Kepentingan vitamin c-selain untuk kulit cantik dan licin

Bulan ni..Shaklee buat promosi sustained released vitamin C buy 6 free 1. Sebab tu lah ramai yang bercakap mengenai Sustained Released Vitamin C bulan ni:). Sape yang tak rebut peluang ni memang rugilah!

Ok..jom kita bincang mengenai vitamin C secara general. Saya pasti semua orang kenal apa itu vitamin C kan? Ala…yang best2 tu…tulah vitamin C…Tapi..adakah kita tahu secara detail apa fungsi vitamin C kepada badan kita sebenarnya…jom kita baca kat bawah ni ye..

Biasa kita dengar Vitamin C boleh mencantikkan dan melicinkan kulit badan seperti yang diperkatakan di dalam media massa: majalah hiburan atau surat khabar , terdapat artis hollywood tidak kurang artis tempatan juga telah mengambil suntikan Vit C untuk kekal jelita.

Sejauh manakah kebenaran fakta itu?

Vitamin C iaitu juga dikenali sebagai Ascorbic Acid merupakan vitamin yang larut air amat diperlukan kerana ianya tidak dapat dibina secara semulajadi oleh tubuh badan manusia.Oleh yang demikian ianya perlu diambil secara pemakanan atau suntikan.

Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?
Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

credit

Yang mana satu vitamin C pilihan saya? Sudah tentunya Sustained Release Vitamin C Shaklee.. Apa perbezaan Shaklee dengan vitamin C lain ye?

Sains pembebasan berterusan secara semulajadi vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin c mengandungi 7.5 biji buah oren termasuk kulitnya dan pembebasan 1.5 vitamin c buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap satu jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin c di dalam 2 tablet  vitamin Shaklee (dalam jurang masa selama 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga di kenali sebagai vitamin C Complex.Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin c di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

 1 biji shaklee sustaine released vitamin c bersamaan dengan 7 biji setengah buah oren! (gambar hanya hiasan)

_______________________________________________

Hmmm..tu dia cerita berkenaan vitamin c pilihan saya..

Takukah anda? Haiwan menghasilkan vitamin c mereka sendiri, seperti, arnab mampu menghasilkan 18000mg vitamin c sedangkan manusia tidak mampu menghasilkan vitamin c. Tambahan pula, vitamin c mudah larut air dan akan hilang dengan berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin c setiap hari. Vitamin c tidak memberi kesan toksik.

Adakah vitamin c memadai di ambil hanya dari buah? Ramai orang fikir macam tu kan? Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin c. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin c yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi vitamin c yang sedikit. Kandungan vitamin c pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. Hmmm…fikir2kan..bape banyak orang jual buah di tengah panas kan? Adakah sekarang anda fikir yang anda perlukan vitamin c? Pilihlah Shaklee Sustained Release vit-c untuk memenuhi keperluan vitamin c harian anda!

Saya dah lama pilih Shaklee sustained release vit-c sebagai suplimen saya. Sekarang ni pon sedang berpantang..memang saya takkan miss vitamin c saya ni…selain dari vitamin c shaklee..saya juga ambil vitalea, b compleks, alfalfa, ESP, ostematrix sepanjang berpantang ni..dan alhamdulillah selama 9 hari saya berpantang ni..saya sihat walafiat..luka dan kesan jahit memang sembuh dahla…susu pon meriah…boleh buat stok dah…memang pengambilan suplimen shaklee bagi saya personally membantu saya menjadi sihat sepanjang berpantang dan brastfeed. memang shaklee pelengkap kepada kehidupan saya sebagai seorang isteri dan ibu beranak 3! ^_^

Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Boleh hubungi saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms/whatsupp 0139422527 untuk sebarang pertanyaan:)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge