Bagaimana Protin boleh pengaruhi hidup anda?

Selamat pagi kepada semua…salam sihat saya ucapkan…semoga anda semua terus diberikan nikmat sihat yang berpanjangan dari Pencipta yang satu…Pagi ni saya nak cerita tentang protin..hihi…sebab saya baru baca beberapa artikel berkenaan protin ni…Jom kita baca sama2 untuk penambah ilmu kita…Saya amik info masa blog walking tadi dari dua sumber ni… sini dan di sini. 🙂

Protein merupakan komponen terpenting untuk sel di dalam badan. Ia merupakan ‘bahan organik yang terdiri daripada 22 amino asid atau kata lain dipanggil struktur asas kehidupan. Protein disimpan di dalam otot dan juga organ badan manusia untuk bina dan membaiki tisu sel badan manusia. Ia juga membantu untuk perembesan hormon dan enzim. Protin terdiri daripada gabungan unsur2 karbon, fosforus, hidrogen,sulfur, oksigen dan nitrogen.

Penggabungan sebatian-sebatian ini akan memberikan kesan yang berlaian. Hasilnya molekul protein ini dapat menghasilkan enzim, hormon, otot, organ dan pelbagai tisu lain didalam badan anda. Terdapat 2 jenis asid amino:

  1. Asid Amino Tidak Penting (non-essential) yang boleh dihasilkan sendiri oleh diri anda
  2. Asid Amino Penting (essential) yang tidak dapat dihasilkan oleh diri anda dan ianya hanya boleh dihasilkan dari makanan yang anda ambil.

Walaupun nilai kalori per gram bagi protein ini tinggi sedikit berbanding Karbohidrat, tetapi makanan Protein ini lebih mudah diurai oleh tubuh dan tidak disimpan menjadi lemak. Sebaliknya jika anda makan makanan berprotein ia dapat menambahkan lagi otot-otot anda.

Protein ini boleh diperolehi daripada 2 sumber utama, iaitu sumber protein dari haiwan dan sumber protein dari tumbuhan.

Sumber Protein daripada Haiwan – Ia membekalkan Asid Amino Penting. Protein-protein sebegini boleh didapati dari:

  • Daging Merah (Lembu dan Kambing)
  • Daging Putih (Ayam)
  • Ikan (termasuklah minyak ikan)
  • Telor
  • Hasil tenusu

Sumber Protein daripada TumbuhanProtein yang dihasilkan oleh tumbuhan mengandungi banyak asid amino. Protein-protein sebegini boleh diperolehi dari:
Legume (kacang peas, kacang hijau)

  • Bijirin
  • Kekacang
  • Bijian
  • Produk soya (tempe)

Adakah Kedua-dua Jenis Protein Ini Memberi Sumbangan Yang Sama?

Dari segi kesihatan anda digalakkan supaya memperbanyakkan mengambil protein tumbuhan berbanding protein haiwan. Kebanyakkan protein haiwan mengandungi lemak tepu ataupun perlu dimasak menggunakan banyak minyak. Banyak kajian mendapati pengambilan daging merah serta daging yang siap diproses akan meningkatkan risiko kanser usus dan perut.

Mana kala sumber protein yang diperolehi daripada tumbuhan, mengandungai rendah lemak serta menyumbang kepada kandungan serat yang tinggi, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Selain itu, protein dari tumbuhan juga baik untuk kesihatan kerana dapat menghalang pelbagai penyakit. Contohnya antioksida yang terdapat pada kacang soya dapat menghalang penyakit kanser.

Di bawah ini kami menyediakan satu jadual kandungan protein di dalam makanan.

Jenis makanan Saiz hidangan Berat (g) Kandungan protein (g)
Taukua goreng 1 keping 90 15
Tauhu 1 keping kecil 120 9
Kacang soya 1/2 cawan 72 8
Tempe 1 bungkus 40 6
Lentil 1/2 cawan 80 6
Kacang merah 1/2 cawan 102 6
Kacang kuda 1/2 cawan 66 6
Kacang panggang 1/2 cawan 95 4
Kacang pis (tin) 1/2 cawan 68 2
Thosai 1 keping 60 6
Vadai 1 keping 40 3
Mi 1/2 cawan 60 2
Makaroni 1/2 cawan 59 2
Nasi 1/2 cawan 51 1
Roti
(gandum lengkap / wholemeal)
1 keping 28 3
Roti
(putih / sandwich)
1 keping 25 2
Kentang 1 sederhana 110 2
Keledek 1 kecil 114 2

Nota: Kesemua makanan di atas adalah makanan masak (kosong – tidak dicampur bahan-bahan lain) dan cawan sukatan yang digunakan adalah cawan 200 ml.

Pengambilan protein ini amat penting bagi pembentukan otot serta membaik-pulih tisu-tisu otot yang telah rosak. Dengan kata lain ia amat penting bagi pembentukan serta perkembangan tubuh anda. Adalah lebih mudah untuk membakar lemak bagi mereka yang berotot jika dibandingkan dengan mereka yang kurang berotot.

Selain itu, melalui protein ini juga sistem pertahanan badan anda (immune system) iaitu ‘antibody’ terhasil. Tanpa adanya antibody ini, diri anda akan mudah terdedah dan diserang dengan pelbagai penyakit. Sebab itu anda digalakkan supaya mengambil protein di dalam menu anda.

Protein merupakan diet yang paling penting untuk badan. Tidak kira sama ada mahu turun atau naikkan berat badan, memahami konsep pengambilan protein kepada tubuh badan kita merupakan salah satu kunci untuk gaya hidup yang sihat.

Kesan paling popular protein terhadap kesihatan adalan kebolehan protein untuk mengawal rasa lapar. Apabila protein diserap, ia menghantar signal kepada otak untuk menurunkan kadar rasa lapar. Kepentingan lain protein adalah ia akan meninggakatkan kadar metabolisma badan dengan menyeimbangkan jisim otot. Protein juga membantu dalam pengawalan kenaikan kadar gula dan insulin di dalam badan seterusnya membantu bagi pesakit diabetes dalam pengawalan gla dalam badan

Antara kepentingan protein yang lain adalah

  • Membantu oksigen mengalir melalui darah kepada seluruh anggota badan
  • Menyihatkan jantung badan supaya kekal aktif
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan

Untuk pengambilan protein yang berkesan, Institut perubatan dan sains kebangsaan USA menyarankan sebanyak 10 hingga 35 peratus jumlah pengambilan kalori adalah dari sumber protein dengan lelaki digalakkan untuk mengambil lebih dari perempuan. Sangat banyak dan banyak juga orang yang tak dapat ikutinya. Kalau di Malaysia, kita suka ambil ‘lemak’ dari protein. typical health isues!

Minimum protein yang diperlukan dalam sehari ialah kira-kira 1g per kg berat badan (jika berat anda ialah 60kg, maka anda perlu makan SEKURANG-KURANGNYA 60g sehari). Namun makan terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak kerja berat, seperti weight training (intensiti tinggi). Pengambilan protein yang maksimum yang boleh diambil manusia normal ialah kira-kira 3g per kg berat badan.

Dan ini suplemen protin pilihan saya..

  • Sumber terbaik daripada kacang soya
  • Mengandungi protin lengkap (9 essential amino asid)
  • Vegetable source – soy
  • Kolesterol “zero” serta rendah lemak
  • PER(Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5
  • Mengenyangkan & sangat sesuai untuk orang yang mudah diserang gastrik (cthnya saya,ada masalah gastrik)
  • Sesuai untuk orang yang ada Allergies
  • Membantu badan menyerap kebaikan vitamin dengan lebih baik, supaya vitamin- vitamin tadi dapat memperbaiki sel- sel badan kita.

ohhh.. saya sangat cintakan ESP….Bagaimana dgn anda?

Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan special price, konsultasi percuma, after sales service secara berterusan, dapat join group tertutup kami untuk perkongsian tentang masalah kesihatan dan maklumat berkenaan produk Shaklee…dan yang pastinya…anda boleh mendapatkan vitamin Shaklee dengan budget yang anda ada! Saya akan recommend kan vitamin yang sesuai dengan budget anda dan terangkan kenapa anda perlukan vitamin2 tersebut…

Boleh hubungi saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms/whatsupp 0139422527 untuk sebarang pertanyaan:)
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

credit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge