3 bulan satu masa yang perlukan kesabaran untuk memberi kesan kepada pengambilan ESP dan set penyusuan..yang penting istiqamah!

Hari ni baru saya berkesempatan buka laptop untuk update blog saya yang dah saya tak update selama 4 hari..Saja nak berkongsi di sini.. Saya mempunyai kawan. Sebelum masuk ofis selepas berpantang, memang beliau tidak buat stok susu langsung untuk anaknya disebabkan tidak tahu yang kena buat stok sebelum kembali ke ofis. 2 hari nak masuk ofis, ada temannya (yang mana kawan saya jugak) mencadangkan set penyusuan kepada beliau bersama ESP untuk diambil dengan saya. Mula2..kwn saya cakap ape…”aku pam takde susu jugakla…sama je makan atau tak ESP dan set E ni..” Saya cakap..sabar…sabar..sabar..dan juga istiqamah dalam mengambil vitamin setiap hari serta jangan lupa jangan skip makan, jangan skip pam, jangan skip minum air 3 liter minimum dalam sehari dan juga yang penting sekali..jangan skip doa kat Allah sebab semua rezeki datang dariNya…dan alhamdulillah kawan saya ni ikut nasihat saya…Nak tahu apa jadi? (Hehe..suspen lak..)..selepas 3 bulan…kawan saya ni dapat 4-9 oz sekali pam di ofis…4 oz kira jarang2 la…Bila time die pressure sangat dengan kerja yang out of die punya control..(sebab tu kita tak boleh pressure)..tapi kwan saya ni pandai control pressure sbb dia tahu bila dia pressure susu untuk anak dia drop..akhirnya…susu dia maintain dengan jumlah yang banyak ni..ni di siang hari ye kuantiti banyak ni..time buat double pumping di tengah2 malam sure lagiiiii banyak…Selepas 3 bulan, Haziq diberi susu ibu sepenuhnya oleh mamanya. Yang dulu…susu formula sepenuhnya…sape tak gembira ye? Bai pon dapat buat stok susu sekarang untuk Haziq…Setelah 3 bulan work hard..akhirnya beliau berjaya berikan susu ibu sepenuhnya untuk Haziq..dan selepas tu..terus jadi member Shaklee dengan saya:).

 Ni juga satu cerita saya amik dari blog kak Norita, boleh baca ye…3 bulan memang masa yang perlukan kesabarang..Seorang kawan lama saya memberitahu, berkat sabar beliau amalkan ESP dan vitamin Shaklee [ set penyusuan], selama 3 bulan…baru kini mendapat hasilnya….beliau memang sabar….sabar nak menanti 3 bulan…

Mengapa saya minta mereka bertahan selama 3 bulan? sebab sel dalam tubuh hidup antara umur 90 hingga 120 hari…maka kita perlu masa untuk sel menerima dan menyerap dengan lebih baik semua vitamin yang kita amalkan.

Penting ke ESP? ESP sebenarnya adalah protien. Sel terbentuk dari protien. Memang kita makan ikan, minum air soya, makan tempe , daging , telur dan banyak sumber protien namun tiada satu yang dapat jamin bahawa pengambilan makanan dari sumber protien ini benar-benar membantu pembentukan sel baru dan sel yang sihat. Ditambah bila makan bersumberkan makanan yang digoreng dengan suhu yang tinggi…mungkin protien yang tinggal tidak memenuhi keperluan pembentukan sel dalam tubuh. Protien hidup pada suhu badan manusia ialah antara 36 darjah. Sebab itu bila anak demam panas melebihi 38 darjah, kita perlu pastikan suhunya tidak terus naik supaya komplikasi lain tidak berlaku ini kerana suhu terlalu panas boleh membunuh dan merosakkan sel.
Pengambilan ESP membantu memastikan sel mendapat protien yang sempurna dan membantu melahirkan sel yang sihat dan sempurna. Apabila sel yang hidup adalah sel yang sihat, maka penyerapan vitamin dan galian adalah lebih optimum.

Selepas sabar dan istiqamah, kawan saya dapati kulitnya cantik, tiada lagi tompok-tompok hitam bekas jerawat lama, anaknya yang menyusu dah kurang dapat jangkitan selsema, hubungan suami isteri semakin baik dan yang paling seronok, anaknya mudah kenyang dan tidur lena di malam hari.

ESP adalah antara supplement yang perlu ada di rumah kerana saya hanya bersarapan dengan bancuhan ESP , Meal shake dan Performance drink….sekurang-kurangnya bantu saya berdiet dengan sihat untuk menggantikan sarapan makanan.
 Mungkin ada orang membezakan apa beza protien Shaklee dengan protien di pasaran…apa yang boleh saya nyatakan ialah, ESP mengandungi 9 asid amino yang tidak boleh dibuat oleh badan yang diperlukan oleh tubuh. Ianya adalah protien yang lengkap. Tidak menggunakan alkohol untuk proses pembersihan soya. Ia diproses dengan suhu yang sangat terjaga demi memastikan semua asid amino tidak rosak.

Selama 12 tahun saya amalkan ESP, memang puashati…..dari bujang, mengandung, menyusu dan sehingga sekarang….tanpa ESP rasa tidak lengkap pengambilan supplement kami yang lain.

Apapun kena sabar, beri masa 3 bulan…cuba lengkapkan dengan pengambilan ESP…mudah2an sel dapat menyerap semua vitamin dengan baik.

Sebelum mendapatkan ESP, sila dapatkan nasihat pengedar bagaimana cara pengambilan yang betul ya.

Boleh email kepada saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms kan kepada saya 013-9422527 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge