Penyusuan susu ibu bagi anak mestilah diselarikan dengan kekuatan iman dalam diri si ibu

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Malam ni saya nak menulis tentang sesuatu yang mungkin orang lain pernah tulis atau pon mungkin ada ibu2 yang terlepas pandang tentang ini. Saya bukanlah orang yang paling layak untuk menulisnya, namun disebabkan saya mendapat knowledge yang direfresh balik hari ni…saya ingin berkongsi dengan pembaca blog saya ^_^.

Berapa ramai ibu yang berusaha untuk memberikan susu ibu kepada anaknya? Saya pasti ‘sangat ramai’ jawapannya! Semua orang tahu jawapannya..Tambahan pula sekarang ni banyak sangat suplimen yang boleh membantu menyihatkan badan si ibu dan pada masa yang sama melancarkan penyusuan susu ibu. Pam pon banyak dah yang elektrik punya…tak perlu nak guna manual dah….15 minit dah cukup untuk satu sesi mengepam kedua2 belah breast. Tapi, sedarkah ibu2 semua yang setiap titisan air susu yang anak kita perolehi melalui direct feeding atau mengepam tu adalah satu rezeki dari Allah yang tidak terhingga. Adakah kita sedar yang kita pernah mengeluh yang “susu saya sikitlah…kenapa susu orang tu banyak…”Tu tandanya kita tidak cukup bersyukur dengan nikmat yang Allah beri ini. Sepatutnya kita tak mengeluh, namun kita bersyukur dengan berapa ml atau oz kita dapat setelah setiap sesi mengepam selesai. “Alhamdulillah ya Allah…Kau bagi aku susu 1 oz ni…Insyaallah aku yakin ada rezeki yang lebih banyak untuk anak aku…Kau bantu ya Allah…bantu untuk aku dapat susukan anak aku dengan susu aku sendiri..bukan susu lembu”. Ucapan ini mestilah dari hati yang ikhlas. Ini juga untuk elakkan ibu dari stress bila dapat susu sikit yang mana akan mengurangkan lagi pengeluaran susu secara tidak langsung.

Pagi tadi saya bersembang dengan customer saya yang merangkap sahabat saya juga. Saya tanya, “setakat ni…lepas amik Shaklee dari akak…berapa oz dapat susu setiap kali mengepam kat ofis”? Jawapannya…” Dapat 10 oz sekali pam..tapi kalau saya penat sikit…saya dapat 8 oz”…Banyak kan? Alhamdulillah..rezeki anaknya…Deep freezernya yang baru dibeli dalam 2 minggu lepas pon dah penuh lebih dari separuh ruang dalam deep freezer tu. Hubby nya cakap…orang lain ada masalah susu kurang..dia pulak masalah susu banyak…sampai tak tahu nak letak mana dah susu tu kalau dah penuh jugak deep freezer tu..hehe..subhanallah..rezeki dari Allah…

Saya pon ambil peluang tanya dia..ape yang dia amalkan sejak pregnant dulu lagi? Mungkin ada apa2 tips yang boleh dikongsi..Jawapannya” Saya khatamkan satu alquran 30 juzuk sepanjang bulan Ramadhan tahun lepas semasa sarat mengandungkan anak..” Masyaallah…ia satu jawapan yang simple..tetapi penuh makna…Berapa ramai ibu2 yang khatamkan al quran sepanjang mengandung? Ia memberi peringatan kepada saya tentang ibu mengandung mestilah sentiasa basahkan bibir dengan zikrullah dan alquran. Sepanjang tempoh mengandunglah sebaik2nya masa untuk kita penuhkan diri dengan amalan kerohanian yang tak dapat kita buat sebelum ini disebabkan kedatangan haid. Doa awal2 sejak mengandung lagi untuk Allah banyakkan susu kita untuk anak yang bakal lahir nanti dan berikan kejayaan kepada kita untuk menyusukan anak sehingga umurnya 2 tahun.

Akhir kata, semoga kita ibu2 yang memegang tugas yang berat sebagai pendidik anak2 ni boleh amalkan sunnah nabi sebanyak mungkin. Contoh; makan kurma, minum susu, minum dan makan sambil duduk…dan sebagainya…Kitalah contoh kepada anak2..Jadi perbaikilah diri kita dari sekarang…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge