Tips sihat | Tips memilih suplimen

Apabila kita bercakap tentang kehidupan yang lebih sihat, ada beberapa pilihan.

  1. Makan makanan seimbang.
  2. Tinggal di kawasan yang tiada pencemaran
  3. Bersenam
  4. Bersosial secara sihat.

No (1) ya kita boleh makan makanan yang seimbang. Kita boleh sediakan makanan ikut piramid makanan. Namun, dapatkah kita pastikan semua makanan yang kita makan menjadi zat dalam badan atau sekadar hampas saja? Adakah kita boleh pastikan tiada nutrient yang terbocor semasa kita beli, cuci, potong dan memasaknya? Malah misalnya sayuran, penggunaan pestisid, tak banyak sikit pasti meninggalkan kesan.

No (2), kecuali kita berpindah Costa Rica, atau ke kawasan yang masih belum rancak pembangunannya… kita tetap terdedah kepada pencemaran walaupun tiada kilang berkaitan.. Paling tidak dari ekzos kereta serta habuk dan debu, juga radiasi yang kita tak nampak.

Konsisten dengan no (3)? Saya ada beberapa kawan yang konsisten ke gym dan joging setiap petang & hari minggu. Tapi rationya 1:800 kot.

Gaya hidup sosial yang sihat menjadikan kita tenang dan lebih mudah untuk melegakan stress. Misalnya menghadiri kelas-kelas agama, motivasi dan sebagainya. Tapi hari ni kebanyakan kita bersosial di FaceBook.. senaman tangan je lah. Kita boleh bersosial tapi sentuhan itu tak ada. Bersosial cara sihat bukan sekadar berhubung saya, tapi bersentuhan, bersalaman, itulah yang mengaktifkan lagi saraf2 kita.

Jadi, salah satu cara untuk menyokong lubang-lubang yang kita tak dapat penuhi dalam perkara2 di atas ada satu – PENGAMBILAN VITAMIN.

Lepas ni pergi farmasi/kedai beli vitamin. Semudah itu kah? Pastinya tidak kalau kita tahu hakikatnya…
Hakikatnya tidak sama…

Sebelum tu saya nak ingatkan… Vitamin atau suplemen ni adalah PELENGKAP, bukan PIL AJAIB yang membolehkan kita terus sihat walaupun makan tak jaga, makan junk food berguni2 sambil tengok movie depan TV.. Ramai yang tak faham, malah ada yang beranggapan bila ambil vitamin tak perlu jaga makan dan bersenam. Tanggapan ini salah samasekali. Kita sekali-kali tak boleh meninggalkan amalan hidup yang sihat. Makan vitamin tapi hari2 hentam makanan segera dan melepak tengok TV sambil makan popcorn tidak menjadikan seseorang itu sihat (tapi, berbanding orang yang buat benda sama tapi tak makan vitamin, yang makan vitamin tentunya lebih baik).

Jadi, bagaimana nak memilih suplemen/vitamin yang baik?

1. Dari apa ia dibuat
Vitamin yang dibuat dari sumber semulajadi (tumbuhan) adalah lebih baik.

2. Lengkap dengan nutrient yang diperlukan oleh badan
Jangan tertipu dengan nama2 bombastik. Kenali nama2 vitamin dan mineral, misalnya nama2 Vitamin B seperti thiamin, robiflavin, cobalamin, folic acid, etc… Nama2 pelik2 tu mungkin BUKAN VITAMIN!

3. Memenuhi kehendak tubuh, misalnya mengikut saranan RDA.
Ada vitamin yang mengandungi terlalu sedikit, dan ada yang terlalu banyak.

Bagaimana untuk mengetahui semua rahsia di atas? banyakkan membaca/mengambil tahu tentang vitamin. Jangan kata kita tak perlu vitamin, kerana tubuh kita perlukan vitamin untuk membesar dan bekerja. Adakah kita rasa cukup dengan makanan yang diambil hari2? Tepuk dada, tanya selera.

credit

Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee?

Boleh hubungi saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms/whatsupp 0139422527 untuk sebarang pertanyaan:)

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge