5 Soalan TOP yang ditanya sewaktu hamil

Ok semua..saya nak share dengan anda ni…soalan yang sentiasa atau paling kerap ditanya waktu hamil.

Soalan pertama:

Mama: Benarkah vitamin ibu mengandung seperti Obimin boleh menyebabkan kandungan besar sekaligus menyukarkan kelahiran?

Dr Rafi: Tidak sesekali. Vitamin ibu mengandung bertujuan untuk menambahkan tahap darah merah ibu, bukannya untuk membesarkan bayi. Sekiranya ibu kurang darah dan kelihatan pucat, pendarahan sewaktu kelahiran mungkin boleh berlaku dan ia membahayakan. Bayi yang besar banyak bergantung kepada baka atau adakalanya ibu menghidap diabetes.

Soalan kedua:

Mama: Apa penyelesaian terbaik jika waktu hamil tahap hb tetap rendah?

Dr Rafi: Biasanya kalau ibu nampak terlalu pucat sebelum bersalin, doktor akan memasukkan darah. Ini terpaksa dilakukan jika tahap hB tetap rendah walaupon sudah ambil suplimen dan makanan yang boleh menambahkan darah.

Soalan ketiga:

Mama: Bolehkah bersalin normal jika sebelum itu pernah melahirkan secara caesarean?

Dr Rafi: Boleh sekiranya ibu pernah sekali melalui kelahiran caesarean. Jika sudah dua kali memang tidak dibenarkan langsung. Kebanyakan kelahiran normal berjaya selepas caesarean berjaya bergantung kepada sebab ibu perlu melalui kelahiran caesarean sebelum ini. Mungkin tulang punggung sempit, peluang untuk bayi keluar susah. Jika uri bawah atau masalah songsang boleh berjaya tetapi ada risiko tertentu. Kalau mahu cuba bersalin normal, perlu diketahui dalam 200 wanita, seorang daripadanya mengalami pecah rahim.

Soalan keempat:

Mama: Apakah teknik meneran yang betol?

Dr Rafi: Cara setiap wanita meneran berbeza. Yang paling penting, ibu perlu meneran seperti hendak membuang air besar. Ramai yang meneran sehingga muka merah. Ada yang menjerit juga. Itu salah! Setiap kali meneran, kepala perlu menunduk sedikit. Tarik nafas dan tahan nafas seperti hendak membuang air besar.

Soalan kelima:

Mama: Bagaimana caranya untuk mengetahui ubat yang diambil ketika mengalami demam, batuk, selsema atau sakit ringan yang lain selamat dan tidak menjejaskan bayi?

Dr Rafi: Kebanyakan ubat selamat (99%). Jika ibu demam dan tidak mahu makan ubat, ia lebih memudaratkan daripada makan ubat untuk meredakan demam. Demikian juga halnya dengan ubat batuk dan selsema. Malah,kebanyakan antibiotik selamat. Hanya ada sebilangan kecil sahaja tidak boleh dimakan oleh ibu hamil.

Sumber: Majalah Pa&Ma, Januari 2008

Ok, setakat tu je k. nanti saya share lagi infoJ

Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Boleh hubungi saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms/whatsupp 0139422527 untuk sebarang pertanyaan:)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge