Antara tips penting untuk si ibu..

Salam bahagia untuk semua…Semoga hari ini lebih baik dari hari sebelumnya. Pagi ni saya nak berkongsi beberapa tips yang diberikan oleh kak Norita demi menjayakan penyusuan susu ibu.

Ingin saya kongsikan salah satu tips untuk menjayakan penyusuan adalah, si ibu perlu pastikan tubuh badannya fit selari dengan keperluan menyusu bayi.Apa yang saya maksudkan fit? Si ibu perlulah sihat tubuh badan dan bebas dari tekanan persekitaran. Mengapa perlunya itu? Bila si ibu sering sakit, mengadu keletihan serta dalam mood yang tertekan…ini akan mengganggu penghasilan hormon oksitosin yang sangat penting dan membantu dalam menjayakan penyusuan susuibu. Bila hormon ini dirembeskan sedikit, maka sedikit sebanyak akan mengganggu jumlah penghasilan susuibu.Apakah yang membantu hormon ini meningkat? Si ibu perlulah sihat, ceria dan mampu mengawal apa jua tekanan dari persekitaran.Bila meningkatnya pengeluaran oksitosin maka susuibu akan mengalir keluar dengan lebih lancar apabila bayi menyusu atau sewaktu si ibu membuat perahan.Jika anda ibu yang menyusu, anda boleh cuba cari satu makanan kegemaran anda…dan lihat apabila anda mengepam atau menyusukan bayi…anda akan mudah mendapatkan LDR iaitu let down reflex dan susu akan mengalir dengan lebih lancar.

Selain itu untuk memastikan ianya sentiasa berterusan, pengambilan B complex dan Vitamin C sangat sangat membantu. Pengambilan vitamin yang larut air ini sangat membantu si ibu sihat, bertenaga ceria dan mampu mengawal tekanan.

Dalam pada itu, jangan sesekali kita lupa makanan rohani adalah salah satu yang perlu dititikberatkan. Solat sunat, mengaji dan zikir sangat perlu demi memastikan rohani kita hidup dengan subur dan tenang. Ia juga membantu meningkatkan pengeluaran hormon oksitosin.Anda cubalah amal secara istiqamah, insyaAllah berjaya melengkapkan penyusuan anak selama 2 tahun dengan izin Allah jua.

Terima kasih kepada Kak N atas perkongsian ilmu ini….semoga kita semua dapat praktikkannya…
Boleh email kepada saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms kan kepada saya 0139422527 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge