Asid amino: satu elemen penting dalam Protin. ESP membekalkan 9 asid amino perlu yang tak dapat dicipta oleh badan…

Salam Isnin kepada semua..Hari isnin adalah hari yang mulia..hari di mana Rasulullah s.a.w telah dilahirkan dan juga telah meninggalkan dunia ni…Jadi pembaca2 blog saya..no Monday blues k..Kena hepi2 untuk bersiap nak g keje..Supaya aura dan cas2 positif dapat masuk dalam badan kita dan pengaruhi orang2 sekeliling kita…Best kan kalau kita dikelilingi oleh orang2 yang bersikap positif berbanding dengan orang yang sentiasa berfikiran negatif…Sebab orang yang berfikiran positif ni nak maju ke depan, yakin boleh dan memang fikir yang baik2 je..Ok…jom kita baca perkongsian tentang asid amino hari ni yang menjadi elemen penting dalam protin…Ha…anda tau tak pasal ni? Jom kita korek2 ilmu ni ye…Selamat menimba ilmu…:)..saya ada amik info kat cni jugak ckit2 masa blogwalking tadi..

Protein terdiri daripada karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Terdapat sebahagian protein juga mempunyai unsur fosforus dan sulfur. Ikan, susu, daging, kekacang (kacang tanah dan kacang soya) dan putih telur kaya dengan protein. Protein dapat membina tisu badan, enzim dan hormon.

Protein membentuk sebahagian besar struktur di dalam sel termasuklah sebagai enzim dan pigment respiratori. Protein dibentuk dari percantuman unit asas yang dikenali sebagai asid amino.

Protein boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu protein fibrous yang banyak bergantung kepada struktur sekunder dimana bentuk protein ini boleh diulang. Manakala bentuk kedua ialah protein globular (enzim dan antibodi) yang banyak bergantung kepada interaksi struktur tertiar. Terdapat 20 jenis Asid Amino yang digunakan untuk membentuk rantaian polipeptida (protein). Fungsi, bentuk, saiz dan jenis protein akan ditentukan oleh jenis, bilangan dan taburan asid amino yang terdapat di dalam struktur tersebut.

Percantuman beberapa Asid Amino dinamakan tindakbalas kondensasi dengan dicirikan berlakunya pembentukan ikatan peptida dan pembentukan molekul air. Percantuman ini akan menghasilkan rantaian peptida yang lebih dikenali sebagai polipeptida dengan mempunyai dua hujung rantaian yang berbeza sifatnya.

Struktur umum asid amino
Formula struktur am Asid Amino



Asid amino ialah monomer bagi protein. Kumpulan –R dalam molekul asid amino menentukan jenis asid amino itu. Terdapat lebih daripada 20 jenis asid amino yang boleh membina pelbagai polimer protein. Monomer (dari Yunani mono “satu” and meros “bahagian”) merupakan molekul kecil yang boleh terikat secara kimia dengan monomer lain untuk membentuk satu polimer

Asid amino bergabung antara satu sama lain untuk membentuk suatu rantai panjang melalui tindak balas pempolimeran kondensasi di mana satu molekul air akan disingkirkan.

Asid Amino terdiri dari dua jenis: iaitu asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Asid amino perlu tidak dapat disintesis oleh badan manusia, dan ia diperolehi dari makanan. Terdapat 9 asid amino perlu:

  1. Histidina
  2. Isoleusina
  3. Leusina
  4. Lisina
  5. Valina
  6. Metionina
  7. Fenilalanina
  8. Treonina
  9. Triptofan


Manakala Asid amino tidak perlu pula terdiri dari:

  1. Alanina
  2. Arginina
  3. Aspargina
  4. Asid Aspartik
  5. Aisteina
  6. Asid Glutami
  7. Glutamine
  8. Glisina
  9. Prolina
  10. Serina
  11. Tirosina


FUNGSI PROTEIN: Triptofan adalah pelopor kepada vitamin niasin, ia juga pelopor kepada neurotransmitter serotonin. Tirosina pula pelopor pembentukan pigmen kulit dan rambut. Protein terlibat dalam fungsi komunikasi sel-sel seperti dalam transduksi sel-sel, fungsi enzim-enzim, Banyak lagi fungsi setiap asid amino yang begitu kompleks dan sukar difahami oleh manusia.

Protein juga terlibat dalam fungsi KEIMUNAN badan manusia. Protein akan bergabung dengan molekul antibodi bagi membawa toksin keluar dari badan. Protein juga membekalkan tenaga sebanyak 10% daripada proses glukoneogenesis (pemecahan lemak kepada gula). Protein juga adalah sebahagian dari hormon. Hormon mengawalatur fungsi tubuh badan kita.

Haaaa…nampak tak….Asid amino perlu tidak dapat disintesis oleh badan manusia, dan ia diperolehi dari makanan. Jadi nak tak nak…memang kita perlukan asid amino perlu ni..dan yang bagusnya…9 asid amino perlu ni ada dalam Shaklee Enrgizing Soy Protein! Waaahhh..memang great!!

Ni dia senarai 9 asid amino yang diperlukan oleh badan kita yang mesti diambil dari pemakanan…Sebab badan tak boleh produce sendiri asid amino perlu ni…
Nilah ESP…yang dalam shaker tu adalah ESP yang dah dibancuh untuk sarapan saya pagi ni..memang sedapppp!!

Dalam Shaklee Energizing Soy protein, ia mengandungi keperluan yang penuh untuk asid amino perlu dan tak perlu…Dan 9 asid amino yang diperlukan itu tidak boleh dicipta oleh badan kita dan mestilah diambil daripada diet harian. Dan yang bestnye…dengan hanya 1 serving of ESP ni..ia dapat memberi kesembilan2 kuantiti asid amino perlu ini kepada badan kita…

Kuantiti asid amino perlu dalam badan kita yang boleh diperolehi oleh ESP ialah:

  1. Histidina – 340mg
  2. Isoleusina -630mg
  3. Leusina -1160mg
  4. Lisina -890mg
  5. Valina – 650mg
  6. Metionina – 180mg
  7. Fenilalanina – 720mg
  8. Treonina – 520mg
  9. Triptofan – 180mg

Info2 ni saya ambil daripada bekas ESP yang macam gambar di atas….

Jadi bagaimana dengan anda? Adakah anda rasa ESP ni memnag perlu untuk badan anda? Bagi saya memang sangatlah perlu…saya dan hubby takkan miss minum ESP setiap pagi sebab ia mengenyangkan kami sehingga ke lunch hour..Saya dah guna ESP ni sejak 3 tahun lalu..dan sangatlah berpuas hati dengan ESP ni…Rasanya lazat sangat…Kolestrol 0mg..kalsium 500mg…Fosforus 250mg…dan bykk lagi..nanti sy tempek gambar supplement facts pulak esok ye…

Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan special price, konsultasi percuma, after sales service secara berterusan, dapat join group tertutup kami untuk perkongsian tentang masalah kesihatan dan maklumat berkenaan produk Shaklee…dan yang pastinya…anda boleh mendapatkan vitamin Shaklee dengan budget yang anda ada! Saya akan recommend kan vitamin yang sesuai dengan budget anda dan terangkan kenapa anda perlukan vitamin2 tersebut…

Boleh hubungi saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms/whatsupp 0139422527 untuk sebarang pertanyaan:)

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge