Kesihatan tulang dan sendi~ Jangan dipandang remeh

Tulang-tulang merupakan kerangka bagi menyokong tubuh, melindungi organ-organ penting dan membantu dalam penyimpanan mineral dan formulasi sel darah. Jadi, mengekalkan tulang yang kuat dan sihat amatlah penting.

Gaya hidup tidak sihat dan kurang pengambilan nutrien boleh menyebabkan beberapa ancaman tulang seperti osteoporosis dan osteoartritis. Osteoporosis merupakan satu keadaan di mana kurangnya ketumpatan tulang dan ia paling biasa dialami di kalangan wanita yang telah monopaus. Osteoporosis merebak secara senyap dan tanpa disedari selama bertahun-tahun. Hanya setelah beberapa tahun kehilangan tulang sahaja tanda-tanda dan gejala-gejala tersebut kelihatan.

Osteoartritis pula merupakan penyakit sendi yang biasa dialami apabila tulang rawan sendi rosak dan tidak dapat berfungsi lagi. Akhirnya, tulang-tulang tersebut berlaga menyebabkan kesakitan, pembengkakan, dan kekakuan. Jadi, apakah cara lain untuk mengekalkan tulang dan sendi yang sihat?

Di sini ialah beberapa cara mudah untuk mengekalkan tulang dan sendi yang sihat iaitu

1) Pengambilan nutrien yang seimbang

Kalsium amat penting dalam mengekalkan tulang yang sihat. Malaysia Recommended Nutrients Intakes (RNI) (Cadangan Pengambilan Nutrien) mencadangkan purata pengambilan kalsium 1000mg setiap hari bagi mengekalkan tulang yang sihat. Lemak Asid perlu seperti Omega3 pula terkenal dapat menyediakan faedah anti radang yang membantu dalam mengurangkan kekakuan atau kekejangan sendi. 

2) Senaman yang seimbang

Senaman membantu memelihara sendi-sendi dan pergerakan tubuh secara keseluruhan. Senaman yang mengandungi bebanan seperti berjalan, menari, berlari anak, mendaki tangga, dan mengembara dengan berjalan kaki merupakan jenis-jenis senaman terbaik bagi menggalakkan kesihatan tulang yang sihat.

3) Elakkan merokok dan pengambilan alkohol

Merokok dan pengambilan berlebihan akan meningkatkan penyusutan ketumpatan tulang dengan mengurangkan keupayaan tubuh untuk menyerap kalsium.

____________________________________

Shaklee mencadangkan satu kaedah diet yang kaya dengan kalsium , asid lemak penting dan antioksidan untuk membantu menyokong tulang dan sendi-sendi yang sihat.

1) Ostematrix

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Kenapa dalam ostematrix ni mengandungi vitamin D, magnesium, boron dan zink juga? Sebab tu la istimewanya Shaklee ostematrix ni..ia bukan sekadar kalsium. Tujuan adanya vitamin D ialah untuk menyokong penyerapan kalsium, manakala wujudnya magnesium ni adalah untuk memudahkan penyerapan kalsium, boron untuk membantu tubuh menyerap magnesium. Dan zink,copper,manganese adalah enzim-enzim yang aktif.

Penggunaan hanya 2 kapsul ostematrix berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam satu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.

2) Omegaguard

Omegaguard mengandungi asid lemak Omega3 ultra tulen yang penting. Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

3) Vivix™

Vivix™ mengandungi resveratrol dan antioksidan sihat yang lain. Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  Bakal dipatenkan tidak lama lagi.  Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

sumber: shaklee website& shaklee today

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

___________________________________________

Puan Zahirah [Ira]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 846816]
013-9422527 | zahirahhafizan@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge