Obesiti: Bertindaklah melawannya sebelum terlambat…

Dah hampir seminggu saya tak update blog saya ni. Hari ni saya nak kongsikan sesuatu buat anda semua ye..Ia mengenai masalah obesiti di Malaysia ni…

syurga makanan1 Masalah Obesiti dan Kegemukan dikalangan Rakyat Malaysia
Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti (kegemukan) dan tempat keenam di negara Asia Pasifik. Lihat saja disekeliling, pasti akan terlihat mereka yang alami masalah obesiti atau kegemukan. Apakah punca masalah ini?
Di Malaysia, kadar obesiti paling ketara di kalangan kaum India, iaitu sebanyak 25.6 peratus, diikuti Melayu sebanyak 22.4 peratus dan Cina, 19.5 peratus.

Punca Obesiti dan Kegemukan

Jika kita menyelami punca sebenar berlakunya obesiti atau kegemukan dikalangan rakyat Malaysia, terlalu banyak sebab musababnya. Semuanya menjurus ke arah gaya hidup rakyat Malaysia yang tidak sihat. Misalnya :-
  • Lambakan makanan. Malaysia syurga makanan.
  • Gaya hidup bersenang-lenang dan tidak sihat.
  • Kurang senaman dan penjagaan kesihatan.
  • Faktor Genetik dan Persekitaran.

Malaysia Syurga Makanan

Tidak dinafikan Malaysia terkenal dengan jolokan Syurga Makanan. Pelbagai jenis masakan dan resepi boleh didapati di Malaysia. Namun, lambakan makanan seperti ini mendedahkan rakyat Malaysia kepada masalah obesiti dan kegemukan.
Rakyat kita ramai yang tidak berpantang atau memilih dalam soal makan. Pantang jumpa atau berpeluang mencuba resepi baru, pasti ingin dicuba dan dirasa. Tambahan pula dengan restoran makanan segera yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Jika di negara lain, rakyat mereka mati kerana tak cukup makan, tapi di Malaysia, rakyatnya mati kerana terlebih makan. Begitu sinis dan mendalam sekali anggapan demikian. Pada masa lalu, kebiasaannya orang makan dua kali sehari, iaitu tengah hari dan malam. Tetapi pada hari ini, kebanyakannya makan lima hingga enam kali sehari termasuk makan lewat malam di kedai Mamak.

Gaya hidup bersenang-lenang dan tidak sihat

Gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bermain komputer, menonton, bermain video, penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang kepada obesiti.
Tak perlu susah-susah, lihat saja disekeliling kita, anak-anak kita, malah kita sendiri. Bukankah ramai antara kita kini yang turut mengamalkan gaya hidup seperti ini sekarang? Lebih-lebih lagi dengan kehadiran teknologi moden dan canggih yang pelbagai. Dunia bagaikan di hujung jari.
life vs technology Masalah Obesiti dan Kegemukan dikalangan Rakyat Malaysia

Manusia vs Teknologi

Senaman dan Penjagaan Kesihatan

Makan melebihi keperluan dah satu hal, ditambah pula dengan kekurangan bersenam dan melakukan aktiviti fizikal. Pelbagai alasan diberikan bila diminta bersenam dan menjaga kesihatan. Penat, kesibukan dan ketiadaan masa sering dijadikan alasan.
Bila berat badan dah naik, mula risau dan stress. Akibatnya, amalkan pula diet yang tidak sihat untuk cepat kurus. Pantang terlihat iklan di kaca televisyen, akhbar, majalah, dan media massa lain yang selalu menonjolkan watak-watak wanita yang langsing di samping iklan berbagai-bagai macam ramuan ubat-ubatan, makanan dan minuman untuk merampingkan tubuh, pasti ingin dicubanya. Akibatnya, ribuan ringgit wang dibelanjakan untuk diet, ubat-ubatan, dan perawatan-perawatan bagi menurunkan berat badan.

Metabolisme mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang yang normal. Meskipun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti mempunyai peranan yang sangat penting walaupun adakalanya dirasakan begitu menyeksakan. Pada waktu bersukan kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang.

Faktor Genetik dan Persekitaran

Faktor lingkungan persekitaran juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk. Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan persekitaran yang menganggap gemuk adalah simbol kemakmuran dan kebahagiaan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk.. Pasti anda juga pernah terlihat bukan? Keluarga yang boleh dikatakan majoritinya gemuk atau obes. Biarpun masalah kegemukan atau obes ini adakalanya dikaitkan dengan faktor genetik dan persekitaran, tapi sebenarnya masih boleh diatasi jika kita bijak mengawal pemikiran kita dan menyedari kesannya terhadap kesihatan.
kategori berat Masalah Obesiti dan Kegemukan dikalangan Rakyat Malaysia

Anda kategori berat yang mana?

Obesiti dan Risikonya terhadap Kesihatan

Obesiti boleh memberikan ancaman serius terhadap kesihatan. Jika tidak ditangani dengan serius, ianya boleh melahirkan masyarakat yang tidak sihat. Risiko obesiti tidak memilih peringkat umur malah seawal umur kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami obesiti biasanya akan membesar sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung serta barah.
Walaupun tiada kajian menyeluruh dilakukan, berdasarkan kepada gaya hidup yang diamalkan masyarakat kini, ia menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti kanak-kanak.
Masalah itu perlu diberi perhatian serius kerana berat badan yang berlebihan boleh membawa risiko kesihatan berpanjangan. Obesiti pada kanak-kanak tidak boleh dipandang mudah dan apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah kepada gaya hidup yang lebih selamat.
___________________________________
 
Dalam Shaklee, apa vitamin yang sesuai untuk menurunkan berat badan ye?
Ni testimoni customer saya yang mengambil lecithin,cinch dan alfalfa bagi tujuan menurunkan berat badan beliau. Ni dia emel yang beliau hantarkan kepada saya.

Alhamdulillah…Hepinya saya bila boleh buat orang lain hepi! Heheh…tulah salah satu nikmat hidup kan..jom kita baca info pasal alfalfa,lecithin dan cinch  ni…

Bagaimana lecithin, cinch dan alfalfa ni berfungsi dalam penurunan berat badan? Cinch mampu mengenyangkan sesiapa yang mengambilnya. Ia mempunyai 3 perisa iaitu coklat (memang yummy!!), cafelatte dan vanila. Lecithin ni pulak mampu memecahkan lemak2 yang terkumpul dalam badan kita manakala alfalfa membawa lemak2 yang dipecahkan ni ke sistem penghadaman untuk dibuang.

Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Boleh hubungi saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms/whatsupp 0139422527 untuk sebarang pertanyaan:)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge