Service after sale sangat penting

Biasanya bila nak beli barang, kita akan cuba cari yang murah…sebab nak jimat. Tetapi bagi yang berkemampuan pula pasti mencari yang ada jenama. Namun personally saya cari yang maintainance nya adalah rendah atau kata lain, service after sales perlu di pentingkan.

Saya ingat lagi bila printer brand X ni, memang murah dan saya nampak ramai yang beli sebab harganya memang ramai yang mampu beli. Tapi once perlu untuk penyelenggaran, adoi terasa duit bila harganya mahal nak beli catridge.

Samalah bila saya beli kasut…harga murah selalu menjadi perhatian. Tetapi bila dah pakai terasa tak selesanya. Selalu menyesal lepas dah beli tapi waktu tu tak guna pun, sebab dah keluar duit.

Sama juga saya tengok kes kawan saya beli kereta….lepas beli beliau mengeluh bila maintainance kereta mahal…

Pada saya sama juga bila nak beli barang makan…perlu pastikan mereka yang jual tahu serba serbi bukan hanya pandai berjual.

Service after sales tu sangat penting supaya kita tak terkapai- kapai bertanya dengan jawapan yang tidak pasti. Ramai yang suka beli barang mencari yang murah tapi sebab tak dapat penjelasan yang baik dari penjual, mulalah mengatakan produk tersebut tak bagus.

credit

Boleh email kepada saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms kan kepada saya 013-9422527 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge