buruk

Mama dapat story baru berkenaan dengan soya..jom mama nak share. Tapi marah betul encik izhamwong kita ni..Mama copy dari web izhamwong je lah ye..huhu…. 
______________________________________________________
image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku tertarik untuk membuat post mengenai soya sebab projek tahun akhir aku juga mengenai soya. Aku ada terbaca satu artikel yang di post kan oleh seorang mamat ni berkenaan keburukan soya. Tertarik untuk aku membalas semula artikel dia.
 
Jom kita baca dulu apa dia tulis:
 
Artikel yang di post admin tentang coca-cola, banyak respon dari sahabat sekalian. Banyak juga perkara dan fakta-fakta yang diperbahasan. secara tidak lansung memberi pendedahan kepada admin dan para pembaca sekalian. Kali ini admin akan meletakkan artikel berkenaan soya. terdapat dua artikel yang admin mengharapkan rspon dari sahabat-sahabat, sejauh benar kesahihan artikel tersebut. ini artikelnya:
 
ANTARA KEBURUKAN SOYA:
 
1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.
2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri,. Hoh.
3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.
4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya = ???
5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya:* kembung perut,* kekurangan asid amino,* kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang. Malangnya..
6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK, tahu??
 
Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.
 
Firman Allah:Wahai sekalian manusia!Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah: 168)
 
Tempe dan kicap soya adalah baik untuk kesihatan. Kenapa? Sebab.. tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian. Soya ni cuma tak elok dimakan secara fresh atau mentah, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar especially
 
DAN ARTIKEL DARI USTAZ HASHIM DIBAWAH TAJUK  KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH?? WAJAH HITAM KACANG SOYA
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
 
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. 
Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
pandangan aku, Izham Wong: laman Dinar Emas ni memang bagi aku BODOH! Ada dialog terlalu taksub mengatakan paderi yang memberikan ilmu walhal Allah yang memberi kita ilmu. Ilmu di dunia ini bagaikan setitik air yang jatuh ke dalam lautan luas. Kalau Allah tak benarkan kita mendapat ilmu, takkan dapatlah kita. Jangan la percaya yang manusia yang berikan ilmu.
Juga mengatakan al-Quran tak diubah sebab si paderi tak nak ubah. TIPU! Memang itu telah dijanjikan oleh Allah. Memang aku rasa dialog dalam semua ini hanyalahpropaganda yang ingin menyesatkan umat Islam sendiri. Bukannya membantu memberi kesedaran tapi memang SESAT!
 
Lepas tu ada pulak cerita pasal soya. Haram semua tak betul dalam tu. Jangan lah percayabenda-benda bodoh website tu merepek. Kita balik kepada dua benda jer, al-Quran danal-sunnah. Itu sahaja petunjuk untuk kita tak sesat dalam akhir zaman ini.
 
KES : 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(: komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
 
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
 
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
 
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
 
(: phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.
 
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupUn sedikit.
 
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
 
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
 
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
 
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
 
KESDikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
 
KES: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
 
Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Ni pandangan salah seorang pembaca setia artikel mamat tu
Menunjukkan ada juga pembaca yang berfikir dan tak percaya 100% artikel bodoh tu…

Dan ini pula pandangan aku:
 
Phytic acid – Phytic acid, or myo-inositol hexakisphosphate, is a major component of most of plant seeds, constituting 1-3% by weight of many cereals and oilseeds (Graf 1983).
 
Ini menunjukkan phytic acid ada pada semua tumbuhan bukan sahaja pada soya.
In human, diets high in phytate can significantly reduce the absorption of essential micronutrients such as Ca and Fe (Hurrell et al. 2003), Zn (Guttieri et al. 2006), and Mg (Bohn et al. 2004).
 
Tapi kita perlu ingat kandungan Ca, Fe, Zn dan Mg tak lah perlu banyak untuk manusia ambil dalam sehari.
Phytic acid serves as an antioxidant, an anti-inflammatory selective inhibitor, an energy store, and a regulator of vesicular via binding to various proteins (Talamond et al. 2000). It has also been reported that wheat bran, partly due to its endogenous and exogenous phytic acid contents, when added to a low fiber diet, can reduce the early biomarkers for colon cancer risk (Jenab and Thompson 1998).
 
Jadi phytic acid sebenarnya ada juga dalam beras yang kita makan setiap hari. Boleh elak kanser kolon tu.
 
Hemagglutinin – ini memang betul tapi adakah ianya memang hanya ada pada soya sahaja? Berapa pula peratus yang ada untuk kita sentiasa berdarah? Adakah dengan minum banyak soya kita akan sentiasa berdarah? Jawapannya kita perlu makan sayur! Ada pada virus H1N1? Memang la ada la dol. Semua virus ada sebab dia nak jangkit perlukan benda tu… apa da..
 
Goitrogen – Goitrogens  are  naturally  occurring  substances  that  can  interfere  with  the  function  of the  thyroid  gland.  Goitrogens  get  their  name from the term ‘goiter’ which means the enlargement of  the  thyroid gland.  If  the  thyroid gland has  difficulty  synthesizing  thyroid  hormone,  it may  enlarge  to  compensate  for  this  inadequate hormone  production.  Goitrogens  cause  difficulty for the thyroid in making its hormone.
 
Masalahnya tiada kajian yang betul digunakan pada manusia. Didapati perubahannya kepada manusia tidak lah seperti kajian terhadap tikus makmal (Bruce 2000).
4, 5, dan 6 – Itu tak lah betul. Kalau dah genetically modified tumbuhan tak lah bermaksud US sembur racun pada soya sahaja. Kalau mengenai logam berat, sayur di Malaysia pun sudah cukup. Didapati kobis di Cameron Highland tu lebih banyak sembur racun sebelum dijual. Sepatutnya 2 minggu sebelum jual dah kena henti sembur racun tapi mereka tak buat begitu sebab belum sampai 2 minggu dah tinggal rangka kobis jer. Apa cerita? Itu bolehla pergi CH sendiri nak tau. Tak perlu aku nak masukkan jurnal juga eak.
Mengenai hormon penggalak pulak, kajian hanya kepada tikus makmal dan bukannya manusia. Ikut jurnal aku baca, dilihat di India di mana penggunaan susu soya sebagai ganti kepada susu lembu tidak menjejaskan perkembangan bayi pun. Jadi apa cer? Ada orang India besar semacam seperti yang didakwa?
 
Untuk lelaki dan perempuan pula. Alahai. Itu semua penipuan. Kandungannya taklah banyak sehingga mampu menjadikan sebegitu rupa teruk kepada kesihatan. Minum sehari susu soya 1 L takkan membawa kepada semua gejala yang diwar-warkan buruk itu. Semua itu agenda umat ‘Islam’ yang cuba berlagak ‘Islam’ padahal maklumat yang dia dapat sendiri itu palsu. Pernah dia sendiri alami perkara tersebut? Aku tak.
 
Yang aku tergelak apabila mengatakan susu soya mejauhkan kita daripada pemakanan sunnah. Karut. Aku tak lari pun nak makan kurma dan kismis sewaktu bulan Ramadhan.Padahal susu soya rajin jer aku beli untuk aku minum ketika buka puasa. Tak pun aku‘lembut’ minum susu soya selama bulan Ramadhan.
 
Jangan la korang copy and paste lepas tu bangga dapat menyebarkan ‘maklumat’ yang mampu menyelamatkan umat Islam sedunia. Padahal fakta itu semua jelas-jelas palsu. Jangan memalukan umat Islam sendiri atas kebodohan anda dalam menyampaikan apa yang benar dan apa yang salah. Sesungguhnya fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. – (Ini betul. Jangan nak kata aku kutip dari Yahudi lak.)
Dan ini aku tunjukkan statistik eksport kacang soya dari US.
SOYBEANS                                            MARKETING YEAR 09/01 – 08/31    OUTSTANDING EXPORT SALES AND EXPORTS BY COUNTRY, REGION AND MARKETING YEAR 1000 METRIC TONS       AS OF March 31 2011 ——————————————————————————–                       :      CURRENT MARKETING YEAR         :NEXT MARKETING YEAR                        ———————————————————                       :OUTSTANDING SALES:ACCUMULATED EXPORTS: OUTSTANDING SALES                        ———————————————————    DESTINATION        :THIS WEEK: YR AGO:THIS WEEK: YR AGO  :SECOND YR: THIRD YR ——————————————————————————–                       : ……….   MALAYSA            :    12.2      2.7     160.3    187.7        0.0       0.0 ………. ——————————————————————————– TOTAL KNOWN           :  4194.3   2157.0   34875.8  34071.0     5988.2       0.0 TOTAL UNKNOWN         :  1372.6    298.7       0.0      0.0      520.0       0.0 ——————————————————————————– TOTAL KNOWN & UNKNOWN :  5566.9   2455.7   34875.8  34071.0     6508.2       0.0 EXPORTS FOR OWN ACCT  :       –        –      22.8     22.8          –         – OPTIONAL ORIGIN       :   360.0     66.0         –        –        0.0       0.0 ——————————————————————————–
Seperti yang di hightlight, Malaysia bukan lah pengimport utama kacang soya dari US. Kita banyak import soya dari China untuk bekalan kacang soya. Yang import dari US adalah sebab untuk buat minyak kacang soya di Malaysia. Untuk lebih lanjut rujuk statistik export US laman rasmi.
 
Perlu ingat yang US tanam pokok kacang soya lebih kepada minyak masak dan kegunaan minyak lain bukan untuk makanan. Mereka kutuk kelapa sawit sebab minyakkelapa sawit kita lebih elok berbanding minyak soya mereka.
 
Pokok soya kena tanam berulang kali setiap kali dituai, manakala kelapa sawit hanya sekali dalam 25 tahun. Jadi mana yang lebih mesra alam? Tentulah kelapa sawit sebab penggunaan tanah hanya sekali. Kalau tanah ditanam berulang kali nanti hilanglah nutrient dalamnya.
Yang si ‘ustaz’ mana entah tu kata US bising susu soya bagus mana betul. Cuba baca ni:
Daily  dietary  intake  of  soy  protein  in  heavy soy  consumers  such  as  in Asian  populations  is estimated  to  be  20–80 g,  whereas  the  average Western  dietary  intake  is  approximately  1–3g  (Barnes, 1995).
 
Nah ambil tu. Orang Asia jer minum susu soya. Orang Barat tak pun. Diorang minum susu lembu jer weh. Iklan Anmum, Anlene, Dutch lady dan saudaranya tu jerlah yang aku tengok banyak di akhbar, radio dan televisyen Malaysia. Tak da pula US promote susu soya.TUNJUKKAN AKU BUKTINYA !!!
 
Dari segi kebaikan soya tak perlulah aku nak terangkan sebab aku nak menjelaskan apa yang salah dalam artikel ini sahaja. Khasiat soya memang terbukti. Tiada keburukan yang ketara jika kita minum secukupnya dan tidak berlebihan. Sama seperti makanan lain juga la.
 
Keburukan soya yang terdapat di artikel yang aku kutip tu memang terbukti SALAH!Janganlah percaya  melaun-melaun tu tulis apa. Menyesatkan umat Islam sendiri adalah.
Aku ada letakkan quotation dalam penulisan aku agar ia boleh menjadi rujukan bagi yang nak tahu lebih lanjut. Aku juga tak tukar ke Bahasa Melayu kerana nak mengekalkan keaslian maklumat tersebut.
Yang pentingnya sekarang kita perlu membuat bacaan dan kajian sebelum terus percaya 100% kepada satu-satu informasi. Bukan semua maklumat itu betul. Gunalah akal kerana Allah menyuruh kita berfikir.
Teringat aku ustaz di matrikulasi aku dulu selalu quote ayat dalam al-Quran,  ‘affala taqkilun’ – tidak kah kamu berfikir? (maaf aku lupa ayat apa dalam surah apa. Kalau ada sesiapa tahu boleh tolong inform aku eak.) Jom kita berfikir… Sekian, wasalam.
 
___________________
 
huhu..panjang lebar kan die menaip..hmm…so dari atas kita amik yg mana baik..berwaspada dengan yg mana buruk…
 
kalau nak tau psal ESP Shaklee….leh klik cni http://zahirahhafizan.blogspot.com/2012/10/kenapa-esp-ni-memang-bombastik.html  
Boleh hubungi saya di 0139422527 untuk sebarang pertanyaan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge