Tips ajar anak makan sayur dan buah

Perkongsian petang ni saya ambil dari blog ummuuswah dan dalam cantik blog… Perkongsian yang sungguh menarik tentang tips ajar anak makan sayur dan buah….. Tips-tips berguna untuk kita kongsi agar anak-anak menjadi penggemar sayur dan buah…
1. Ibubapa sebagai contoh
Anak senang meniru apa yang ibubapa dia buat. Kalau ibubapa jenis yang suka makan sayur dan buah, maka anak dengan mudah akan menjadi penggemar sayur dan buah. Mana mungkin ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Jadi ubah diri anda dan pasangan sebelum memasang cita-cita untuk melihat anak menjadi penggemar sayur. Jadikan aktiviti menikmati sayur dan buah adalah aktiviti yang menyeronokkan.

2. Kreatifkan Hidangan


Kanak-kanak suka pada benda yang menarik. Jemukan bila makan resipi masakan yang sama setiap hari. Jadi, apa salahnya jika kita mengubah stail masakan dan hidangan sayur dan buah untuk hidangan sekeluarga.

3. Kongsi Ilmu Tentang Rahsia Warna Buah & Sayur Dengan Anak


a. Hijau

Mengandungi fitonutrien isotiosianat, lutein, zeantin, beta karotein dan Epigallocatechin gallate (EGCG).
Fungsinya: Untuk kesihatan sel, paru-paru, menyokong fungsi arteri atau salur darah dan hati; meningkatkan penyerapan kalsium
Sumber: Kubis daun, bayam, lada benggala hijau, selada air, salad, zukini (mentimun Jepun), brokoli, kubis Brussels, kacang panjang, kacang buncis, kacang hijau, bendi, kangkung, mentimun, teh hijau, epal hijau dan semua sayur lain yang berwarna hijau. EGCG juga boleh didapati dalam teh hijau, hitam dan oolong yang membantu mengawal paras kolesterol darah.
b. Merah
Mengandungi likopen dan asid elagik.
Fungsinya: Untuk menjaga kesihatan prostat dan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam sel.
Sumber: Epal merah, kranberi, tembikai, limau gedang merah jambu, jambu batu (merah), delima, lobak radish, rasberi, strawberi, ceri, tomato.
c. Kuning-jingga
Mengandungi alfa karotein, beta karotein, beta kriptozantin dan hesperidin
Fungsinya: Untuk kesihatan mata; fungsi imun atau daya ketahanan badan yang sihat; mengekalkan penghidratan, pertumbuhan dan perkembangan yang sihat
Sumber: Oren, labu, lobak merah, aprikot, keledek, limau, betik, jagung, nanas, lemon (limau kapas), buah markisa.
d. Putih
Mengandungi alisin, kueresetin, isoflavon, EGCG, isotiosianat dan antosianin
Fungsinya: Mengekalkan kesihatan tulang, memperbaiki peredaran darah dan menyokong fungsi salur darah, merangsang fungsi enzim
Sumber: Buah pir, kacang soya, bunga kubis, bawang putih, parsnip, lobak putih, kacang putih, cendawan, pisang, kentang,
e. Biru-ungu
Mengandungi kuersetin, resveratrol, asid elargik, antosianidin dan prosianidin.
Fungsi: Antosianidin dan resveratrol ialah kumpulan fitonutrien yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat dan berperanan penting dalam melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas serta menyokong kesihatan jantung dan salur darah. Ada kajian menunjukkan antosianidin juga menyumbang kepada kesihatan DNA, kulit dan melancarkan pencernaan.
Sumber: Buah tin, anggur, beri biru, boysenberi, kubis merah (ungu), anggur hitam, terung, keledek ungu, kacang hitam, plum, bit.

4.Libatkan Mereka

Libatkan anak-anak ketika anda membeli sayur di pasar, kenalkan mereka dengan pelbagai jenis sayur dan buah. Jika anda tak kesah, biarkan mereka memilih sayur dan buah mana yang ingin dinikmati.
Anda juga boleh memperkenalkan jenis sayur dan buah dengan menggunakan flash card. Mengajar anak ketika kecil adalah seperti membuat ukiran di atas batu.

5. Pelbagaikan masakan untuk sayur yang ingin diberikan kepada anak. Bukan hanya mengikut selera anda. Jika semalam sayur digoreng, apa kata jika hari ini sayur tersebut dibuat sup dan esok sayur di gril. Tentu anda lebih berselera dan teruja untuk makan sayur.
 

6. Sekali-sekala ajar anak makan snek sayur-sayuran mentah seperti timun, lobak dan sengkuang yang dicecahkan ke dalam sos kesukaan mereka.

7. Jika anak anda memang sukar menelan sayur, cuba hidangkan kepadanya krim sup sayur-sayuran. Agar anak tidak perasan ada sayur-sayurannya dalam sup tersebut, kisar halus sup yang telah siap dimasak dan makanlah bersama roti bawang putih.
 
 

8. Tidak salah jika anda membenarkan anak bermain-main dengan sayur-sayuran yang anda beli agar dia kenal sayur-sayuran tersebut dan teruja untuk menikmatinya.

9. Jangan terlalu memaksa anak makan sayur-sayuran sebaliknya pujuk dia makan sedikit demi sedikit. Pada masa yang sama, beritahu dia tentang khasiat yang terkandung dalam sayur tersebut.

10. Jika anak sukakan pastri tetapi tidak suka makan sayur-sayuran, apa kata jika anda buatkan pastri berasaskan sayur-sayuran untuk mereka. Contohnya, kek lobak merah, tat sayuran campur dan roti bayam.

11. Selain makanan, sayur-sayuran juga boleh dibuat jus. Gunakanlah kreativiti anda untuk mencipta jus buah-buahan yang enak dan sesuai dengan selera anak.

12. Sekiranya anak anda suka makan aiskrim, buatkanlah mereka ais krim sayur-sayuran yang dicampurkan dengan buah-buahan yang sesuai. Tapi, pastikan air krim tersebut sedap dan tidak ada langsung rasa sayur.
 
13. Anda juga digalakkan menyediakan hidangan sayuran pelbagai warna kepada anak-anak agar mereka seronok melihatnya dan rasa bersemangat untuk menikmati hidangan tersebut.
 
                                                                  sayur dan nasi hello kitty…
 
Hmmm….saya nak kena upkn skill ni….nak kena buat hidangan lawa2 untuk aiman dan mimi untuk pujuk diorang makan sayur dan buah banyak2 lagiiii….sekarang makan jugak…tapi tak meriah sangat lagi….ada je alasan nak kuewk buat kuar sayur tu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge