Suppliment untuk kesuburan

Salam sejahtera….

Ada seorg customer bertanya ttg supplement utk meningkatkan kesuburan. maka disini saya sharekan entry yg ditulis oleh Hadha a.k.a mommy icha.

Anak adalah anugerah Tuhan. kehadiran cahayamata dalam kehidupan pasangan suami isteri adalah kebahagiaan yang tidak terhingga kepada setiap pasangan. namun, bukan semua pasangan ‘mudah’ dikurniakan anak. ada yang ‘bertuah’ yang perlu menjalani beberapa ‘fasa’ barulah dapat anak. nah! kali ni saya nak share entry dari Mommy Lyna tentang masalah ketidaksuburan di kalangan suami isteri serta cadangan untuk mengatasinya.
credit to Mommy Lyna untuk info ini~*
Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).
Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah membawa kepada perceraian!
Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita. Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca cari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

Punca wanita tidak subur:
• Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
• Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
• Penyakit berkaitan kelamin.
• Penyakit berkaitan masalah pelvik.
• Merokok.
• Pengambilan kafein yang berlebihan.
• Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
• Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

Punca lelaki tidak subur:
• Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
• Sperma kurang cergas
• Sperma yang tidak sempurna
• Sekatan pada saluran semen
• Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.

Punca kedua2 lelaki dan perempuan tidak subur:
• Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
• Pendedahan terhadap punca radiasi.
• Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.

Vitamin-Vitamin Untuk Tingkatkan Kesuburan:
Vitamin E – membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
Zinc – meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
Vitamin C – Berperanan dalam pembentukan sperma.
B Complex – Membantu memberi mood yg baik dan menstabilkan hormon.

Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, saya cadangkan kedua2 suami isteri mengambil
set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan zinc bagi membantu tahap kesuburan anda.

Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya 🙂

Perlu diingatkan pengambilan supplement adalah sebagai salah satu cabang usaha. Ianya bukan magik. Disamping usaha2 yang lain, perlu kita tingkatkan doa dan berfikiran positif.
Saya menyediakan pek mini kepada mereka yang mempunyai kekangan kewangan untuk membeli vitamin. Namun anda perlulah menghantar email kepada saya di zahirahhafizan@gmail.com dan boleh juga sms kepada saya di 013-9422527 untuk mendapatkannya. Walaubagaimanapun  semua tawaran dan pek kecil ini hanya boleh di dapati secara esklusif dari saya dan jaringan saya iaitu Euphoria GBS. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee di Malaysia.  Sebarang penolakan dari Shaklee (M) tidak menjadi tanggungjawab kami. Harap Maklum.  Boleh email kepada saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms kan kepada saya 013-9422527 untuk konsultasi percuma.

Di samping itu. kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge