Ibu mengandung…sangat banyak pahalanya! Ibu menyusu? Memang tak terkira pahalanya!

Mengandung….bukan sesuatu yang mudah! Si ibu akan diuji dengan macam2 perkara…Sebab itulah pahala ibu yang mengandung apatahlagi menyusukan anak dengan susunya sendiri sangatlah banyak pahala dikutip. Saya nak share info ni kepada anda semua di luar sana. Jangan rasa terbeban dengan kandungan anda..jangan rasa terbeban bila anda nak menyusukan anak kerana keletihan..kerana…setiap ape yang anda buat dan lalui itu…diberikan ganjaran pahala yang amat besar dari sisiNya…dan yang pastinya…niat mesti betol…mesti ikhlas keranaNya…Ni saya petik dari satu entry berkaitan pahala ibu yang mengandung, melahirkan dan menyusu. Thanks Aizam..jom baca..

Semua orang tahu, mengandung itu adalah satu ibadat.. mari kita lihat pahala yang diterima oleh ibu yang mengandung, yang melahirkan, yang menyusukan, yang membesarkan dan menjaga anak-anak ketika mereka sakit..

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Nampak tak betapa banyak kelebihan ibu2 yang mengandung,melahirkan dan menyusu? Memang penat…tp ia adalah satu nikmat yang tak dapat dijual beli…Bersyukurlah kita kerana dikurniakan nikmat ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge