Walaupun saya bukan ibu yang mengepam secara eksklusif (bayi tak minum di payudara), tapi saya ada pengalaman sekejap sebagai exclusive pumper, iaitu semasa Fahry berada di SCN Hospital Miri lebih 3 tahun lepas.
Mengapa perlu mengepam secara eksklusif?
Ada ibu yang istimewa dalam BF ni.. bila bayinya tak boleh minum susu secara direct di payudara, jadi ibu terpaksa mengepam bagi memberikan susu badan kepada bayinya. Kebanyakannya kerana bayi mengalami masalah untuk latch dengan betul, mungkin mengalami cleft palate, tongue tie dan sebagainya. Ada juga bayi yang mengalami keliru puting, menyebabkan dia tak suka lagi nak menyusu di payudara ibunya. Dan pelbagai lagi punca yang menyebabkan perkara ni berlaku.

Walau apa pun, walaupun term breastfeeding tu adalah merujuk kepada ‘penyusuan di payudara’ namun bagi saya ibu-ibu exclusive pumper wajar mendapat pengiktirafan itu, malah extra lagi kerana effort mereka yang sangat tinggi untuk terus membekalkan susu kepada anak tercinta.

Di sini saya nak kongsikan sedikit sebanyak panduan untuk ibu2 yang mengalami masalah ini.

ASAS MENGEPAM SECARA EKSKLUSIF:

(1) Jenis Pam Yang Sesuai
Agak subjektif bila bercakap tentang pam yang sesuai. Tapi secara peribadi saya mencadangkan pam elektrik double, contohnya Ameda, Medela Freestyle, Medela Pump In Style, Spectra dan sebagainya.
Walaupun begitu, masih ramai ibu exclusive pumper (EP) yang menggunakan pam manual sahaja.
Jika ada rezeki lebih, investlah dalam pam yang mahal sikit.
2) Mula Mengepam!
AWAS: Jika anda baru melahirkan anak, mulakan dengan memberikan bayi susu di payudara anda. Anda akan mendapati breast masih ‘kosong’ dan susu badan ‘tiada’. Sebenarnya ia sedang mengeluarkan cecair likat kolostrum yang tidak mengalir tapi keluar bila dihisap oleh bayi.
Kecuali kalau baby masuk SCN/NICU, susukan bayi anda sekerapnya.
Bagi ibu2 yang tidak dapat menyusukan bayi secara direct di awal kelahiran, anda perlu mengepam sebanyak 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam skali dalam masa 24 jam untuk establish-kan supply susu ibu.
Anda boleh pam selama 15 minit (atau lebih, bila dah tak keluar susu lagi) dan akhiri dengan marmet (mengepam dengan tangan). Kaedah Marmet dikatakan kaedah terbaik untuk mengosongkan payudara. Mengepam dan memerah menggunakan tangan (bersama2) adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengeluaran susu (bagi ibu EP).
3) Nipple Cream
Lumrah ibu menyusu mengalami masalah sakit pada bahagian puting susu, merekah, luka dan sebagainya. Jadi apa nak buat? Anda boleh guna nipple cream yang sesuai dan sapu selepas pam susu, bukan sebelumnya.
Susu ibu juga boleh digunakan. sapukan nipple dengan susu ibu dan biarkan kering.
4) Menyimpan Susu Perahan
Stok susu adalah sangat penting kepada ibu EP, kerana itu sajalah sumber dan back-up yang ada untuk bayi. Kena ingat demand bayi kadang2 berubah, bila dia mengalami growth spurt, kurang sihat, mungkin mengurangkan/menambahkan permintaan dia terhadap susu.
So, untuk stok susu ibu boleh gunakan tips ini:
– tandakan tarikh dan masa mengepam pada botol susu.
– tandakan kalau anda ada mengambil ubat pada hari2 tertentu. Misalnya 31/1/2012 ada demam & makan antibitik. Tandakan yang anda ada ambil antibitik, so di suatu hari bila baby minum susu yang tarikh 31/1/2012, dan kalau baby lain macam, mungkin sebab kandungan antibiotik dalam susu anda. Itu contoh la.. kalau makan makanan2 yang pedas ke, berangin ke, tandakan juga.. so kalau baby lain macam bila minum susu tu, kita mungkin boleh suspect sebabnya…
5) Membersihkan Alatan Mengepam
Disebabkan penggunaan yang tegar, anda tak perlu nak basuh & sterile setiap kali lepas pam. Steril yang wajibnya masa mula2 beli pam & botol, sebelum guna kena steril dulu. Tapi lepas tu memadai cuci dengan pencuci yang sesuai (bebas fosfat, triclosan, etc!). Dan untuk EP mom, boleh gunakan bekas kedap udara atau ziplock bag, then masukkan dalam fridge. Sebelum simpan lap dulu sisa2 susu.

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN:

  • Ponteng sesi mengepam. ohhh ini disaster!
  • Tak jaga makan minum
  • Pakai bra yang ketat
  • Tak cukup tidur
  • Stress
  • Ambil pil perancang yang kurangkan susu

TIPS MAKSIMUMKAN SUPPLY SUSU IBU:

  • Makan mengikut keperluan ibu menyusu, xtra kalori, extra protein, extra kalsium, extra water, etc.
  • Rehat secukupnya
  • FIkiran positif
  • Mendapatkan supplement agar badan sentiasa fit
  • Buat urutan pada breast
  • tengok muka/gambar baby & lahirkan perasaan sayang
  • Tuam payudara
  • Buat power pumping
  • Double pumping+marmet

Akhir sekali, dapatkan sokongan dari suami, keluarga dan rakan2 yang boleh terus memberikan motivasi. Ramai ibu EP yang berjaya menyusukan anak mereka sampai 2 tahun.. malah ada yang sampai 4 tahun, walaupun mereka bekerja!
Selamat memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge